Dah Sampai Krabi Dinner Mahal Sangat

Kehidupan di Krabi. Dari pagi keluar rumah, malam baru sampai Krabi. Cuaca pula hujan. Orang dah cakap, bulan May ni dah mula musim hujan di Krabi. Ada kawan siap bagitahu tak payahlah pergi Krabi sekarang. Tak boleh buat apa. Tapi hotel pun dah booked, terjah jer lah.

Krabi Island

Kami stay di ICheck Inn Krabi. Booked melalui booking.com . Cari yang dekat dengan Aonang Beach. Banyak melalui web  booking.com hotel fully booked. Lagipun ICheck Inn jer yang ada kosong untuk 4 bilik dan murah. 4 Bilik untuk 3Hari 2Malam tak sampai RM1000. Harga okeylah kan. Bilik pun okey. Tak ada lif..taklah tinggi sangat hotelnya. Mula tu risau banyak hotel fully booked fikirkan musim cuti sekolah. Tapi bila sampai sana, berlambaklah hotel yang masih kosong.

Trip Hatyai 18

Tak jumpa sikat rambut tu rambut gerbang semacam jer. Lepas mandi terus turun cari tempat makan. sebab masih penat lagi, kami makan je depan hotel ada kedai halal.

Trip Hatyai 19

Orang kat sini susah sikit nak faham Malay. Beza dengan Pattani. Nak order kena terang satu persatu. Berebutkan petai kat meja makan. Petai beli tepi jalan. Tekak orang kampung. macam nilah. semua makan nasi goreng dan air pula ambil sejug terus.

Trip Hatyai 21

Agak lama juga tunggu nasi sampai. Tukang masak sorang lah ni. Macam tak ada orang lain yang datang makan. hanya kami je..

Trip Hatyai 20

Total belanja makan dekat 2500 baht bersamaan lebih kurang RM260. Memang mahal. Harga sepinggan nasi goreng pun dah cecah 89baht..dekat RM10 sepinggan. Hujan masih turun. Dapat pergi ke pulau ke tak ni?

Tagged : / / / / / / / / /

Percutian Ke Krabi Singgah Trang Andaman Gateway

Cantik tu tempat tu, ada gajah.. jom berhenti. hahaha, ikut suka hati jer minta berhenti..driver kan adik ipar sendiri..padahal tak minta pun tak apa, sebab orang yang pandu van ni pun suka ambil gambar. alih-alih dia yang dulu lagi berselfie sampai van lupa nak kunci.

Trang Andaman Gateway.

Trip Hatyai 10

Ini tak adil…siapa yang ambil gambar kami ni… Tak nampak penuh tulisan Trang Andaman Gateway..

Trip Hatyai 11

Mr. Ery ambil boleh nampak penuh.. lepas kami posing ala model iklan sikit, pakat semua nak berposing juga. hahaha. tak boleh nak lebih. Amboi adik aku sorang ni, macam honeymoon pula…anak mana anak…

Trip Hatyai 28

Trip Hatyai 12

Trip Hatyai 13

Trip Hatyai 14

Ke Trang dalam 23KM, ke Krabi  157KM..ke Phuket 314KM. Jauh sangat ke Phuket. fuhhh, kejung duduk dalam van lama-lama.

Trip Hatyai 16

Trip Hatyai 15

Narathiwat

Lepas puas bergambar di Trang Andaman Gateway, nak cari tempat untuk makan. Dari keluar rumah semua tak sarapan pagi. Cik Ngah bawa bekal nasi lemak, mama tok bawa sandwich. Jimatlah sikit. Driver cari pantai pusing-pusing tak jumpa jalan nak masuk ke pantai. Last-last jumpa satu taman, maka berhenti kat situ, kita sarapan dulu.

Trip Hatyai 23

Bersih taman dia. Ikan dalam tasik banyak. kereta tak boleh masuk. kena park di luar..kendonglah sikit sorang bawa bekal. Aku kendong Ayra jer. Tengok warna jalan biru dan hijau tu. sebelah menyebelah je.

Trip Hatyai 24

Trip Hatyai 26

Perut semua dah terisi. kita teruskan perjalanan.. Krabi belum sampai lagi ni.

Trip Hatyai 17

Ayra ni bawa pergi mana senang. tak meragam tak banyak peel. pergi hutan, pergi berkhemah, pergi air terjun, air sungai..Alhamdulillah sangat. baik jer..cuma bila duduk dalam van lama. datang lah puas dia. itu yang suruh Mr.Ery pula yang pegang. turn isteri nak betul urat. lenguh riba lama. si isteri lena tidur dulu…

Belum masuk Krabi lagi ni..entah berapa part nak kena buat agaknya…

 

Tagged : / / / / / / / /

Percutian Ke Krabi Melalui Sungai Golok

Perancangan last minute seminggu cuti sekolah. Penat layan cikngah, penat layan pun untungnya besar. hahaha. cikngah ni call tanya pergi mana cuti sekolah..si kaklong nya jawab tak ada pergi mana pun. Dia minta check ticket pergi Bali. Adatlah musim cuti sekolah pastu last minute, lagi ke Indonesia memang tinggilah harganya. Minta pula check air ticket ke Krabi, pun sama mahalnya. Dah air ticket mahal, kita pergi ikut darat saja.

Percutian Ke Krabi Melalui Sungai Golok.

Booked hotel kat Krabi. Plan awal bawa masuk kereta sendiri. Tapi memikirkan jauhnya perjalanan dan banyak pula kena prepare dokumen, sewalah van.

Trip Hatyai 01

Konpem dah jadi pergi, kena renew passport si kakak dan abang..yang lain dah renew masa pergi Narathiwat. Kalau tak fikirkan nak pergi holiday, tak kuasa nak pergi renew passport dekat hari cuti sekolah ni. ramainya orang nak pergi makan angin. mereput tunggu turn. nangis kakak, bila aku cakap tak ada passport kakak dan abang tinggal dengan tokma…hehehe.

Trip Hatyai 03

Basah ketiak weh, jalan kaki dari imigresen Malaysia ke imigresen Thai. Padan muka, jual mahal tak mau naik kereta prebet…kereta prebet ambil tapi sumbat beg. Yealah, ingatkan dekat rupanya boleh tahan juga kalau jalan kaki. Masa  dulu pergi hatyai, orang dah tunggu sebelum imigresen Malaysia. ini kali orang dah tunggu juga, tapi sebelum imigresen Thai.

Trip Hatyai 02

Imigresen Malaysia

Di Imigresen Malaysia, lancar tak ada sangkut. Sebelum pergi, dah check status perjalanan tau. kot-kot tersangkut kan. Yang lama di Imigresen Thai. Nak kena beratur, nak kena isi borang white card. Kami pergi ramai, terus upah orang sana yang isikan..seorang RM2. itupun dekat setengah jam dia nak siapkan semua. mana yang siap dulu, terus ambil pergi kaunter.

Trip Hatyai 22

Van yang dah lama tunggu. Van sewa khas dari Merc Thailand. sangat selesa untuk kami seramai 13 orang ni. Pemandu pula adik ipar sendiri. Dia ada international license, boleh bawa kereta di negara orang.

Trip Hatyai 27

Tengoklah selesanya van dari Thailand ni..aku yang tinggi 170cm pun lepas dengan ketinggian bumbung van.

Trip Hatyai 09

Bila dah driver pun dari ahli keluarga, ikut suka berhenti mana-mana..lepas tu pula ramai. ada pelbagai peel lah…eh kejap lapar, eh kejap nak kencing..eh kejap sakit perut.

Trip Hatyai 04

Besar samosa daging dari Thai ni.. Ini beli  kedai tepi jalan area orang muslim.. sebelum masuk narathiwat.

Trip Hatyai 05

Air tuak

Trip Hatyai 06

Anak tak minum air tuak… minum air kelapa muda..Anak-anak pun dapat satu seat sorang.

Trip Hatyai 07

Tak sedar tayar belakang pancit rupanya..perjalanan dah hampir separuh pun. Berhenti tepi jalan, nak tukar dengan tayar spare. nak buat sendiri..bila cari tempat tenang, sekali nampak ada kedai tayar.  terus minta orang kedai yang tukarkan…tak sampai setengah jam. setel.

Trip Hatyai 08

Perjalanan kami ke Krabi masih jauh lagi…tidur bangun tidur bangun lah duduk dalam van.

 

Tagged : / / / / / /