Penting ke UPKK dan UPSRA? Apa bezanya?

Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA), apa perbezaan kedua-dua ujian penilaian ini? UPKK adalah kelolaan oleh JAKIM maknanya semua sekolah di seluruh negeri akan mengambil ujian ini bagi murid darjah 5. UPSRA pula kelolaan JAWI bagi sekolah wilayah persekutuan dan murid menduduki ujian semasa darjah 6. Bagi lain-lain negeri, ujian untuk tahun 6  di sekolah agama ada yang ada dan ada yang tiada. Sekiranya ada, ia mengikut jabatan agama bagi kerajaan negeri.

Setakat yang aku tahu, untuk memasuki sekolah menengah agama yang berasrama penuh di Wilayah Persekutuan Keputusan UPKK, UPSRA dan UPSR akan diambil kira. Tapi bagi sekolah di negeri lain keputusan UPKK dan UPSR yang akan diambil kira. Bukan calang-calang syaratnya, paling minimun pun perlu dapat 5A.

Keputusan UPSRA

Fuhhh, tarik nafas. Kakak Azwa punya keputusan kedua-dua ujian iaitu UPKK dan UPSRA dah tahu. Walaupun tidak straight A untuk UPSRA, bangga dengan dia. Tak sangka dapat keputusan dengan hanya belajar di dalam kelas dan masuk sekolah agama masa darjah 2. UPSRA, tak ada tekankan sangat untuk membaca, yealah belum hilang penat menjawab UPSR yang selang 3 hari jea. Tawakal.

15 November 2018, keputusan UPSRA keluar esoknya terus diadakan Hari Anugerah Kecemerlangan. Dua kali pakai jubah katanya. Tak apa, berkali-kali pakai jubah mama ayah lagi happy. Sekali lagi dapat lihat kakak Azwa naik stage kecemerlangan. Pengalaman kakak Azwa terima keputusan UPSRA ada dia kongsikan kat sini. Orang lain sibuk nak buka akaun fb, akaun IG..dia nak akaun blog. Follow lah sekali yer…hehehehe.

Masa hari anugerah kecemerlangan, terpaksa bergilir hadiah gara-gara pihak sekolah target lain, lain pula keputusannya. Apapun terima kasih kepada ustaz dan ustazah yang mengajar anak-anak di sekolah agama.

22 November, hari esok keputusan UPSR pula akan diumumkan. Debaran makin terasa. Apapun keputusan nanti, terima seadanya..

 

 

Tagged : / / / / /

Tiga Bulan Selepas Sekolah Agama

Lepas kes hantar surat terbuka ke SRA awal tahun baru ini. Alhamdulillah, akhirnya permohonan Azwa  untuk belajar  di SRA berkenaan diterima tanpa banyak soal.

Perkembangan Selepas 3 Bulan di Sekolah Agama

Kesian, tengok budak-budak sekarang macam tak ada masa rehat. Balik dari sekolah kebangsaan, mandi tukar baju terus pergi sekolah agama. Balik sekolah agama, masa terluang baru boleh siapkan kerja sekolah kebangsaan mahupun sekolah agama sendiri.  Kalau dulu, malam tidur lewat tapi sekarang belum jam 9.00 dah lena.

sekolah agamaZaman pendidikan sekarang semua nak ke hadapan. Bila sekolah agama, banyak juga matapelajaran yang dipelajari. Kadang-kadang aku sendiri tak boleh nak bantu kakak Azwa untuk buat kerja sekolah. lebih-lebih lagi Bahasa Arab. Maknya tak belajar Arab.

Baru-baru ini kakak Azwa ujian awal tahun. Biarpun kakak Azwa dapat markah rendah, aku tak kisah. Sebab kakak Azwa dah rugi satu tahun tak belajar sekolah agama.

Ujian Sekolah Agama
Keputusan ujian awal tahun.

 

Syukur Alhamdulillah selepas tiga bulan belajar di sekolah agama Kakak Azwa dah lancar membaca tulisan jawi. Kalah maknya. Dia lagi cepat.  Dan keputusan ujian awal tahun dia pun membanggakan aku.

 

Tagged : / /

Tak akan sekolah agama sampai bila-bila

Tak dapat sekolah agama?

Sekolah Agama Wajib?

Peliklah sekolah kat KL ni. Kalau nak sekolah agama kena hantar sekolah lain. Tak disatukan  dengan sekolah kebangsaan. Tak macam di Kelantan, sekolah kebangsaan belah pagi dan belah petangnya sambung kelas agama/kelas fardu ain setiap hari. Bayangkan, di sekolah kebangsaan cina pun ada kelas agama/fardu ain belah petangnya.

Tapi, kenapa sekolah di KL tidak boleh buat seperti di sekolah Kelantan?

Kesian pada Azwa, nampaknya tak dapat nak belajar kelas agama sampai bila-bila selagi sekolah kat sini. Memang tahun ini, Azwa tak bersekolah di sekolah agama pun. Masa nak daftarkan Azwa pada tahun lepas, permohonan ditolak kerana dah penuh. Mungkin atas kesilapan ema sendiri kerana agak lewat untuk daftar. Walaupun rumah dengan sekolah hanya beberapa meter, tapi ramai yang daftar sekolah agama adalah dari kampung-kampung yang berdekatan. Di dalam kawasan perumahan, hanya satu sahaja sekolah agama yang ada. Yang lain agak jauh dengan rumah.

Hari ini, MIL pergi ke sekolah agama untuk dapatkan borang pendaftaran. Kecewanya, apabila diberitahu bahawa pendaftaran untuk tahun dua tidak dibuka hanya dibuka untuk tahun satu dan pra sekolah saja.

Jadi, bagaimana? Boleh ke umur Azwa tahun depan 8 tahun masuk sekolah agama untuk belajar di tahun satu?

Tagged : / / / / /