selepas ke Teluk Chempedak, kami semua menuju ke pantai yang tak tahu namanya
tapi dekat dengan Taman Teruntum, depan Kelab Golf DiRaja Pahang.
simpangnya pun depan Istana Tengku Mahkota Pahang
tak jauh pun dengan Teluk Cempedak.

salah satu tempat kegemaran untuk pasangan berpacaran
tempatnya yang agak terpecil
itupun ada kejadian sakit mata berlaku masa nak park kereta
nanti ema akan cerita apa yang buat ema sakit mata erkh

seronok untuk bawa anak-anak main pasir kat sini
bila air tak pasang…air laut nun jauhnya
bila dah lama-lama..air laut mula pasang…
airnya akan mengalir perlahan-lahan datang dekat..

elok sampai sini..hujan dah berhenti
bolehlah nak tayang-tayang posing kat sini
nak buat entry ni pun ema fikir banyak kali
nak letak posing azwa atau aqeel yang dulu

bila letak aqeel dulu.nanti azwa merajuk
asyik adik yang dulu
bila letak azwa dulu…aqeel tak reti nak merajuk bab ni lagi
so, layanlah gambar si anak dara ema ni yer…

pandai azwa dah tukar selipar masa turun kat sini
pakai selipar jepun je…

gambar azwa tak banyak sangat
tak kisahlah..janji gambarnya kat atas
so, layan pula gambar anak lelaki ema ini

bila kaki dah pijak pasir..
terus berlari-lari menuju ke satu tempat
entah apa yang aqeel nampak

tak mudah rasa geli atau takut aqeel ni
kalau nampak semut pun terus dia pukul sampai mati
oh kejamnya…

puaslah mr. ery suruh aqeel posing

nak minta aqeel pandang kamera pun bukan senang
lebih peka kepada benda yang dia suka lihat


pastu mr. ery letak kat tempat tinggi



selesailah sudah
jom, kakak..jom adik..
kita balik..sakit mata mama lama-lama kat sini…

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *