Menangis Kerana Ayra

Kerana jaundis atau kuning selepas dilahirkan. Aku menangis kerana Ayra. Umur baru 4 hari, Ayra dah kena tahan wad NICU, Hospital Serdang. Dah tiga anak ni, Ayra seorang yang kena tahan wad sebab jaundis, dua anak sebelum ini pun pernah kena tapi tidak sampai tahan wad setakat ambil darah saja.

Tapi Ayra tidak, 10 kali juga darah diambil untuk ditest tahap kekuningannya. Sampai lebam-lebamlah tangan dia kena cucuk jarum, sedih baru beberapa hari keluar dari perut dah kena cucuk. Bila nurse datang rumah buat pemeriksaan, nurse syorkan aku bawa Ayra pergi hospital untuk ambil darah. Disebabkan hari minggu, klinik tak buka terpaksa pergi ke Hospital Serdang. First time, aku jejak kaki di Hospital Serdang.

Kerana Jaundis

Terus aku dibawa ke kecemasan. Di dalam sana, aku dapat lihat betapa sibuk para doktor menjalankan tugasnya. Yealah, bahagian kecemasan, semua jenis pesakit pun ada. Dengan sabar aku tunggu turn nak ambil darah Ayra. Sejam lebih juga menunggu.

Seorang doktor cantik manis, ambil darah Ayra. Aku pejam mata tak nak tengok jarum dicucuk kat tangan Ayra, Tak sanggup nak tengok.. Apa lagi teriak lah Ayra. Kena tunggu lagi untuk result keluar. Dalam masa tunggu tu, harapan aku kuning Ayra tidak tinggi dan Ayra tak perlu ditahan wad. Result keluar dan bacaan tahap kuning Ayra sangat tinggi cecah 3 ratus lebih..dan terpaksa ditahan wad. Namun, wad NICU penuh. doktor sarankan aku datang balik esok. Lega aku sebab tak kena bermalam di sana.

Aku berjalan keluar dari kecemasan untuk balik dan menunggu mr.ery ambil kereta dan masa tu hujan. Tengah tunggu tu, doktor cantik manis tadi, tahan aku dan bagitahu ada wad kosong..alahai baru lega tak bermalam…akhirnya terpaksa bermalam juga.

Follow nurse ke wad NICU. Sampai dalam sana, terus bergenang air mata memikirkan Ayra dan melihat baby kecil yang pra-matang dan yang ada komplikasi. Ayra dibuka baju, ditimbang berat dan diletakkan atas katil dibawah cahaya biru. Aku sekadar mampu menunggu di atas sofa. Alhamdulillah, di sini dibenarkan ibu-ibu untuk menunggu.

Jaundies6
Jaundies3

Keadaan Ayra di bawah cahaya lampu. Sekejap dibaringkan terlentang sekejap baring meniarap. Bila Ayra menangis nak minum susu, Ayra boleh diangkat dari katil dan disusukan di sofa.

Jaundies4
Diletakkan plastik untuk elak dari kesejukan

Setiap beberapa jam Ayra akan disorongkan ke satu bilik untuk mengambil darah. Tak dapat aku bayangkan Ayra ketika itu. Sakitnya dia. Demi kesihatan Ayra, terpaksa. Semalaman aku berjaga di atas sofa. Di sini ada disediakan katil untuk menunggu, tapi sudah penuh. Mana pantang aku masa ini? Tidak aku peduli.

Jaundies5

 

Sedih Tengok Tangan Kecil Diambil Darah Setiap Masa

Result darah Ayra semakin menurun. Dengan harapan tinggi, aku agak boleh keluar hari esoknya. Malangnya, result terakhir untuk menentukan Ayra dapat keluar wad, naik balik. So, doktor tak benarkan aku dan Ayra balik rumah. Terpaksa bermalam semalaman lagi. Penatnya, hanya Allah yang tahu. Aku minta untuk dapatkan katil jika bermalam lagi. Alhamdulillah, katil aku dapat, Ayra juga ditempatkan di sebelah katil aku. Dapatlah aku berehat dan lelapkan mata. Tapi, malamnya aku menggigil satu badan. Akak sebelah tanya anak dia dah lama ke menangis pun aku tak boleh nak jawab. orang cakap aku kena bentan urat. perit dan serik.

Jaundies2

Pengalaman 3H 2M di wad NICU, Hospital Serdang sangat mencabar bagi aku seorang mama. Anak ditahan wad 3 hari aku dah rasa cuak, inikan pula ibu-ibu yang anaknya sudah berbulan ada di sini. sehingga pantang pun dihabiskan di wad NICU sahaja. AKu doakan semoga anak-anak kecil di sana, cepat-cepat sembuh hendak-Nya.

Wad NICU Hospital Serdang

Oh Ayra..Ayra..kamu mencipta sejarah kena tahan wad akibat jaundices. Selepas Ayra, abang Aqeel pula kena tahan wad di PPUM.

 

About emarieys

Ema has written 1133 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

News Reporter
Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

6 thoughts on “Menangis Kerana Ayra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge