Hotel Kinabalu Daya, Kota Kinabalu, Sabah

Hotel Di Sabah

Yea, sinilah kami tidur sebilik seramai 6 orang. opppsss, diam-diam saja…hotel bertaraf 3 bintang berapa sangat keluasan biliknya

Dapat hotel ini pun atas voucher beli hp hanya keluarkan RM100 untuk bermalam selama 3H 2M bukan kami lepak dalam bilik pun bilik ini hanya untuk tidur dan mandi saja

tapi puas hati sangat dengan kelajuan wifi nya.

 

 

salah satu destinasi yang kami pergi pada hari kedua selepas Kundasang dan Kudat iaitu 1Borneo Hypermall…mall yang paling besar di KK kalau kat sini macam Midvalley.. pergi sana hanya beli selipar azwa sebab selipar yang baru rasmi pada hari pertama dah putus.

 

 

Ikan Bakar Fresh

malam kedua kami tak singgah balik makan ikan bakar belakang pasar filipin tapi mr.ery sanggup berjalan kaki dari hotel semata-mata nak ratah ikan dalam bilik

 

 

selepas balik pulau manukan sempat singgah kedai Jamilah Jewellery kedai terbesar yang jual segala mutiara dan barang kristal rambang mata dan tak beli apa

 

 

Berakhirlah percutian 3H 2M di Kota Kinabalu, Sabah cukupkah segala cerita mengenai Kota Kinabalu ini?

 

 

Anak-anak tahun ini aktiviti berjalan-jalan dah habis yer tahun depan INSYAALLAH kita bercuti di Pulau Langkawi pula

 

AMIN!!!

 

Tagged : / / /

Dasar Laut Pulau Manukan, Sabah

Mr. ery berkesempatan nak berscuba doo di Pulau Manukan

Dengan bayaran RM 180, akhirnya pengalaman yang bermakna bagi mr.ery

Yelah, mr.ery tak pernah lagi sampai ke pulau..dan ini first time.

Ada juga gambar cukup korum ni..sebelum mr.ery ke dasar laut sejauh 5 meter

Antara yang ada di dasarnya

Ikan nemo sangat jinak

Berscuba doo selama setengah jam akhirnya timbullah bola kaler oren dan pink tu
yang mana satu mr.ery?

bola kaler oren tu adalah mr.ery..yang pink tu perempuan dari Indonesia
nak main scuba doo ni kena berdua…
jangan risau ada yang jaga

Dapat bawa balik sijil dan CD berscuba

Tagged : / / /

Keindahan Pulau Manukan di Sabah

Pulau Manukan Sabah

As Salam

Terasa lamanya tak update blog ini
Busy sangat dengan kerja
Bulan depan kena outstation lagi
So, banyak benda perlu disiapkan

Okey, sambung cuti-cuti ke sabah yer

Destinasi : Pulau Manukan, Sabah

Dinasihatkan nak pergi sana, seeloknya di awal pagi untuk elak dari ombak besar

kecut perut masa kami pergi hari itu….

boleh pula jumpa dengan satu group cikgu-cikgu dari kelantan

pulau manukan

selamat datang ke Pulau Manukan…ema dah sampai sini dulu..

memang tak akan lepaskan peluang untuk mandi

mandi di pulau manukan

kalau nak stay lama, bot akan datang ambil kemudian, kalau stay sekejap bot akan tunggu saja

pulau manukan sabah yang indah

tanda -tanda keberanian aqeel naik bot

mula-mula cool jer

pastu mulalah peluk mr.ery

naik bot ke pulau manukan

dan akhirnya dengan mama juga

brcuti di pulau manukan sabah

salah satu pulau lain yang ada

pulau kecil

nak lawat semua pulau pun boleh

hanya perlu sediakan charge tambahan bot saja

Tagged : / / /

Berjaya Jejaki The Tip of Borneo, Sabah

The Tip of Borneo

Lewat bersiaran hari ini. ada event bersama Imam Feisal (Imam Besar Masjid New York). okey sambung cuti-cuti di sabah. Sebelum datang Kota Kinabalu dah berhajat nak ke Tips of Borneo ini lebih dari Kundasang. semangat datang jauh, akhirnya berjaya jejaki kedua-duanya. Ada yang hantar komen kenapa tak terus pergi ranau, sana ada hot spring poring. saya tak tahu pun ada tempat menarik lagi di sana

Perjalanan dari Kundasang ke The Tip of Borneo hampir 3 jam melalui Kota Belud. sepatutnya dua jam setengah dah boleh sampai, tapi ada jalan dibaiki sejauh 3 KM. so, bawa slow saja. maklumlah kereta orangkan.

 

 

Bila dah nak hampir dengan Kudat, mata kena selalu tumpu pada signboard. sebab signboard ke sana dah agak lusuh kalernya.dan satu, kita akan rasa was-was, betul ke jalan ini? sebab jalannya pun agak sunyi.

 

 

ada chalet untuk disewa

 

 

kami dah sampai sini..korang bila lagi…

 

 

 

Penghujung Borneo

 

 

 

sebelum bergerak balik mesti ambil gambar lagi

 

 

paling rasa penat me lah… aqeel tak nak jalan kaki..nak dukung memanjang…sabar ajelah…

 

 

penat turun..berehat kejap di pondok kat situ…muka berminyak-minyak…peluh meleleh-leleh

 

 

aqeel oh aqeel..

 

 

oh ya, kalau korang nak buat perjalanan seperti kami…pastikan minyak kenderaan diisi penuh tau….susah nak jumpa stesen minyak ni.. kami pun terpaksa pergi ke pekan kudat untuk isi minyak kereta

 

Tagged : / / / /

Sampai Di Sini Kota Kinabalu

As Salam

Cuti-cuti di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini.

Setelah mendarat di Terminal Dua dan kereta waja sewa ada di tangan.

Terus pandu ke bandar dengan bantuan GPS dan Signboard..bantuan dariku pun ada juga

First, cari hotel yang telah lama booked, sekali pandang

Ya ampun, beginikah hotelnya? sanggupkah nak bermalam kat sini?

Tapi rupanya silaplah… nasib baik aku tengok kertas print yang aku bawa.

Tertukar nama Hotel Gaya dengan Hotel Daya

Selepas check-in di hotel yang betul dan simpan segala beg pakaian dalam hotel.

Ronda-ronda bandar KK sebelum matahari terbenam. sana malamnya cepat.

azwa yang ambilkan gambar kami semua

Pasar Tani di Kota Kinabalu

rumpai laut?

sayuran yang dijual di pasar malam..murah tu..RM 1 pun boleh dapat banyak

pemandangan dari tepi laut di bandar KK

I Feel Good…pasti ada yang akan ambil gambar patung digi ni..dah lama sangat dia termenung di atas sana…

Disebabkan hari masih terang..dan pasar malam masih banyak lagi belum dibuka.

Tanpa dirancang hari pertama hendak ke mana. lalu aku bagi idea pergi ke tanjung aru saja.

Malamnya, baru datang balik ke bandar KK untuk menikmati masakan di sini.

Wow, sangat menakjubkan ambil gambar di Tanjung Aru….

 

Tagged : / / / / /

aweks cun sabah dan makanan sabah

nak sambung entry bercuti-cutian sambil kerja kat sabah bersama dua teruna yang masih bujang trang tang tang… bujanglah sangat… yealah, saya seorang saja perempuan kat sana tau…malah pangkat mama lagi..fikir banyak kali nak buat entry yang ini…tapi kalau tak buat, bila lagi nak buat tak akan nak tunggu dah basi cam orang berniaga kat bazar ramadhan tu..oppss… yang tertentu saja..kesian betul kat orang yang terbeli makanan basi ni..berniaga tu biarlah seikhlas hati..bukan mahu penuh poket disisi..issh..geram betul dengan peniaga yang sebegini…alamak, dah terkeluar topik pula..okey sambung (berapa kali nak sambung ni)…bila tengok gambar-gambar ni..jangan pula korang meleleh air liur erkh…ingat tu puasa… satu malam tu, kami bertiga makan kat gerai belakang pasar filipin yang jual-jual pearl.. jenuh juga nak pilih-pilih gerai ni..berderet-deret..pastu yang pasti semua harga murah-murah… terbaik bha!!!

korang agak-agak berapa RM seekor?

Ikan Bakar Kota Kinabaluada macam-macam makanan…tapi semuanya dibakar… semuanya makanan laut… nak tom yam, sup, telur, sayur itu tak ada pun kat gerai-gerai sini… kalau restoran memang ada…

melelehlah air liur korang erkh..

Udang Fresh Kota Kinabaludua orang budak bujang inilah sebagai bodyguard saya.. tak ada maknanya mahu keluar sorang-sorang kat tempat orang…takut dan bahaya tu

Kedai Ikan Bakar Belakang Pasar Filipinaberkongsi tiga makan dua lauk ini…memang puas hati… ikan RM 15 seekor..udang RM 15 selidi tu… cicah pula dengan sambalnya…air peluh mencurah-curah kat dua orang bujang tu… saya? opps..tak makan pedas sangat pun..sempat lagi nak cover….oh yea, kat sini kena cuba air teh o limau ais..sebab diaorang tak pakai limau cam kat tempat kita…diaorang akan pakai lemon kuning punya…sodap beb!!!…

Ikan Bakar Freshsambil makan..sempat lagi kami berkenalan dengan tiga awek cun melecun ini..biasalah bila orang bujang nampak awek kan….baik-baik betul awek sabah ni…ada untungnya kenal diaorang ni..kan tahun depan cari diaorang lagi….senang…hehehe…

bila tengok aweks ni makan..kitaorang duk tanya itu ini. itu makanan apa..ubi yang direbus di panggil putu dan makan pula dengan ikan bakar…pastu yang sorang tu makan agar-agar tapi tengok cam rumpai..cicah pula dengan sambal..dan taruh air asam limau banyak-banyak…

Awek sabah cundari hotel ke gerai makan tidaklah jauh sangat… pergi pun jalan kaki saja… kat sini ramai pakai digi kot… digi di mana-mana saja ada…tapi kat laut yang tak ada…tu pasal patung digi termenung mengadap laut…tengah fikir macam mana nak ada line kat tengah lautan itu..

Keindahan Malam Bandar KKkeindahan di waktu malam…

Hotel Promenade KKhabis bab makan..sambung nanti yer

daaaa….

p/s : kenal dengan orang sabah ada kebaikan untuk bercuti tahun hadapan..boleh dapatkan hotel dan sewa kereta yang murah…

Tagged : / / / / / / /