Minggu lepas, kanak-kanak tadika perpaduan seluruh Cheras telah membuat pelbagai persembahan yang seronok untuk ditontonkan.
Dan salah seorang yang membuat persembahan of coz lah my doter yang comel ini. Azwa telah membuat persembahan Tarian Zapin bersama kawan-kawannya. Thanks for cikgu yang susah payah mengajar dan membuat latihan tarian zapin.
Tarian Zapin
Memandangkan tahun ini adalah tahun terakhir azwa bersekolah di sekolah tadika perpaduan memang tak akan lepaskan peluang untuk melihat persembahan mereka semua.
Bangga dengan azwa dan berjaya mengingati setiap step yang diajar oleh cikgu…
Bergambar selepas persembahan tarian zapin dari azwa
Selepas 4 persembahan akan diselang selikan dengan penyampaian scroll sijil.
Kali ketiga penerimaan scroll sijil dari sekolah tadika perpaduan
Kenangan bersama cikgu-cikgu yang banyak berjasa dengan tanpa jemu mendidik anak-anak kecil sehingga pandai mengenal abjad dan nombor, sehingga dapat membaca, mengira dan sebagainya..
Terima kasih banyak untuk Cikgu Nurli dan Cikgu Shima kerana telah mendidik azwa selama 3 tahun.
Jasamu tetap dikenang..
Yang mengecewakan, video yang dirakam ketika persembahan azwa baru-baru ini tak dapat dimainkan..
Malam ini, azwa dilantik untuk memberi ucapan mewakili pelajar di sekolah tadika sempena Majlis Anugerah Pelajar Tahun 2012 dan akan membuat sekali lagi persembahan tarian zapin.
Hope, Mr. Ery akan merakam tarian yang dipersembahkan.
All the best azwa!!!!
so proud with u and love u so much.
Mama doa dari jauh.