Boleh Kurus Ke Dengan S Great Grain Ni?

Kurus dengan sihat? Macam mana tu? Assalamualaikum..Hari ini berisaran di kampung menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma 2 hari lagi. Dah beli baju raya ke? Kat Kelantan ni kemain jem tak bergerak. Nasiblah balik semalam tak sangkut makan jem. Dari awal dah ikut laluan alternatif Kampung Mempaga. Terlepaslah masuk bandar Bentong dan Raub tu. Situlah tempat paling jem bila tiba musim perayaan. Eh, terpanjang pula mukadimahnya.

Betul ke makan S Great Grain ni boleh kurus?

Betullah tapi terpulang pada antibodi orang tu juga.. Ada yang cepat turun ada yang lambat. Macam kawan blogger aku, Ummi Nani dengan minum S Great Grain ada penurunan berat badannya. Alhamdulillah. Aku? Aku pula tak perasan turun ke tidak…tak timbang pun. Tapi beli baju raya saiz dah kurang inci..so, apa tandanya ituuuuu..semakin mengecillah kan..ececece..

Baru jer minum, dah mengecil..kalau hari-hari minum mahu melidi dah ni…tapi pandai-pandailah kontrol nak kurus setara mana..tak gitu…kan kurus keding tak cantiklah pula.. betul tak?

S Great Grain ni isi kandungannya dengan 18 biji bijirin terdiri dari beras merah, kacang merah, kacang hijau, benih coix, biji bunga teratai, biji rami, beras perang, jagung, kacang soya, gandum, sekoi, bijan hitam, kacang walnut, kernel apricot, kacang hitam, benih chia dan beras pulut.

Ditambah lagi 5 jenis makanan sunnah seperti habbatus sauda, zaitun, delima, buah tin dan juga madu dan dilengkapi dengan set nutrien komprehensif termasuk protein, karbohidrat, serat makanan, vitamin dan antioksida. Cukup lengkap nutrisi dan sangat bagus diamalkan.

Nak kurus dan sihat tidak perlu makan segala ubat-ubat kurus yang tidak diikritaf dan sah-sah berbahaya. Dengan S Great Grain ni pun boleh turun berat badan dan tidak membahayakan kesihatan dalaman tubuh badan kita. Semestinya HALAL.

Cara untuk  dapatkan S Great Grain

Cara untuk dapatkan S Great Grain ni boleh di dapati di semua cawangan Watsons seluruh Malaysia. Dengan 15 peket kecil di dalamnya cuma dengan harga RM39.90 sahaja. Atau dapatkannya di:

Facebook link : https://www.facebook.com/Surya.Malaysia/

Instagram link https://www.instagram.com/surya.malaysia

E-Commerce link Shopee – http://bit.ly/SGGShopee

 

 

 

 

Tagged : / / /

Bang Perut Makin Ke Depan Tu!! Kembung Ke?

Pernah tak orang tegur “ko pregnant ke?” “dah berapa bulan”. Eh, boleh tersentap bila orang tanya macam itu. Tak mengandung tapi orang sangka kita mengandung gara-gara perut kembung. Perut kembung mengalahkan tahap perut yang kebuncitan gitu..nak marah ada..nak sedih pun ada. Itu kalau soalannya pada perempuan..kalau pada lelaki? Mengandung juga ke? Yea, mengandungi lemak..

Cuka Epal Vinegar Surya Malaysia

Dah sah-sah bukan pregnant, tak perlu nak sentaplah. Ada caranya nak bagi perut kembung tu hilang. Amalkan minum cuka epal (apple cider vinegar) dari Surya Malaysia kerana cuka epal ini telah dicampur madu asli. Jangan pula ditelan macam minum ubat batuk pulak yer.  Perlu diminum dengan air suam atau air sejuk. Ambil dua sudu besar cuka epal dikacau dalam segelas air. Amalkan setiap hari untuk dua tiga kali. Nak lagi best, minum ketika sejuk…pergghhh…sedap.

cuka epal surya

Epal, Madu dan Cuka

Epal kaya dengan vitamin, mineral dan antioksidan baik untuk detox
Madu asli dengan kuasa bioaktif untuk menguatkan sistem imunisasi
Cuka dengan bahan “asid acetic” membantu membersihkan usus

Fungsi Cuka Epal Surya

Kelebihan-kelebihan cuka epal Surya:

  1. Membantu menurunkan b3rat badan
  2. Membantu mengatasi p4ras kolesterol dalam darah
  3. Melegakan sakit tekak
  4. Menjadikan rambut lebih sihat
  5. Perut lawas senang membuang
  6. Mengurangkan tekanan darah

Bermula dari umur 5 tahun ke atas boleh minum

cuka epal surya

Tak masam pun Cuka Epal Surya ni.. memang sedaplah..korang yang ada masalah perut kembung atau masalah-masalah lain yang aku sertakan tu cubalah. Ikhtiar kan..Cuka epal Surya dengan madu asli bersaiz 450ml boleh didapati di Watson, farmasi-farmasi tertentu di seluruh Malaysia, Butik Himalaya, AEON, Lazada.

Klik Sini Untuk Beli Twin Pack Lagi Jimat

Aku pun beli di Lazada online jer. Puas hati sangat cara pembungkusannya. Botol cuka ni kaca, risau juga takut pecah kan…Tapi ia di seal dengan baik..dalam dan luar kotak di seal.

Facebook : Facebook Official Fanpage

@

Instagram: Surya.Malaysia

Tagged : / /