Percutian di Kuching Sarawak….antara tempat yang sempat kami singgah

Tempat menarik di Kuching, Sarawak.

Nak habiskan pasal percutian di Kuching Sarawak…baru tiga hari pergi..tapi buat entry seperti sebulan pula pergi..nak bercerita pendek saja.

1) Tempat kraftangan..jalan-jalan sekadar cuci mata saja

tempat menarik di Kuching

2) Kek Lapis Dayang Salhah…memang kek lapisnya sedap..ramai artis-artis datang beli kek lapis kat sini termasuk Datuk Siti Nurhaliza…tertampal gambar-gambar artis memborong kek-kek lapis kat sini… tak sahlah kalau pergi cuci mata sajakan…semestinya kena beli.Kek Cadburry sangat-sangat sedap…masih ada lagi dalam peti ais yang belum dijamah.

gambar dari google

tempat menarik di Kuching

3) Main Bazaar dan Waterfront..sekali lagi lewat petang hari kedua singgah sini.. sempat membeli pelbagai key chain yang harga lebih murah dari hari sebelumnya..ingatkan kat dalam kedai Waterfront lagi mahal..rupanya lagi murah pula.

tempat menarik di Kuching

Ini ema habiskan percutian pada hari kedua…nantikan sambungan pada hari terakhir di sana.

Tagged : / / / /

Kuching Sarawak ada India Street

Di Kuching ada India Street…di Kuala Lumpur ada Jalan Masjid India…ianya sama tapi tak serupa…tempat untuk beli belah pelbagai jenis pakaian, tudung, kasut, cenderamata dan sebagainya.

india street

Kat sini sempat merembat sepasang baju untuk aqeel…dan MIL belikan jam tangan untuk cucu-cucunya..yang lain-lain sekadar cuci mata….

Tagged : / / / /

Semua Jenis Muzium Kami Terjah

Muzium Sarawak

Sambung lagi percutian kami di Kuching Sarawak ini..kali ini kami terjah semua muzium yang ada di sana..lagipun antara satu muzium dengan muzium yang lain dekat saja…dimulakan dengan Muziun Islam Sarawak..

Kebanyakkan muzium tidak dibenarkan mengambil gambar di dalamnya…ada juga terlepas sekeping dua bila tak perasan larangan mengambil gambar…

Di luar muzium tak kisahlah nak bergaya macam mana pun..tiada siapa hendak melarang.

pastu singgah pula ke Dewan Tun Abdul Razak…pelbagai pameran ada

buaya telah diawet

isshh, tak takut azwa pegang patung..semacam saja bila tenung lama-lama gambar ini…

panjat jejantas ke seberang jalan…singgah Muzium Etnologi pula…sana pelbagai jenis binatang yang telah diawet…orang utan punyalah besar ada kat dalam tu…tingkat atas tak berani kami naik..khabarnya ada kepala orang…huhuhu…

masing-masing muka disapu minyak sebab kepenatan berjalan kaki

teknik bergambar di celah batang buluh

mereka berehat seketika..menarik nafas panjang.

anak-anak suka sebab dapat makanan ringan dari remaja perempuan kat sana…punyalah masing-masing tengah lapar ni.

lain-lain muzium yang ada

rupa berseni ditampalnya tulisan sebegitu

Sekadar bergambar di muka pintu..yang ini kena bayar kalau nak masuk sebab private punya…..terus tak jadi masuk…

Semua muzium yang kami masuk bayarannya adalah percuma

 

Tagged : / / / / /

Day 2 : Kilang Pasu Batu 4 Kuching Sarawak

Bagus betul pemandu van ini..datang tepat pada masanya yang dijanjikan…jam 8.00 pagi dah nampak van masuk ke tempat bermalam kami ini.

Suasana pagi hari kedua di Kuching, Sarawak mendung dan hujan renyai-renyai… biasalah bila waktu pagi..ramai yang nak pergi kerja…tak dinafikan jalan memang sibuk…. tapi pandailah pemandu van kami cari jalan yang terbaik untuk tidak sia-siakan masa yang ada..

kilang pasu

Di sini, mereka benarkan untuk mencuba sendiri cara membuat pasu bunga.so, FIL dan MIL tak lepaskan peluang untuk mencuba membuat pasu.

kilang pasuhasil seni tangan mereka

kilang pasucantikkan

kilang pasu

Kami tak beli apa-apa jenis pasu bunga yang ada sebab kedainya belum dibuka (gambar atas sekali) cuma kilang sahaja beroperasi ketika itu. Khabarnya tuan kedai tengah sangkut dalam jem.. tanpa buang masa..kami terpaksa pergi ke destinasi seterusnya.

Tagged : / / / / /

Tempat Makan di Kuching Sarawak…Wajib Singgah di TopSpot Food Court

Lepas penat berjalan…tempat seterusnya adalah tempat untuk mengisi perut yang dah lama berkeroncong.. sebab utama datang sini memang nak merasa seafood terbaiknya… rata-rata semua yang bagitahu wajib singgah ke tempat makan TopSpot Food Court ini.. tokey kedai ramai yang chinese…tapi pekerja ramai melayunya..

TopSpot Food Court terletak ditingkat atas bagunan..kat bawahnya tempat letak kereta…masuk-masuk sana terus terkena ajakan singgah dari pekerja-pekerja setiap kedai..tapi kami semua pilih kedai no. 25..sebab apa? sebab pemandu van kami yang bagitahu makan kat situ…pemandu van tak ikut sama kerana jaga beg-beg kami yang masih belum check-in ke tempat bermalam.

mula-mula yang sampai atas meja..sambal, cili potong dan bawang putih..pastu air satu jag..air pula dari kedai lain…so, kena bayar harga air dahulu.

antara lauk yang dipilih oleh FIL, SIL dan Mr. Ery

udang goreng butter

kerapu masam manis..agak berbeza dengan masakan masam manis di semenanjung

sotong goreng tepung…ada rasa masin sikit..kemungkinan dicampur dengan telur masin

ada kerang…ada sayur

siakap masak stim tak silap…lauk paling last sampai

Makin lama..makin ramai yang datang makan kat sini… tak dinafikan masakannya sedap dan harganya berpatutan….cuma ema hanya pilih lauk kerapu masam manis saja..yang lain selera tekak tak boleh terima…tapi kesemua lauk habis licin..

Ingatkan malam esoknya nak datang lagi…tapi tak berkesempatan untuk singgah dan menikmatinya sebelum balik ke Kuala Lumpur.

Tagged : / / / / /

Kuching Main Bazaar dan Waterfront Sarawak

Waterfront Sarawak.

Selepas tinjau bandaraya Kuching, Sarawak..singgah di masjid untuk solat.. sambung perjalanan ke Kuching Main Bazaar untuk beli buah tangan seperti key chain, FM, senduk, beg dan sebagainya..pemandu van yang akan bawa ke kedai yang boleh dapatkan barang yang murah-murah..

Pastu jalan kaki terus ke waterfront Sarawak sebab pemandu akan tinggalkan kami dan datang ambil selepas kami rasa puas berjalan.

kuching waterfront

Berlatarbelakang Bangunan Ahli Dewan Undangan Negeri Kuching dan Sarawak River Cruise… bayaran untuk Sarawak River Cruise RM 60.00 seorang..kami tak naik pun….

waterfront di sarawak

Disebabkan tak tahan rasa melecet pakai kasut…sempat merembat sepasang selipar kat kedai sana RM 10.oo saja

jalan-jalan di waterfront

Azwa tengah merajuk…tak tahu merajuk sebab apa…tak lama pun rajukannya…

ramai yang dah tahu…dan buat tak tahu

Kepenatan naik flight dan berjalan-jalan..melepaklah kat tepi sungai sambil menikmati aiskrim goreng

cuti di Kuching SarawakAiskrim goreng ini RM 2.50 satu…murah atau mahal?

Kepenatan masih terasa

Tagged : / / / /