Hotel Kinabalu Daya, Kota Kinabalu, Sabah

Hotel Di Sabah

Yea, sinilah kami tidur sebilik seramai 6 orang. opppsss, diam-diam saja…hotel bertaraf 3 bintang berapa sangat keluasan biliknya

Dapat hotel ini pun atas voucher beli hp hanya keluarkan RM100 untuk bermalam selama 3H 2M bukan kami lepak dalam bilik pun bilik ini hanya untuk tidur dan mandi saja

tapi puas hati sangat dengan kelajuan wifi nya.

 

 

salah satu destinasi yang kami pergi pada hari kedua selepas Kundasang dan Kudat iaitu 1Borneo Hypermall…mall yang paling besar di KK kalau kat sini macam Midvalley.. pergi sana hanya beli selipar azwa sebab selipar yang baru rasmi pada hari pertama dah putus.

 

 

Ikan Bakar Fresh

malam kedua kami tak singgah balik makan ikan bakar belakang pasar filipin tapi mr.ery sanggup berjalan kaki dari hotel semata-mata nak ratah ikan dalam bilik

 

 

selepas balik pulau manukan sempat singgah kedai Jamilah Jewellery kedai terbesar yang jual segala mutiara dan barang kristal rambang mata dan tak beli apa

 

 

Berakhirlah percutian 3H 2M di Kota Kinabalu, Sabah cukupkah segala cerita mengenai Kota Kinabalu ini?

 

 

Anak-anak tahun ini aktiviti berjalan-jalan dah habis yer tahun depan INSYAALLAH kita bercuti di Pulau Langkawi pula

 

AMIN!!!

 

Tagged : / / /

Dasar Laut Pulau Manukan, Sabah

Mr. ery berkesempatan nak berscuba doo di Pulau Manukan

Dengan bayaran RM 180, akhirnya pengalaman yang bermakna bagi mr.ery

Yelah, mr.ery tak pernah lagi sampai ke pulau..dan ini first time.

Ada juga gambar cukup korum ni..sebelum mr.ery ke dasar laut sejauh 5 meter

Antara yang ada di dasarnya

Ikan nemo sangat jinak

Berscuba doo selama setengah jam akhirnya timbullah bola kaler oren dan pink tu
yang mana satu mr.ery?

bola kaler oren tu adalah mr.ery..yang pink tu perempuan dari Indonesia
nak main scuba doo ni kena berdua…
jangan risau ada yang jaga

Dapat bawa balik sijil dan CD berscuba

Tagged : / / /

Cara Kami Bercuti Di Kota Kinabalu

Bercuti Ke Kota Kinabalu

Hari kedua cuti-cuti di Kota Kinabalu banyak dihabiskan di dalam kereta gara-gara nak pergi banyak tempat. dan antara satu tempat dengan tempat yang lain bukannya dekat..bontot pun kebas-kebas bila duduk lama dalam kereta.

Atas bantuan dari GPS, signboard dan maps yang aku print di opis maka bermulalah perjalanan kami dari Kota Kinabalu menuju ke Kundasang. nak tengok gunung kinabalu. dengan bantuan gps, perjalanan kami memasuki pekan tamparuli. bila lalu pekan bolehlah nampak jambatan tamparuli. dan bila nampak jambatan itu bukannya nak ready ambil gambar pun…tapi tetiba aku teringat lagu jambatan tamparuli nyanyian marsha milan londoh.. dah rugi tak ada kenangan kat sana.

Kundasang

Perjalanan dari KK ke Kundasang hampir dua jam..tapi tak rasa jauh sangat sebab excited tengok pemandangan luar. cuma rasa kelaparan sebab bertolak jam 6.30 pagi tak singgah makan pun. bila nampak kedai di tepi-tepi jalan rasa cam was-was nak berhenti..banyak anjing berkeliaran..tak tahu mereka muslim atau tak..nasib baik ada bekalan roti dalam kereta.

shoot dari dalam kereta yang bergerak

 

 

budak yang sedang keboringan..melayan gameslah

 

 

berkabus…

 

 

hampir dua jam perjalanan, akhirnya sampailah di sini..Taman Kinabalu.

nak masuk kena bayar RM 3 seorang.

 

 

Gunung Kinabalu

Entah betul atau tak tempat nak tengok Gunung Kinabalu kat sini…terus bawa kereta pusing Taman Kinabalu.kat dalam naik kereta tak bestlah.kalau jalan kaki konpem letih..jalan sehala. last-last sekali jumpa balik jalan depan. nak park kereta pun susah. penuh dengan van yang nak bawa orang mendaki.

 

Dah dapat park kereta, apalagi kami berphotosoot kat sini. lagipun si azwa kena mandi sebab hanya dia seorang yang tak mandi lagi…hehehe..sejuk sangat air kat sini. sama macam di Cameron Highlands

 

Belakang kami itukah Gunung Kinabalu?

 

 

Antara sekitar pemandangan di Taman Kinabalu…aku dah tak tahu nak merepek apa kat sini..korang layanlah gambar yer..

 

 

budak yang semakin notti

 

 

azwa dah tukar baju…dah siap mandilah

 

 

cucu-cucu tokbah

 

 

eh3x, nak juga aku selitkan

 

 

nak ronda mana..boleh tengok kat sini

 

 

betul ke azwa arahnya?

 

 

sebab perut dah lapar, ingat nak makan di restoran kat bawah tu..tapi tak jadi sebab takut mahal..hehehe…berlaparlah lagi…

 

 

mereka-mereka yang mendaki gunung

 

 

tak lama pun kat sini..terus kami pergi destinasi lain

 

 

tiga destinasi lagi kami pergi di hari kedua

 

tunggu yer!!!!

 

Tagged : /

Bercanda Di Tanjung Aru, Kota Kinabalu…Wow!!!

Pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu.

Dah sampai tanjung aru tak tahu nak buat apa. kedai makan banyak tapi sengaja kami semua kosongkan perut nak makan ikan bakar di bandar KK.Akhirnya, kami melepak di tepi tangga sambil lihat matahari yang hampir terbenam. semakin ianya terbenam di hujung laut, semakin ramai orang yang bertenggek di tepi tangga dan mengambil gambar.

Bercanda di Tanjung Aru, Kota Kinabalu sambil menikmati air kelapa muda

sambil menunggu matahari terbenam
hilangkan rasa haus dengan minum air kelapa
sebiji RM 4
aku tak dapat nak rasa sebab baru lepas telan ubat

aqeel tak akan lepaskan peluang untuk bermain pasir yang halus di sini

mr.ery tak lepaskan peluang mengupdate fb nya

aksi anak-anak kecil bergaya

aqeel akan meniru gaya kakaknya

look, seluas-luasnya dia buka kaki…tak mahu mengalah dengan kakak

kecil-kecil dah berjalan jauh..tak ada rasa penat pun mereka

Wow, sangat menakjubkan keindahan panorama matahari terbenam di sini

cantikkan

semakin menghilang….

Last but not least….gambar mereka berdua

next entri akan ema kongsikan lagi gambar yang menarik di sini

 

Tagged : / / / /

Sampai Di Sini Kota Kinabalu

As Salam

Cuti-cuti di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini.

Setelah mendarat di Terminal Dua dan kereta waja sewa ada di tangan.

Terus pandu ke bandar dengan bantuan GPS dan Signboard..bantuan dariku pun ada juga

First, cari hotel yang telah lama booked, sekali pandang

Ya ampun, beginikah hotelnya? sanggupkah nak bermalam kat sini?

Tapi rupanya silaplah… nasib baik aku tengok kertas print yang aku bawa.

Tertukar nama Hotel Gaya dengan Hotel Daya

Selepas check-in di hotel yang betul dan simpan segala beg pakaian dalam hotel.

Ronda-ronda bandar KK sebelum matahari terbenam. sana malamnya cepat.

azwa yang ambilkan gambar kami semua

Pasar Tani di Kota Kinabalu

rumpai laut?

sayuran yang dijual di pasar malam..murah tu..RM 1 pun boleh dapat banyak

pemandangan dari tepi laut di bandar KK

I Feel Good…pasti ada yang akan ambil gambar patung digi ni..dah lama sangat dia termenung di atas sana…

Disebabkan hari masih terang..dan pasar malam masih banyak lagi belum dibuka.

Tanpa dirancang hari pertama hendak ke mana. lalu aku bagi idea pergi ke tanjung aru saja.

Malamnya, baru datang balik ke bandar KK untuk menikmati masakan di sini.

Wow, sangat menakjubkan ambil gambar di Tanjung Aru….

 

Tagged : / / / / /