Sedih Raya Tahun Ini Tanpa Bergambar Dengan Abah

Assalamualaikum. Tahun ini tak ada gambar raya bersama abah. Agak terkilan juga. Tapi, tetap dapat bersalam tangan dengan abah di rumahnya. “Maafkan Along, Abah”.  Sebelum raya, dapat bersua dengan abah. Abah datang hantar itik ke rumah mom dan ambil sandal raya yang MamaEma belikan. Suka abah dapat sandal capal.

#TeamRayaKelantan

Selepas selesai beraya belah keluarga mertua, balik rumah mom beraya dengan keluarga MamaEma pula. Sampai di rumah mom, abah dah balik rumah dia.. nasib sempat beraya dengan adik-adik MamEma dulu. Ginilah kami, pantang nak bergambar. Tepi tangga pun jadi. Makeup pagi raya bersama calitan Foundation C3..tahan lama…tidak bercapuk. Anak-anak saudara MamaEma kat sini pun dapat duit raya dengan cabut undi.. sambung balik kekecohan..

Nampak kami macam 4 beradik tak? Semua penangan Foundation C3 tau.hahaha, sempat promote lagi. Tapi benda baik, tak salah nak share kan..Alhamdulillah, walaupun mom dan abah dah berpisah, masa raya abah datang rumah mom untuk kami adik beradik beraya bersama.. Dapatlah abah merasa makan nasi dagang, nasi impit, itik kerutuk pada pagi raya..sebab masakan mom memang terbaik sangat.

Sambung lagi beraya…Petangnya, beraya pula ke rumah atok belah mertua.. sampai rumah atok, tak ramai orang. sebab dah petang, anak-anak atok dah balik rumah masing-masing. Tapi cicit-cicit atok, memang lasak bermain kat luar..

Korang punya raya macam mana? Beraya di rumah siapa? Rumah mertua atau rumah sendiri? Orang cakap beruntung kahwin dengan orang sama negeri..Yea lah, raya pertama dah dapat beraya dengan kedua-dua belah keluarga. Apapun semua itu adalah jodoh masing-masing..Alhamdulillah.

 

 

Tagged : / / / / /

Kekecohan Berlaku Untuk Dapatkan Duit Raya

Assalamualaikum. Kecoh memang kecoh.. tapi masih under control. Budak-budak kan. Diaorang excited nak duit raya. Tahun ini kami punya plan untuk beri duit raya lain sikit. Ekonomi tengah gawat namanya. Budak-budak happy. Mak bapak budak pun sama naik seh gitu.. hahahaha.. bila dikenang memang kelakarlah. Korang tengoklah Mr.Ery tu, samping pun dah tak lekat kat pinggang..terus sangkut kat bahu..

Nak Duit Raya, Kena Buat Undian.

Kisahnya, sangguplah bersengkang mata nak buat nombor satu-satu hingga nombor 50. Nak kena masukkan duit satu-satu dalam plastik, nak kena stapler, nak kena gulung kertas undi. Tak kira anak sendiri, anak saudara, anak jiran, anak sepupu ke apa..semua nak duit raya kena buat undian. Kira nasiblah siapa yang dapat duit kecil..siapa yang dapat duit besar. Paling kecil 50 sen…paling besar RM10.

Nah, sekali dua beradik dapat duit besar. Terus Mr.Ery sakit kepala…belum habis raya duit besar dah orang punya. Dalam 11 cucu, 2 orang dapat RM10..2 orang dapat RM5…dan yang lain dapat RM1 dan RM3. Anak sendiri pun dapat RM2 saja. Dah kira nasiblah kan.

Sukalah Haji Airil ni yer. Dapat duit RM10 tu. Abangnya dapat RM2 jer. Nasiblah mereka tak berdengki sama sendiri.. Dah habis raya ni, tiada siapa pun yang teraniaya dapat duit raya 50 sen. Okey, simpan untuk next year pula.

 

Tagged : / /

Team Raya Kelantan. Tema Raya Tahun Ini.

Assalamualaikum. Tahun ini team raya Kelantan. Ala, tak pelik pun. Memang setiap tahun akan beraya di Kelantan. Walaupun setiap tahun beraya di Kelantan, tapi ini first time pagi raya beraya di Machang, Kelantan. Belah keluarga mertua. Tahun ini, semua adik-beradik Mr.Ery beraya bersama.

Balik Kelantan ikut laluan alternatif sendiri.

MamaEma bertolak balik ke Kelantan hari Jumaat tengahari dua hari nak raya. Hari Khamis lagi, jalan dah mula jem.. makanya hari jumaat pun jalan masih jem. Disebabkan tak nak rasa nazak jem, kami ikut laluan alternatif sendiri. Walaupun jarak kilometer bertambah, tapi ianya tidak membosankan.

Laluan alternatif, kami ikut highway ke arah utara. Masuk jalan Duta..masuk highway..keluar Slim River. Kenapa keluar Slim River? Selepas Slim River, ada traffic sebelum Tapah. Dari Slim River pergi ke Sungkai pergi ke Tapah naik ke Cameroon Highlands.. siap berhenti shopping sayur dan buah Strawberry yang memang murah harga..turun ke Lojing.. jumpa Gua Musang…dari Gua Musang ke Kuala Krai, sekali lagi masuk laluan alternatif ikut Mengkebang… dan selamat sampai di Machang, Kelantan dalam masa lebih kurang 8 jam dengan bayaran tol RM13.20. Sepupu gerak jam 5.00 pagi ikut jalan biasa, sampai di Machang jam 11.00 malam. Kesian, jem teruk di highway Karak dan highway baru Merapoh-Lipis.

Pagi Raya Pertama

Kecoh betul pagi-pagi raya dengan gelagat anak menantu dan cucu semua. Nak siapkan anak-anak, nak menggosok baju raya lagi..nak pergi sembahyang raya lagi..nak makan lagi.. time ni si Ayra pula tak berapa sihat. Sembelit. Selepas masuk ubat dalam punggung, barulah okey. Anak-anak dah melawa dengan baju raya, ada pula yang mood tak baik.. Biasalah dah dipaksa bangun awal pagi.

Cucu-cucu Haji Haris dan Hajah Maimunah

Selepas sembahyang raya, barulah boleh nak bergambar sekeluarga. Itupun huru-hara jugalah. Walaupun semua anak menantu pagi raya di Machang, Kelantan tapi tetap tak cukup korum. Seorang menantu tak balik beraya..offshore.

Keluarga Mertua
Beratur salam duit raya

Tema Raya Tahun Ini Warna Brown

Alhamdulillah, dapat juga sediakan baju raya anak-anak ikut tema. Dengan keadaan ekonomi sekarang, memang perlu berjimat cermat. Terasa sangat dengan perbelanjaan sekarang. Baju Melayu Mr. Ery dan Aqeel beli sedondon dengan harga tak sampai RM130 untuk dua pasang.  Samping dan songkok pakai yang sedia ada. Baju anak perempuan, dari lebihan kain raya MamaTok tahun lepas, yang jahit TokMa. Belikan mereka skirt saja. Baju MamaEma pula kain pasang batik, hadiah dari Mr.Ery sempena hari lahir MamaEma tahun lepas. Upah jahit di kampung. Tudung pun pakai yang sedia ada.

Minggu ini masih mood raya lagi kan. Dah masuk kerja, masih bermalasan nak buat kerja. Dan hujung minggu ini juga mesti penuh dengan jemputan open house. Yea tak?

 

 

Tagged : / / / / / / /