Buka Puasa Di Restoran Mohd Adam Ali

Buka puasa di luar bagi kali pertama tahun ini. Berbuka puasa di Restoran Mohd Adam Ali buat kali ketiga. Alhamdulillah, terima kasih kepada yang menjemput berbuka puasa di sini untuk kali ketiga. Moga perniagaan semakin berkembang dan dimurahkan rezeki.

Dari satu kedai dan kini telah dijadikan dua kedai. Penyediaan makanan adalah ala carte, perlu order ikut menu dan juga ikut set menu.

Restoran Mohd Adam AliBeginilah keadaan orang yang datang untuk makan berbuka puasa, memang penuh. restoran mohd adam aliGambar dari SINI

Untuk berbuka di sini perlu buat tempahan terlebih dahulu. Boleh call di nombor
03 80612955 atau 03 80518002. Perniagaan untuk bulan puasa mula 3.30 petang hingga 10.30 malam sahaja.

Alamat : 74G, Jalan Puteri 5/1, Bandar Puteri (Coordinate :101° 36′ 8.75″E 3° 00′ 48.67″ N), 47100 Puchong)

Kat sini boleh tengok senarai MENU yang ada. Teringat udang goreng butter dengan telur masin.

Tagged : / / /