Makin dekat dengan tarikh pengumuman keputusan UPSR, makin rasa debarannya. Kata orang UPSR akan diumum pada 22 November, ada pula yang cakap 29 November. Sama-samalah tunggu pengumuman dari Menteri Pendidikan nanti. Dalam laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia pun belum ada pengumuman terkini.
Cara semak keputusan UPSR atas talian.
Boleh semak keputusan UPSR dengan menghantar SMS. Caranya:
Taip: UPSR (jarak) ANGKA GILIRAN dan hantar ke 15888
Sekiranya tarikh keputusan akan keluar pada 22 November, aku tiada di Kuala Lumpur. Dengan cara sms lah jawabnya. Bermula jam 10:00 pagi, anak boleh mengambil slip keputusan di sekolah. Semestinya ibu bapa lebih awal akan tahu keputusan dengan menggunakan sms kan. Apapun keputusan yang bakal diterima, tahniah untuk anak-anak.
Dengan Gambar takwim pengumuman keputusan peperiksaan/pentaksiran 2018 yang aku dapat pun belum tentu sahih. Agak keliru dengan tarikh senarai peperiksaan di bawahnya.