Loading...
AzwaPutaran MasaSekolah

Tak akan sekolah agama sampai bila-bila

Salam.

Peliklah sekolah kat KL ni. Kalau nak sekolah agama kena hantar sekolah lain. Tak disatukan  dengan sekolah kebangsaan. Tak macam di Kelantan, sekolah kebangsaan belah pagi dan belah petangnya sambung kelas agama/kelas fardu ain setiap hari. Bayangkan, di sekolah kebangsaan cina pun ada kelas agama/fardu ain belah petangnya.

Wajib Sekolah Agama?

Tapi, kenapa sekolah di KL tidak boleh buat seperti di sekolah Kelantan?

Kesian pada Azwa, nampaknya tak akan sekolah agama sampai bila-bila selagi sekolah kat sini. Memang tahun ini, Azwa tak bersekolah di sekolah agama pun. Masa nak daftarkan Azwa untuk bersekolah agama tahun lepas, permohonan ditolak kerana dah penuh. Mungkin atas kesilapan ema sendiri kerana agak lewat untuk daftar. Walaupun rumah dengan sekolah hanya beberapa meter, tapi ramai yang daftar sekolah agama adalah dari kampung-kampung yang berdekatan. Di dalam kawasan perumahan, hanya satu sahaja sekolah agama yang ada. Yang lain agak jauh dengan rumah.

Hari ini, MIL pergi ke sekolah agama untuk dapatkan borang pendaftaran. Kecewanya, apabila diberitahu bahawa pendaftaran untuk tahun dua tidak dibuka hanya dibuka untuk tahun satu dan pra sekolah saja.

Jadi, bagaimana? Boleh ke umur Azwa tahun depan 8 tahun masuk sekolah agama untuk belajar di tahun satu?

About emarieys

Ema has written 1216 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE