
“Oh, inilah kerja kamu Aqeel Syafiq! Patutlah mama tak dengar suara kamu. Diam-diam kamu di sebalik peti ais ini meneguk Susu Soya Yeo’s.
Bertuah punya anak, tak pakai gelas tak pakai cawan minum teguk macam itu saja. Siapa yang ajar ni?

Aqeel…Aqeel…tak senonoh punya perangai. Inilah Aqeel Syafiq, sejak berhenti minum susu tepung, saya gantikan dengan Susu Soya dari Yeo’s. Saya takut. Takut anak saya tak ada zat, tak ada khasiat. Baru umur 5 tahun, dah tak minum susu. Mulanya, saya hanya mahu berhentikan dia minum susu tepung melalui botol, saya nak bagi minum susu dalam cawan. Tapi dia tak nak. Dia cakap rasa susu tak sedap bila minum di dalam cawan. Saya kesian. Saya buntu. Tapi saya nekad nak terus jauhkan diri dia dari botol susu.
Gaya Hidup Sihat Bersama Yeo’s

Satu hari, suami bawa balik sekotak 1 Liter Susu Soya Yeo’s. Tujuan suami beli untuk diri sendiri. Suami minum susu soya untuk kesihatan dalam badan. Badan suami selalu angin. Kadang-kadang kesian, bila setiap malam suami asyik memaksa diri untuk sedawa keluarkan angin. Pernah suami demam 4 hari berturut-turut. Sekejap sejuk sekejap panas suhu badan. Tak sedap hati, suami pergi hospital PPUM ambil darah. Ingatkan suami terkena demam denggi tapi silap, suami demam kerana pemakanan yang tidak sihat. Keputusan ketara kolesterol tinggi.
Bila nampak ayahnya bawa balik sekotak Susu Soya Yeo’s “Ayah, ini air adik punya ke?”. Ayahnya cakap “bukan, itu air untuk ayah”. “Ayah, adik nak sikit”.
Sejak minum Susu Soya Yeo’s, Aqeel terus tak merengek-rengek minta susu tepung lagi.
Bukan saja terus lupa pasal susu tepung. Dua kotak Susu Soya Yeo’s 1 Liter boleh dia seorang habiskan dalam masa 2 hari. Maknanya satu kotak seharilah. Lagi satu, Susu Soya Yeo’s dah jadi rebutan tiga penjuru antara suami, kakak Azwa dan Aqeel. Bila suami nak minum, buka peti ais tonggeng kotak dah ringan. Bila kakak Azwa nak minum, “jangan minum, itu adik punya, kakak tak boleh” teriak si Aqeel. Tapi bila giliran dia, diam-diam buka peti ais.

Mengapa saya sekeluarga memilih Susu Soya Yeo’s?
Pengganti Susu
Ya, sejak itu dari itu saya menggantikan susu harian Aqeel dengan Susu Soya Yeo’s kerana ia kurang manis dan tanpa sebarang pengawet malah rasa soya sangat asli. Yang penting Susu Soya Yeo’s tanpa kolesterol. Walaupun Aqeel baru berumur 5 tahun, kandungan zat-zat di dalam Susu Soya Yeo’s sudah cukup untuk membina kekuatan tulang dan sistem antibodi badan yang kuat. Suami pula dah terkena kembung perut lagi.
Produk Halal
Kita sebagai umat Islam, bila menggunakan sesuatu produk perkara yang diutamakan adalah tanda HALAL. Jangan risau kerana produk keluaran Yeo’s mendapat pengiktirafan HALAL dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Pasaran
Produk Yeo’s ini mudah diperolehi di Pasaraya Besar, Kedai Runcit, Stesen Minyak, Koperasi, Kedai Makan malah rumah kedai sekali. Pasaran Produk Yeo’s meluas bukan sahaja di Malaysia dan Singapura tetapi sehingga Indonesia, Hong Kong, China, Kanada, serta Amerika Syarikat.
Pelbagai Produk Yeo’s
Selain produk minuman kotak berperisa soya, Yeo’s juga mengeluarkan produk minuman kotak berperisa Laici, Oren, Teh Kundur, Teh Bunga Kekwa, Teh Ais Limau. Malah, Yeo’s juga mengeluarkan produk minuman tin dan botol dengan perisa yang sama seperti minuman kotak.

Anda tahu tak yang Yeo’s juga mengeluarkan produk penyediaan masakan segera dalam tin, produk cecair dan mi segera?
Produk Dalam Tin
Untuk pengetahuan anda, Yeo’s merupakan syarikat pertama di Malaysia yang mengeluarkan produk di dalam tin seperti Kari Ayam, Rendang Ayam, Kurma dan Kari Daging. Yeo’s juga mengeluarkan sardin. Hidangan di dalam tin ini sangat cepat, mudah dan siap hanya 2 minit saja. Sangat sesuai untuk dibawa bersama-sama ketika melancong ke luar negara.
Sos Kicap Soya
Wow, produk Yeo’s memang tiada tandingannya. Kicap soya cair dan kicap soya pekat adalah dari resipi tradisional yang melebihi 100 tahun.
Mi Wantan
Mi yang dibuat daripada tepung kualiti terbaik dan bahan kualiti tinggi. Mi lebih anjal dan rasanya pasti menggoda. Antara produk mi seperti Curry, Asli, Mushroom Chicken, Laksa Assam, Tom Yam, Soto Ayam, Vegetarian, Vegetarian Curry, Goreng Spicy and Goreng Ala Indonesia.
Pilihlah produk Yeo’s untuk kesihatan seisi keluarga.
Mari bersama-sama memeriahkan majlis gilang-gemilang Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014, sila klik gambar di bawah untuk mendaftar sekarang.
Jangan lupa follow sosial media Yeo’s Malaysia sebagai tanda terima kasih menjadi penaja utama Sepetang Bersama Blogger 2014.
- Facebook : https://www.facebook.com/YeosMalaysia
- Twitter : https://twitter.com/YeosMalaysia
- Instagram : http://instagram.com/yeosmalaysia
- Google+ : https://plus.google.com/105235723685382687885/posts
- YouTube : http://www.youtube.com/yeosmsia
“Mama, nanti kalau mama menang, dapat Ipad dan air dari Yeo’s kan mama. Lepas sembahyang, kakak nak doakan, mama menang Ipad..kakak nak ipad mama”

“Adik tak nak Ipad mama, adik nak air dari Yeo’s”

Share entri ini di facebook dan klik G+ yer. Terima kasih.
:
:
:
V
One Reply to “Tanpa Kolesterol Jaminan Rasa Susu Soya Yeo’s”