Ditipu Peniaga Online, Pengalaman Refund Duit Customers

Kemas-kemas meja, terjumpa sebuah buku tulis anak. Selak helaian demi helaian, nampak pula senarai nama-nama pelanggan yang pernah aku berurusan sebelum ini. Nama-nama pelanggan yang telah aku kembalikan duit mereka. Tahun ini tahun ketiga. Bila diingatkan kembali memang rasa sedih. Tapi menangis keluar air mata darah pun, engkau tetap kena pulangkan balik duit pelanggan. Alhamdulillah, berkat bantuan dari Mr.Ery dan keluargaku, berjaya aku selesaikan dalam masa beberapa hari sahaja. Aku redha.

Customer is always RIGHT

Inilah ungkapan dan peraturan yang selalu disebut. “Customer is  always right”. Tapi dalam situasi aku, bukan masalah pada customer. Ianya masalah aku dengan peniaga online yang menipu. Tahun 2015, baru masuk kerja selepas cuti bersalin 90 hari. Niat mencari duit extra sebab raya pun dah dekat. Tidak disangka tidak diduga, terduduk aku bila ditipu.

Refund Duit Pelanggan

Refund Duit Pelanggan

Baca: Nama Penipu Online

Refund Duit Pelanggan

Selepas sedar ditipu, sebab barang tidak sampai pada semua pelanggan. Telefon pun tidak berangkat. Aku buat report polis. Aku create satu group refund duit dengan linangan air mata. Dalam ramai-ramai customer ada yang memahami, ada yang cop aku pula yang tipu. Sedih, hanya Allah sahaja yang tahu. Sudahlah, nak kena cari duit untuk refund, dicop pula menipu. Aku tahu, mereka pun takut kalau duit mereka tidak dikembalikan. Aku tidak salahkan mereka pun. Berkat pertolongan keluargaku, setel semua duit pelanggan dalam masa beberapa hari.

Buka Fail Tribunal

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) pun aku dah pergi, masuk mahkamah bagai. Menang kes sebab penipu langsung tak nampak batang hidung. Aku sendiri pun tak tahu apa perkembangannya. Tahun lepas, ada terima panggilan dari TTPM yang mengambil kes ini katanya pegawai sebelum ini telah bertukar. Lepas itu diam sehingga hari ini.

Pernah share dalam group senarai penipu online di facebook. Ramai yang kenal, dan  ramai juga yang kena tipu dengan nama yang sama. Aku pernah mesej dengan salah seorang kenalan penipu ini, katanya dia memang tidak serik-serik. Malah, isteri pun sama kaki penipu. Punyalah aku jejak dia, sehingga aku dapat akaun fb personal dan IC suami isteri. Paling last, aku dengar berita lakinya dah kena tahan lokap sebab pukul isteri. Tak lama pun dalam lokap, dah lepas pun. Group senarai penipu online pun dah tak berapa aktif sekarang. Agaknya, dah ramai orang insaf.

Walaupun dah terkena, setahun selepas itu aku berniaga jubah di bulan puasa dengan menyewa booth. Adik yang jaga. Seronok bila orang datang membeli jubah dan dapat pula hasil yang lebih. Tahun lepas tidak pula berniaga, tahun ini masih dalam perancangan. Mungkin hanya akan tolong adik yang akan buka booth di Terengganu pada bulan puasa nanti.

Jadi, berhati-hatilah kalian untuk berurusniaga dalam talian dengan orang yang tidak dikenali. Sepandai-pandai tupai melompat, satu hari akan jatuh juga.

 

Tagged : / / / /

Menjadi Mangsa Penipu Online Aku Tekad

Pernah menjadi mangsa penipu online, aku tekad. Melihat senarai nama-nama penipu online di dalam group facebook Senarai Nama Penipu Online (SNPO), memang tidak terbilang rasanya. Pelbagai jenis penipuan yang ada seperti kutu, agen dropship, sewaan rumah, dan sebagainya. Dan aku juga pernah menjadi mangsa penipu online. Sehingga kini, kes masih dalam siasatan pihak penguatkuasa KPDNKK.

Sedikit pengalaman nak dikongsikan. Ramadhan ini, genaplah setahun kes penipuan oleh peniaga online dropship ini. Semasa awal dapat tahu yang aku kena tipu, sungguh tak dapat aku bayangkan. Terduduk. Termenung. Dengan hari raya sudah dekat. Dengan nak bayar balik duit customer. Ya Allah, sangat menyedihkan. Aku wujudkan group whatsapp customer dengan linangan air mata untuk bagitahu aku kena tipu dan kembalikan duit mereka. Ada yang sangat memahami situasi  aku masa itu… dan ada juga yang terus mendesak untuk dapatkan kembali duit. Yea, ada yang cop aku pula yang penipu. Tapi Alhamdulillah dengan bantuan suamiku, dalam masa 2 hari, aku telah kembalikan semua duit-duit mereka.

Sebab terlalu percaya dengan peniaga online ini, aku agak lewat buat report polis kerana dia maklumkan yang dia sendiri kena tipu dengan agen. Aku desak untuk dia bayar balik duit dan dia janji akan return balik secara bulanan sebanyak RM 200. Selepas beberapa hari raya, aku bertanya bila boleh bagi RM 200 itu dan terus dia block.

Report Polis

Aku buat report polis yang dekat dengan pejabat dan malamnya aku dihubungi oleh Sarjan Bahagian Komersil dan diminta datang ke Pejabat Polis Bahagian Komersil. Sekali lagi aku ceritakan apa yang berlaku. Yang aku terima maklum dari Bahagian Komersil hingga hari ini “telah mengenalpasti suspek tetapi masih belum berjaya menangkapnya”. Tindakan apa seterusnya, aku hanya menunggu.

Selain report polis, turut buat report di Tribunal. Aku daftar Tribunal online lepas tu, akan terima panggilan dari Tribunal untuk datang ke kaunter buka fail dengan bayaran RM5. Selepas menjalani setiap proses oleh tribunal dari menghantar surat berdaftar, menunggu masa 14 hari, hari perbicaraan, kemenangan kes, menunggu lagi 14 hari sehinggalah kes ini sekarang dalam siasatan KPDNKK. Gugup masuk bilik perbicaraan seperti aku sendiri yang bersalah sedangkan pesalah langsung tak nampak batang hidung. Kes memang dah menang, tapi pesalah masih seronok makan duit haram. Pesalah sangat kebal agaknya, sampaikan surat saman mahkamah dan ganti rugi tidak dilayan sama sekali.

Tribunal

Duit tersebut memang agak susah nak dapat kembali..Tak apa. Dia kebal dengan manusia, dia kebal dengan undang-undang tapi ingat dia tak akan kebal dengan Allah Yang Maha Esa. Jika sempat dia bertaubat..Alhamdulillah..jika tidak sempat Nauzubillah. Baru-baru ini dapat tahu, bukan aku seorang mangsanya, malah ramai lagi. Ada dalam jumlah yang kecil dan ada yang jumlah lagi besar dari aku. Lebih mengejutkan, ini adalah kerja suami isteri dan ketika kejadian ini, si isteri sedang mengandung anak ketiga.. Bayangkan bagi anak dengan hasil kerja menipu.

Aku nasihatkan pada siapa yang menjadi mangsa penipu online, buatlah report polis. Walaupun kes melibatkan jumlah kecil, lebih baik buat report bahawa kena tipu. Jangan sekali-kali buat report “tersalah bank-in” semata-mata nak dapatkan kembali duit.. Langsung tidak membantu. Nak dapatkan ic dan alamat. Cuba masuk group Senarai Nama Penipu Online (SNPO), InshaAllah akan ada yang membantu.

Tahun lepas aku adalah mangsa penipu online, aku tekad tahun ini aku berniaga online dari jubah sendiri. Kain sendiri aku carikan, jahit aku upah orang. Sokongan korang sangat diperlukan. Alhamdulillah, dah 100 pcs telah siap dan setengah masih ada di kampung.

Aku jual jubah ni, aku lebih kepada COD bagi yang dekat. Yang jauh, terpaksa juga kena pos kan… Tapi tak apa, tak puas hati dengan jubah ini, jaminannya adalah wang akan dikembalikan. Pelbagai pilihan warna.

Tagged : / / / / / /