Taman Permainan Kanak-Kanak. Masa mamaema dan mr. ery kecik dulu-dulu manalah ada benda ni. dah besar panjang beranak pinak nilah baru wujud mainan ni. jadi mahu try test la gayanya kan. gitulah asalnya. time ni tengah tunggu untuk berbuka puasa di rumah MIL. alang-alang time nak berbuka tue masih lama, mamaema dengan kakak jalan-jalan saja kat bazar ramadhan dan mr. ery dengan aqeel ronda-ronda dengan motor. dah tak ada apa nak dibeli dekat bazar ramadhan, mamaema singgah kat playground ni. kakak suka main buai. lepas tu mr. ery dengan aqeel ni muncul kat playground juga. teruslah main mainan ‘nyut-nyut’ (tak tahu apa nama saintifiknya). punyalah suka aqeel ni sebab dah pandai duduk dan tak mahu orang pegang.
yang pasti dan terlebih excited adalah mak bapaknya yang main.hehehe. mamaema naik dengan kakak kat depan mr. ery dan aqeel ni. so balancing tue ada. bukan main seronok lagi kitaorang. naik segan pun ada. yealah, siap ada yang menegur tak puas lagi ke main masa kecik tue… macam mana nak puas sebab time kami dulu tak ada…
kakak dah mula nak duduk kat belakang adiknya. dah tak balance. tapi aqeel still maintain pegang. eksen sungguh dia. aqeel marah ayahnya sebab angkat dia.
Hari minggu kita ke taman permainan lagi.