Potluck EOCM Urban Crewz dan Elite

Potluck EOCM Urban Crew dan EOCM Elite di Putrajaya. Berpotluck sebelum menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak.

eocm

Aku ini jakunlah juga, tak tahu apa benda potluck yang sebenarnya. Bila ada group dan join aktiviti dengan mereka baru tahu potluck ini aktiviti membawa makanan tanpa menu. mereka yang join akan membawa makanan mereka untuk dijamu ramai-ramai.

Potluck Urban Crewz009Potluck kali ini di Putrajaya. Nak masuk kawasan orang kena ada ‘green light’ dari orang Putrajaya kaedahnya. Team Putrajaya adalah EOCM Elite namanya.

Potluck Urban Crewz076bersantai sambil menjamu selera dan beramah mesra. time inilah nak kenal dan bersua muka kalau tak berbalas whatsapp tanpa kenal tuannya.

Potluck Urban Crewz018Diselitkan lagi aktiviti mewarna untuk kanak-kanak.

Potluck Urban Crewz027Aktiviti untuk dewasa pun ada.

Potluck Urban Crewz177 Potluck Urban Crewz176Potluck Urban Crewz174Potluck Urban Crewz079Geng poksu EOCM Urban Crewz dan EOCM ELite

Potluck Urban Crewz120Geng moksu EOCM Urban Crewz dan EOCM ELite

Potluck Urban Crewz129Moksu-moksu EOCM Urban Crewz yang sporting habis

Potluck Urban Crewz135sukalah si kakak dapat bawa balik hadiah.

Potluck Urban Crewz100

Potluck Urban Crewz175

Potluck Urban Crewz166Ayra ni kalau bawa kat luar…tak meragam langsung..senang.

Potluck Urban Crewz168Eh3x, dah tiga anak pun. jarak abang dan baby agak jauh bezanya 6 tahun.

Potluck Urban Crewz169inilah keluarga kecil emarieys.com ..nak jadi besar kena tambah sorang lagi..oppss..

Potluck Urban Crewz158

tentu korang fikir apa yang aku bawa kat potluck ni kan. Aku bawa bubur kacang hijau jer. nak masak makanan yang berat-berat tidaklah pandai sangat.. Alhamdulillah, meriahnya aktiviti meriah juga makanan yang dibawa. langsung tak ada pembaziran.

Tagged : / / / / /

Konvoi UrbanCrewz Exora Owners Car Club Malaysia

Berkonvoi dengan Exora Owners Car Club Malaysia bersama team UrbanCrewz. Kali pertama follow sejak join kelab kereta. Tempat berkumpul di Hentian R&R Serdang. Pekena nasi lemak dua bungkus dan teh o beng segelas. Dapat juga berkenalan dengan mak usu- mak usu yang follow sekali. Mak usu ni panggilan untuk para isteri. Menunggu dan menunggu sehingga semua sampai agak makan masa juga. yang mak usu masing-masing semua lepak dalam kereta kat luar panas terik. cair makeup mak usu.Semua dah ada, membaca doa untuk kelancaran perjalanan ini yang dinamakan Fun Drive 2015 menuju ke Port Dickson.

exora owner car club malaysia

Destinasi Port Dickson

Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim, mula gerak perlahan-lahan berbaris sederat. Aku yang sarat memboyot risau juga takut terbersalin di Port Dickson. Muka dan hidung pun dah kembang semangkuk. Anak-anak pun tak sabar nak jalan makan angin. Pantang bagitahu nak pergi jalan, siapkan terus kerja sekolah malam sebelumnya.

kelab kereta exora (1)

konvoi urban crewz (4)

Selamat Datang ke Port Dickson

konvoi urban crewzTidak terus menuju ke hotel, berhenti dan berkumpul lagi di R&R Port Dickson. Kat sini pun menunggu lagi. menunggu untuk sampainya waktu check-in di hotel.

exora owner car club malaysia (11)

Bila dah terima maklum bilik dah tersedia, mula bergerak perlahan-lahan. Tapi,  baru sahaja keluar dari R&R, salah sebuah kereta konvoi tiba-tiba berhenti di tepi jalan. Rupanya tayar kereta pecah. yang kami dua dari belakang pun berhenti sama untuk membantu. Bila ramai-ramai kerja lagi mudah dan cepat. Tak sampai setengah jam, tayar siap diganti.

kelab kereta exora (2)

Berguna juga pam yang dibawa mr.ery ni.

konvoi urban crewz

Glory Beach Resort, PD

Di sinilah tempatnya team UrbanCrewz bermalam. Glory Beach Resort, Port Dickson. Masa mula-mula masuk simpang ke Lukut, pelik juga kenapa team ikut jalan ini. Walhal. aku yang silap. bukan hotel yang pernah aku stay sebelum ini. Nama hotel pun dah dekat-dekat. Jenis penginapan di Glory Beach Resort ni jenis Apartment. Ada yang tiga bilik ada yang dua bilik. Aku ambil dua bilik berkongsi dengan family adik ipar.

glory beach resort

Glory Beach Resort PD

konvoi urban crewz

konvoi urban crewz (9)

 

proton exora club (1)

Sebahagian team yang dapat jon Fun Drive 2015. Dalam team UrbanCrewz, hanya seorang saja bunganya. Dan mereka-mereka ini dari pelbagai peringkat umur dan kerjayanya.

konvoi urban crewz (8)

Dah cukup rehat, petangnya turun ke pantai untuk acara sukaneka. Bab acara sukan, anak sulungku memang excitedlah nak menang. Tapi tak ada rezeki untuk dia. Rezeki untuk adiknya kaut hadiah pertama untuk dua games kanak-kanak 6 tahun ke bawah. Tapi si kakaklah yang bagi semangat untuk adiknya.

proton exora club (7)

IMG-20150302-WA0021 copy

Aktviti

Lepas berpeluh masam bagai bersalut tepung, berpasir bagai. terus masuk kolam renang. punya nak kejar masa sebab dah hampir senja. Kolam pun nak tutup. dapatlah anak-anak mandi kolam sekejap saja..itupun esok paginya sambung lagi. tak puas. si bapa-bapa yang lebih keterujaan mandi kolam nampaknya.
proton exora club (6)
konvoi urban crewz (3)

konvoi urban crewz (2)

Dua hari punya penangan, semua aktiviti berjalan terus. Malamnya dinner, cabutan bertuah dan penyampaian hadiah untuk sukaneka.

konvoi urban crewz (13)

Jeng-jeng kotak misteri peti undi. Peti undi untuk lantikan AJK baru bagi team UrbanCrewz. Buktikan kotak dibuka di depan semua.

konvoi urban crewz (11)

AJK yang dilantik. Ada yang kekal ada yang baru. Kepercayaan tetap diberi.

exora owner car club malaysia (6)

exora owner car club malaysia (4)

exora owner car club malaysia (3)

proton exora club (5)

Malam itu sangat bertuah untuk Mr.Ery. Dapat 1st Prize Cabutan Bertuah. Aku kira 1st prize sebab Mr.Ery orang terakhir nombor dipanggil. Bila pengacara panggil nombor EOCM 2900, buat-buat tak dengar je yang memang dah ada di depan tolong ambilkan gambar.

konvoi urban crewz (1)

Alhamdulillah, berbaloi juga join. Dah selamat klim pun malam tadi. Terima kasih pada yang sponsor hadiahnya.

first prize

Yang belah kiri tuan sponsornya

konvoi urban crewz (14)

Nampak tak lebam bawah dagu si Aqeel ni. entah bila jatuhnya. bila tanya jawabnya tak tahu.

konvoi urban crewz (12)

Ingatkan dah habis games. ada lagi untuk games suami isteri. si isteri kena tulis jawapan di kertas yang diberi tanpa si suami tahu jawapan. Kena ke depan jawapan akan ditanya pada suami. aku tengah mengelat ni, berbisik jawapan kat mr.ery. sorry yea.

exora owner car club malaysia (7)

Bagi jawapan pun bukannya mr.ery ingat. lebih-lebih lagi melibatkan nombor. Aku punya tarikh birthday pun dia pergi cakap bulan 11. 11 tu kod negeri kelahiran laa…kan dah kena denda. kasi makeup muka suami.

proton exora club (3)

Kan bagus lagi banyak salah jawapan lagi banyak dapat aku conteng muka mr.ery. dapat juga bawa balik tuala.

konvoi urban crewz (10)

Pagi esoknya, balik tak berkonvoi masing-masing ada hal sendiri. Aku gerak awal sebab mom nak datang. Sebelum balik sempatlah singgah di Teluk Kemang, Port Dickson pekena Cendol Famous katanya.

exora owner car club malaysia (8)

Sekian.

Tagged : / / / / / / / /