Rumah Wajib Pergi Setiap Kali Raya Di Bachok Kelantan

Inilah kampungnya yang akan kami pergi setiap kali beraya mahupun setiap kali balik kampung. Rumah kampung di Bachok, Kelantan. Rumah tokwe (nenek mr. ery). Di sinilah semua mak dan pak sedara berkumpul. Jika semua ada termasuk cucu, cicik, ciat, miut memang meriahlah. Itu yang seronok kalau buat family day.

Raya Pertama7

Kampung di Bachok.

Tahun lepas beraya masih kena berdukung, tahun ini beraya dah boleh jalan. so, kita lepaskanlah si Ayra ni teroka kawasan kampung. Bukan main seronoklah dia, terkedek-kedek jalan.

Raya Pertama6

Kat KL mana nak jumpa sawah bendang segala kan.. kampung sangat tenang. Nak posing atas jalan ni pun kena laju-laju. Kereta lalu macam nak racing kat trek.

Raya Pertama5

Raya Pertama4

Si Ayra ni ratu selfie sebenarnya. Pantang cakap ‘selfie’ bukan main menyengetlah kepala dia gayakan.

Raya Pertama3

Raya Pertama2

Dah petang, badan rasa segar lepas tidur sekejap tengahari nya. Baru feeling nak beraya.

Raya Pertama1

Syawal pun dah hujung-hujung, minggu lepas penuh jemputan open house, minggu ni pun masih ada jemputan open house dan kenduri kahwin. Mana yang menjemput dan tak sempat kami nak singgah. Nak minta maaf banyak-banyak. Singgah open house, makan-makan bukan lama benar, tapi yang lama masa dalam perjalanan, traffic jem. Hope tak serik nak jemput lagi yea.

 

Tagged : / / / / / /

Aidilfitri Tema Pink Peach Masih Sasau Tak Cukup Tidur

Salam Aidilfitri

Masih mood raya kan. Inilah raya kami tahun ini. Aku masih sasau sebab tak cukup tidur. Memang mengantuk giler. Adik-adik memang rumahnya kat Kelantan, nak tunggu berkumpul sama, sempatlah aku pergi beraya dengan keluarga mertua dulu pagi tu. Selepas sembahyang raya, terus bergerak ke Machang untuk beraya dengan mertua. My mom pun tak sihat masa pagi raya, bangun pun nak rebah sebab tak cukup tidur.

 

Kebiasaannya raya, my mom akan buat nasi dagang. Tapi tahun ni, my mom tempah nasi arab. Tak sempat nak masak laa, dah malam raya masih lagi kat booth berniaga.

 

Raya Di Kelantan01

 

Salam Kemaafan

Orang pertama yang bermaafan dengan my mom semestilah anak sulungnya. Baju raya yang aku pakai dan my mom pakai tu dari koleksi yang kitaorang juallah.

 

Raya Di Kelantan02

 

Kakak Azwa dan Ayra punya baju Cik Ngah dia belikan dulu. Lepas tengok warna baju mereka, barulah cari baju sendiri. Nasib baik ada baju yang sama  warna dengan koleksi yang dijual.so, teruslah sambar.

 

Raya Di Kelantan03

 

Bermaafan dari cucu pertama, kedua hingga ke -6. Dah ada 6 cucu.

 

Raya Di Kelantan07

 

Raya Di Kelantan06

 

Raya Di Kelantan05

 

Raya Di Kelantan04

 

Ini my abah. Abah dengan mom dah lama pisah. Sejak dua tahun lepas, bila hari raya, kitaorang panggil abah datang rumah mom nak beraya bersama. Abah memang macam nilah, akan berjuraian air mata bila kumpul ramai-ramai.

Raya Di Kelantan08

 

Alhamdulillah sihat abah. Abah pernah kena serang strok sebelah badan. Kini, abah dah boleh bawa motor pun. Moga abah diberi kesihatan yang baik.

 

Raya Di Kelantan10

 

Tengoklah sasau tak sasau aku pagi raya tu. korang tengok cara aku pakai tudung pun dah boleh agak. kurang asam, tak ada siapa yang tegur pun. boleh my mom cakap ingatkan style along.

 

Raya Di Kelantan12

 

Raya Di Kelantan14

 

Budak kenit Ayra ni pun sama tak tidur. Masa pergi ke Machang, tiga beradik membuta saja dalam kereta. Dah tengahari tu, bersemangatlah sikit.

 

Raya Di Kelantan15

 

Raya Di Kelantan17

 

Raya Di Kelantan16

 

Baju Melayu untuk dua kekasih hati ni beli malam raya. Ingatkan nak sambar masa orang lelong kat booth tu, tapi tak ada saiz. Masuk pasaraya Econjaya, nasib baik ada warna sama.

 

Raya Di Kelantan18

 

Raya Di Kelantan13

 

Keluarga Abah Johari dan Ibunya Habesah. Sorang tak ada sebab jadi tukang gambar.

 

Raya Di Kelantan09

 

Tahun depan entah tema warna apa pula.

 

Tagged : / / / / / / /

Tema Baju Raya Biru Sedondon

Tema baju raya biru sedondon, merah menyala, hijau mak kau, hitam kelabu, putih bersih, pink kaler dan macam-macam lagi. Tahun ni, open house aku pakai baju yang sedia ada, bukan baju raya pun tapi baju kenduri kahwin adik ipar.

Sambutan Hari Raya

Tak habis lagi raya ni..yea raya haji pun belum lagi. ini pun dah penghujung syawal sambutan hari raya. serius semacam aku, padahal akak radziah minta tolong aku buatkan senarai menu untuk letak di atas meja.

11 tahun kat sini, bersilih ganti pegawai dan staf cuma aku je yang masih kekal. tak tahulah sampai bila nak kekal kat sini. pertukaran pun dah mohon tapi bukannya senang lebih-lebih lagi nak tukar balik kelantan.

searcct raya06

Tema Baju Raya

Geng sedondon biru katanya. baju dua-dua orang belah hujung kiri kanan, kat luar warna hijau. tapi dah kena flash kamera terus nampak biru. baju aku pakai, baju dua tahun lepas. masa kenduri kahwin adik iparku.

searcct raya13

Ini geng mak kau hijau.

searcct raya14

orang-orang pentadbiran

searcct raya15

bahagian training yang comel-comel

searcct raya18

team sekretariat

searcct raya19

yang beruniform tu, bos lama yang dah balik ke tempat asal under mindef.

searcct raya21

walau nampak tak ramai, tapi bahagian banyak. Bahagian Pentadbiran, Kewangan, Training, Research, ICT, Library semua ada kat sini. cuma setiap bahagian tidaklah ramai orang.

searcct raya22

watamat sudah bab raya. next year jumpa lagi.

ada yang berminat nak kerja kat sini?

mari tukar dengan aku..yang penting orang nak tukar tu kerja di kelantan.

Tagged : / / / / / /

‘open house’ sekolah kakak (kakak)

Sambutan Hari Raya di Sekolah. Hari sabtu lepas 2 Oct 2010, kat sekolah kakak ada jamuan rumah terbuka. kebetulan hari yang sama, aku pun ada buat jugak rumah terbuka ni. nasib baik aku punya belah petang dan kakak punya belah pagi. so bolehlah zass ke sekolah kakak.

sebelum makan-makan, ada aktiviti pertunjukkan fesyen pakaian raya. patutlah kakak minta aku pakaikan bedak, eye shadow, lipstik. aku ingatkan nyanyi lagu raya ramai2. tapi buat pertunjukkan fesyen pakaian raya sambil pasang lagu raya.

macam-macam aksi kanak-kanak kecil nie bergaya. malah si adik pun sama buat aksi. aksi teriak. yea, aqeel pun aku bawa sama, dia meragam dan tak sihat masa tu. nanti aku citer pasal si adik kat entri yang lain.

aku dah tak tahu nak citer apa…apa kata layan saja gambar kakak nie…..

nie tengah beratur untuk tunggu turn sorang2 buat persembahan kat atas stage tue.kakak langsung tak pandang kamera kat depan ni. asyik dok tengok cikgunya kat sebelah stage tue duk tunjuk gaya berpusing dan bergelek… takut lupa step kot.

hah, pusing jangan tak pusing kakak. ewah- ewah…. betul tak tue?? ke kiri ke kanan…..time nie sambil dengar lagu raya… diaorang nie nyanyi entah betul atau entah tak?

excited semua menari. okey…sudah tamat persembahan. amboi kakak nak turun dari stage pun still ada gaya gitu.kakak nie seorang yang sangatlah aktif dari segi perbuatan, malah dari segi percakapan pun sama. mulut memang tak boleh duduk diam. asyik pot pet pot pet saja.
ada juga pasangan untuk kakak. kaler baju sama. tapi kakak segan nak bergambar dengan budak lelaki nie. tue pasal dia bukan main lagi nak lari. budak lelaki nie tersengih2 saja.

memang tak reti duduk diam. ada saja benda yang dia buat. depan2 orang ramai pun dia dok tayang joget. suara dia jea yang jelas dengar kat dalam dewan tu.

ini kat luar dewan

bersama kawan sekelasnya..aku dah lupa namanya. ada tanya tapi sekarang dah tak ingat. kalau tanya kakak pasti dia tahu…

muka masing2 berminyak bermandikan peluh. biasalah budak2 mesti main kejar2.

tepat jam 12 tengahari, baru aku gerak balik ke rumah. nak kena siapkan makanan untuk rumah terbuka aku punya. tapi aku tak buat kat rumah sendiri, tapi buat kat rumah FIL.

Tagged : / /