Salam Lebaran dari Kuala Lumpur
Parenting

Tahun ini lagi sekali Merasai Suasana Beraya di KUALA LUMPUR

Kali kedua beraya di Kuala Lumpur. Kalau sebelum ini, beraya di Kuala Lumpur hanya ada keluarga aku saja tapi tahun ini keluarga mertua pun beraya di sini. Anak-anak mertua  tak dapat nak balik juga. Pagi raya beraya di rumah mertua lepas tu terus balik rumah. Aku pun tak masak beria di pagi raya, masak kuah kacang dan rebus nasi impit. Segala biskut raya dan kerepak aku beli.

Salam Lebaran dari Kuala Lumpur

Seminggu sebelum raya, dapat 5 hari cuti kuarantin. Ayra Sufia kena virus HFMD. 5 hari cuti bukan dapat untuk dua orang tapi salah seorang saja. Mr. Ery yang ambil, aku ambil cuti rehat 2 hari. lepas itu pergi kerja. Setel kerja yang mana tertangguh. Alhamdulillah, dalam masa 5 hari itu, Ayra Sufia kembali sihat.

Malam Raya ke Masjid India

Pergi cari sepasang Baju Melayu untuk abang Aqeel. Tahun ini, bab baju raya aku tak beli apa-apa pun kecuali baju melayu Aqeel. Rezeki untuk Mr. Ery dapat sepasang baju Melayu sepasang sponsor dari Jakel Shah Alam, baju kurung kakak dan Ayra Sufia tokma yang beli kain dan jahitkan. Nak seakan sedondonlah katanya, pakailah aku baju kurung yang my mom bagi tahun lepas.

Malam raya di Masjid India memang meriah sangat. Sana sini peniaga melaung turunkan harga. Sesak tu tak payah nak cakap..memang kena himpit dan menghimpitlah..Pandai-pandai deal harga lagi walaupun tahu harga tu dah murah.

Photoshoot Raya di Tasik Permaisuri

Kesian tengok anak-anak melepek kat rumah di hari raya, bawa ke Tasik Permaisuri. Apalagi kita berphotshoot lah kat sini. Ingatkan tak ada orang, rupanya ramai juga yang berposing kat depan tasik ni. Termasuklah aku dengan anak-anak. Kemain lagi kan…

Salam Lebaran dari Kuala Lumpur

Salam Lebaran dari Kuala Lumpur

Salam Lebaran dari Kuala Lumpur

Salam Lebaran dari Kuala Lumpur

Salam Lebaran dari Kuala Lumpur

Salam Lebaran dari Kuala Lumpur

Salam Lebaran dari Kuala Lumpur

Okeylah terubat sedikit kesedihan aku yang tak dapat beraya di Kampung. Apapun masih tidak terlewat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin bagi yang mengenali Ema dan pembaca blog emarieys.com  ini. Terima kasih sudi singgah.

 

 

 

About emarieys

Ema has written 1151 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor
1 Shares

You may also like...

4 Comments

  1. dah macam duk overseas yer. Sedih pula,bila tak dapat pulang beraya di kampung halaman ni.. Selamat hari raya ema. Takpe,rayakan sebulan..

  2. Insyaallah.. tahun depan dapat beraya di kampung.. 🙂

    Jemput join segmen ejulz jika sudi 🙂
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

  3. Selamat hari raya aidilfitri 🙂

  4. tetap terasa kemeriahannya walaupun bukan di kampung. selamat hari raya kak ema =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge