Kakak Azwa Selepas 2 Minggu Belajar di SMKA Falahiah

Hari-hari kakak akan call. jam 6.30 pagi, 10.30 pagi, 2.30 petang, 5.30 petang dan 11.00 malam itulah time dia akan call….hari ini jer terima call jam 2.30 petang…duit syiling habis. Mama tok dia kasi minggu lepas pun dah licin. Laju telan duit public phone pun. Minggu ini kakak dapat cakap hanya dengan mama..ayahnya belum balik lagi dari umrah. Tak tahan rindu ayahnya dengan kakak….

Selepas 2 Minggu di SMKA Falahiah

Alhamdulillah banyak perkembangan positif walaupun setiap kali call, dia nangis..katanya rindu dan nak balik rumah. Awal dulu lagilah nak duduk dengan cikngah dia…nak cikngah dia hantar hari-hari ke sekolah.. Aduhai kakak, dah banyak berhabis untuk beli barang asrama…cikngah pun busy dengan kerja dia…pujuk punya pujuk..kakak okey.

Baca: Tingkatan 1 di SMKA Falahiah

Ada macam-macam cerita lah setiap kali borak dengan dia…antaranya tak ada kawan. Aku pesan, kakak kena kawan dengan semua orang..mungkin kawan-kawan satu bilik kakak belum serasi sebab kakak seorang saja orang luar…dan kakak orang kemudian masuk. Kakak kena pandai bawa diri dan tackle kawan-kawan… dua tiga hari lepas itu…dia bagitahu “mama, kakak dah ada kawan”.

Setiap dua minggu sekali, kakak boleh balik rumah…dah aku jauh, rumah cikngah lah dituju. Punyalah tak sabar nak cikngah dia ambil awal esok. Minggu ini dapat balik.. Minggu lepas kakak outing..keluar pagi balik petang.. Hari jumaat outing dengan cikngah…hari sabtu outing dengan mak saudara dia yang balik Kelantan. Happy kemain.

Tak risau sangat sebab saudara mara semua ada di Kelantan…ramai nak jadi ‘mama’ dia… Jumpa kakak minggu cuti hari raya cina nanti….

Tagged : / /

Tawaran Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Falahiah

Sampai ke pejabat, ambil handphone nak call Mr Ery nampak ada miss call dengan nombor depan 09. Kod dari Kelantan ni, nak kata student UiTM cari rumah sewa biasa terima nombor handphone je. Ini mesti nombor rumah atau nombor pejabat.

Call balik dan nak tanya siapa yang call? Lelaki yang angkat dan tanya nak cakap dengan siapa? Aku cakap “tak tahu nak cakap dengan siapa, nombor ini ada call ke nombor handphone saya”. Ini JPN Kelantan. Okey, terus dapat tangkap. Berita untuk kakak.

Diberi sambungan kepada seorang wanita. “Puan, ada minta sekolah mana-mana di Kelantan?” . Aku jawab Ya. “Sekolah mana?” “Sek Tok Bachok” . “Nama anak puan?” “Azwa…..”….Maaf puan……..

Sekolah Tok Bachok dah penuh….

.

.

.

KECEWA

.

Tapi, kami nak tawarkan SMKA Falahiah. “Falahiah? Kat mana tu puan?”. ” Tumpat”.

.

.

Okey puan, saya terima. Dalam hati masa itu masih was-was lagi nak terima ke tidak…macam agak jauh jika di Tumpat. Call my mom bagitahu kakak dapat tawaran SMKA Falahiah, Tumpat. Sambil aku call my mom itu..sambil aku search lokasi sekolah.

“Tumpat long, jauhnya dari rumah ma ni” “Jauh ke ma…. ini along google alamat Pasir Pekan, Wakaf Bharu” “oh, kalau situ dekatlah….dekat Tesco jah..ma ingat bandar Tumpat. Okey dah tu Long”

Terima Panggilan Dari Sekolah

Petangnya, terima pula panggilan dari pihak sekolah yang bagitahu esok kena daftar. Terkejut jugaklah aku. Mana sempat nak prepare apa-apa. Masih di Kuala Lumpur dan kakak masih bersekolah menengah. Aku minta tangguh tarikh untuk lapor diri.

Aku diminta untuk call pengetua sekolah. Bercakap dengan pengetua, asalnya nak tunggu selepas Mr.Ery balik dari umrah…tapi fikirkan balik agak lewat. Aku hantar surat tangguh dan daftar pada 13hb. Aku minta kerani sekolah send surat dari JPN sebab aku belum terima hardcopy.

Surat bertarikh 7hb, terima call 8hb..daftar 9hb.. dalam masa 3 hari itu, agak kelam kabut juga nak prepare barang dan pemulangan buku teks sekolah menengah.

Daftar SMKA Falahiah

Kakak bernasib baik sebab minggu tu masih dalam minggu orientasi. Tak adalah segan sangat nak join dan kenal dengan kawan baru. Kakak terus dibawa oleh guru ke dewan orientasi. Aku setelkan yang mana perlu disetelkan.

Daftar sekolah asrama tingkatan satu

First, pergi pejabat untuk daftarkan kakak dan isi borang yang diberi. Memandangkan kakak akan menginap di asrama, aku kena selesaikan pula urusan dengan penyelia asrama. Setel isi borang dan dapatkan nama bilik.

Lepas itu, pergi ke koperasi sekolah untuk beli barang asrama seperti cadar dan selimut serta buku-buku dan baju sukan, baju koko dan kain batik asrama. Kat sana, baru aku tahu kena sediakan pula kain kurung warna hitam dan putih.

Daftar sekolah asrama tingkatan satu

Terpaksalah aku pergi cari dua kain yang belum ada..dan pergi cari kedai jahit untuk jahitkan badge di tudung. Selesai semua dan tunggu kakak habis orientasi untuk hantar barang-barang keperluan kakak di asrama.

Saat ini, memang kena kuat semangat..tak nak menangis depan kakak.. Nampak kakak sayu masa kitaorang bergerak nak balik..kakak kena kuat.

Hari-Hari Call

Selepas hari daftar dan tinggalkan kakak di asrama, esoknya terus bergerak balik KL. Setiap masa kakak call…kat asrama ada beberapa public phone. Tak dapat cakap lama…laju sangat telan duit.. ada ketika kakak okey…ada ketika kakak tak okey… menangis. Aku tanya kenapa kakak menangis?

Aku takut dia tak boleh ikut time table kat asrama..memang fix sangat.. katanya dia cuma rindu. Lain-lain okey…dia boleh follow….dah pandai basuh baju sendiri…solat berjemaah setiap masa di surau.

Tak sabar nak jumpa kakak minggu cuti raya cina nanti….kakak dapat cuti seminggu..Miss U SO MUCH KAKAK!!!






Tagged : / / /