Daftar sekolah asrama tingkatan satu

Tawaran Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Falahiah

Sampai ke pejabat, ambil handphone nak call Mr Ery nampak ada miss call dengan nombor depan 09. Kod dari Kelantan ni, nak kata student UiTM cari rumah sewa biasa terima nombor handphone je. Ini mesti nombor rumah atau nombor pejabat.

Call balik dan nak tanya siapa yang call? Lelaki yang angkat dan tanya nak cakap dengan siapa? Aku cakap “tak tahu nak cakap dengan siapa, nombor ini ada call ke nombor handphone saya”. Ini JPN Kelantan. Okey, terus dapat tangkap. Berita untuk kakak.

Diberi sambungan kepada seorang wanita. “Puan, ada minta sekolah mana-mana di Kelantan?” . Aku jawab Ya. “Sekolah mana?” “Sek Tok Bachok” . “Nama anak puan?” “Azwa Safriena”….Maaf puan……..

Sekolah Tok Bachok dah penuh….

.

.

.

KECEWA

.

Tapi, kami nak tawarkan SMKA Falahiah. “Falahiah? Kat mana tu puan?”. ” Tumpat”.

.

.

Okey puan, saya terima. Dalam hati masa itu masih was-was lagi nak terima ke tidak…macam agak jauh jika di Tumpat. Call my mom bagitahu kakak dapat tawaran SMKA Falahiah, Tumpat. Sambil aku call my mom itu..sambil aku search lokasi sekolah. “Tumpat long, jauhnya dari rumah ma ni” “Jauh ke ma…. ini along google alamat Pasir Pekan, Wakaf Bharu” “oh, kalau situ dekatlah….dekat Tesco jah..ma ingat bandar Tumpat. Okey dah tu Long”

Terima Panggilan Dari Sekolah

Petangnya, terima pula panggilan dari pihak sekolah yang bagitahu esok kena daftar. Terkejut jugaklah aku. Mana sempat nak prepare apa-apa. Masih di Kuala Lumpur dan kakak masih bersekolah menengah. Aku minta tangguh tarikh untuk lapor diri. Aku diminta untuk call pengetua sekolah. Bercakap dengan pengetua, asalnya nak tunggu selepas Mr.Ery balik dari umrah…tapi fikirkan balik agak lewat. Aku hantar surat tangguh dan daftar pada 13hb. Aku minta kerani sekolah send surat dari JPN sebab aku belum terima hardcopy. Surat bertarikh 7hb, terima call 8hb..daftar 9hb.. dalam masa 3 hari itu, agak kelam kabut juga nak prepare barang dan pemulangan buku teks sekolah menengah.

Daftar SMKA Falahiah

Kakak bernasib baik sebab minggu tu masih dalam minggu orientasi. Tak adalah segan sangat nak join dan kenal dengan kawan baru. Kakak terus dibawa oleh guru ke dewan orientasi. Aku setelkan yang mana perlu disetelkan.

Daftar sekolah asrama tingkatan satu

First, pergi pejabat untuk daftarkan kakak dan isi borang yang diberi. Memandangkan kakak akan menginap di asrama, aku kena selesaikan pula urusan dengan penyelia asrama. Setel isi borang dan dapatkan nama bilik. Lepas itu, pergi ke koperasi sekolah untuk beli barang asrama seperti cadar dan selimut serta buku-buku dan baju sukan, baju koko dan kain batik asrama. Kat sana, baru aku tahu kena sediakan pula kain kurung warna hitam dan putih.

Daftar sekolah asrama tingkatan satu

Terpaksalah aku pergi cari dua kain yang belum ada..dan pergi cari kedai jahit untuk jahitkan badge di tudung. Selesai semua dan tunggu kakak habis orientasi untuk hantar barang-barang keperluan kakak di asrama. Saat ini, memang kena kuat semangat..tak nak menangis depan kakak.. Nampak kakak sayu masa kitaorang bergerak nak balik..kakak kena kuat.

Hari-Hari Call

Selepas hari daftar dan tinggalkan kakak di asrama, esoknya terus bergerak balik KL. Setiap masa kakak call…kat asrama ada beberapa public phone. Tak dapat cakap lama…laju sangat telan duit.. ada ketika kakak okey…ada ketika kakak tak okey… menangis. Aku tanya kenapa kakak menangis? Aku takut dia tak boleh ikut time table kat asrama..memang fix sangat.. katanya dia cuma rindu. Lain-lain okey…dia boleh follow….dah pandai basuh baju sendiri…solat berjemaah setiap masa di surau. Ada juga kakak cerita tentang kawan sebilik dia. katanya jeling-jeling dan kakak selalu minta maaf…sekarang dah okey…Aku agak mungkin kakak tak faham loghat pekat Kelantan ni…dan ada orang style macam ego sikit kan..

Daftar sekolah asrama tingkatan satu

Tak sabar nak jumpa kakak minggu cuti raya cina nanti….kakak dapat cuti seminggu..Miss U SO MUCH KAKAK!!!






About emarieys

Ema has written 1203 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

1 Comment


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge