Tarikh Mengundi PRU Pilihanraya Umum Kini Ditetapkan, BALIK Tunaikan Tanggungjawab

Tarikh PRU ke -14 pilihanraya umum telah ditetapkan pada 9 Mei 2018 (Rabu). Kenapa Rabu? Adalah tu sebab-sebabnya kan. Harap akan ada berita baik umum cuti tanpa rekod (CTR) untuk mereka yang balik mengundi di kampung. Sekolah dah diumumkan cuti peristiwa pada tarikh berkenaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (PRU)

tarikh pru

Tak sabar nak balik untuk tunaikan tanggungjawab. Dan paling seronok suasana di hari kempen. Meriah. 5 tahun sekali baru boleh jumpa. Saja check tiket flight, mahalnya lahaii…Harus pergi serang Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ni….cari tiket bas.. ada yang nak bagi tumpang tak? Nak balik Kelantan ni. Korang mengundi di mana?

Tagged : / /

Kemeriahan PRU Di Negeri Kelantan

Salam Malaysia,

PRU

Walaupun PRU sudah berlalu, tetapi desas desus mengenai PRU kali ke-13 masih jadi bualan hangat.
Ada yang puas hati ada yang tidak puas hati…bukan mudah untuk puaskan hati orang lebih-lebih lagi melibatkan hati ramai orang…iaitu rakyat Malaysia.
Aku tak nak cerita pasal kekecohan politik di Malaysia tapi aku nak kongsikan pengalaman aku balik kampung untuk mengundi pada PRU 13 ini.
Kemeriahan menyambut PRU di Kelantan sangat berbeza di tempat-tempat lain…di sini aku akan bezakan di tempat aku Pasir Puteh, Kelantan dan KL di kawasan tempat tinggal aku.
PRU ini boleh ibaratkan satu perayaan bagi Orang Dewasa.. Mereka semua memang bersemangat menyambut pilihanraya. Aku juga sempat pergi ke pos-pos parti yang dihias mengikut kreativiti sendiri. Malah, ada pos sediakan makan ringan dan antara yang sempat aku rasa ayam bakar dan nasi dagang.
Antara salah satu pos Barisan Nasional di Bandar Pasir Puteh
Kreativiti pos Pas di kawasan Sri Aman, Pasir Puteh, Kelantan
Lihat pos kedua-dua politik ini. Walaupun berbeza politik dan pos-pos dibina bersebelahan tiada berlaku kekecohan pun.
Malam kemuncak PRU adalah paling bermakna. Aku sempat melihat kemeriahan perarakan membawa bendera-bendera politik masing-masing.
Dengan laungan Kekal…..Tukar
Kemenangan di kampung aku adalah Kekal.
Tagged : /

Demi Negara Balik Untuk Pangkah Undi

Pilihanraya

Pangkah undi. Undi adalah hak kita. Akhirnya dah tahu bila tarikh mengundi. Dah ditetapkan pada hari Ahad, 5 Mei 2013. Bukan jatuh hari cuti sekolah. Adakah akan ada cuti peristiwa?

Akan ada atau tak ada..saya sudah selesai beli tiket untuk balik pangkah undi.

Terpaksa berpisah sementara dengan Mr.Ery kerana dia akan menjalankan tanggungjawab di Dun Bandar Tun Razak.

Jalankan tanggungjawab kita.

Tagged : / /