Ikan Bakar Di Pulau Langkawi

Kedai Ikan Bakar Di Pulau Langkawi

Kalau pergi ke tempat orang dan lebih-lebih lagi tempat yang pergi dekat pula dengan laut memang tak sah kalau tak cari kedai makan bertemakan bakar membakar.

Sudah pasti harganya berpatutan dan yang penting lauknya sangat FRESH.

Antara restoran ikan bakar yang sudah kami pergi adalah Restoran Mesra, Port Dickson. Bila balik kampung di Kelantan  merasa ikan bakar di Tok Bali, Kelantan. Dalam negeri Selangor pun tidak kurang hebatnya iaitu di Bangi dan Dengkil tapi harga agak mahal sedikit. Malah tempat kegemaran orang semenanjung bila bercuti di Sabah akan merasai ikan bakar di sana.

Dan kali ini, ingin merasai masakan ikan bakar di Pulau Langkawi. pasti hebatkan.

Ini dia restoran bertemakan bakar membakar di Pulau Langkawi iaitu Restoran Nelayan. Restoran yang terletak di kawasan yang agak sunyi..yang sunyi-sunyi itu bestkan…hehehehe..Ema dah lupa nama tempatnya, tapi simpang ke sana berdepan dengan Hospital Langkawi. Jika, dari Lapangan Terbang ia sebelah kanan dan dari Pekan Kuah ia sebelah kiri. Dari simpang besar hospital lebih kurang perjalanan 1KM dan mata perlu perhatikan betul-betul di sebelah kiri kerana jalannya agak gelap dan kecil.

 

 

Lauk-lauk yang FRESH

 

 

 

 

 Alhamdulillah, makan tidak membazir dan sangat SEDAP tanpa meninggalkan sisa kecuali tulang temulang.

 

Yang ada GPS cubalah GPS kerana masa kitaorang cari restoran ini dalam GPS tak dapat.

 sekian.

 

 

Tagged : / / / /

Makan kat sini pun sedap | Restoran Tasik Idaman

Restoran Tasik Idaman

Jumpa lagi satu kedai makan yang sedap.

Sedap ikut selera tekak ema laa…tapi kalau u all nak cuba dipersilakan.

Rasanya memang tak rugi pun.

Makan kat sini pada malam tahun baru. Mr. ery dan anak-anak dah pernah makan di sini.

Cuma, ema yang baru nak try sebab masa diaorang pergi ema outstation.

Bila malam tu, rasa nak makan ikan bakar..jadi, mr.ery suggestkan kat sini.

Restoran dia agak terpecil tapi kawasannya memang luas seluasnya.

Siap ada tempat atas tasik lagi.

Tapi kami pilih meja yang dekat dengan tempat untuk pilih ikan-ikan, udang dan ketam malah tempat nak membayar sekali..

Dah kenyang malas pula nak jalan.

Antara menu untuk kami berempat makan

Ikan bakar dia memang sedap wey… dia bakar pakai arang..pastu dia punya rempah memang sedap..

sedap sangat!!!

Mereka berdua dapat belon sebab malam itu malam tahun baru.

Kalau sanggup tunggu hingga jam 12.00 malam boleh tengok bunga api, ada cabutan bertuah.

Tapi kami tak kuasa nak tunggu lagi 3 jam…so kami balik saja.

Restoran ini siap ada stage..siap ada DJ.

Walaupun tak tunggu pancaran bunga api kat sana.

Tengok pancaran bunga api dari TBS boleh tahan meriahnya. memang meriah bunga api malam tu. hampir 10 minit pancaran bunga api di langit.

Besar belanjanya…

Kalau sesiapa yang rasa nak try makan kat sini. Ini alamatnya :

Tasik Idaman

Lot 44A, Jalan Idaman 84/89,

Jalan Jenderam

43800 Dengkil, Selangor

Tel : 012-6775632

Memang perjalanan ke sana agak mencabar lebih-lebih lagi waktu malam.

Tagged : / / /

Ikan bakar di Port Dickson

Dah banyak kali sampai ke Port Dickson. Tapi inilah kali pertama datang PD dapat merasa ikan bakar. Itupun tanya staff hotel thistle kat mana ada kedai ikan bakar yang sedap kat area situ. so staff tu suggestkan kami di sini.

Restoran Seri Ikan Bakar Mesra & Seafood. kedainya sebelah dengan klinik mesra, mesra supermarket dan hotel mesra..tak tahulah anak beranak keluarga mesra ke apakan..tepi jalan..kalau dari KL nak ke Pantai Teluk Kemang sebelah kiri.

Seminggu kami ema kat sana..tiga kali ema datang dinner di restoran ini.

Lala masak pedas..licin dimakan

Mr.ery peminat setia ketam..ketam sweet sour..memang licin habis…

Sini, makan lauk dengan nasi lemak atau nasi putih tau..nasi lemak dia memang best…bungkusannya pun comel..harga RM 1 sebungkus…

Azwa yang habiskan nasi lemak 2 bungkus.

Si Aqeel tahu main jer..makan kurangSo, lepas letih dan kelaparan mandi kolam, petangnya kami keluar cari makanan ringan..bila nak ke bandar PD akan selalu nampak ramai orang yang singgah di gerai tepi jalan ni…so, kami pun ikut sekalilah singgah..nak tengok apa yang speselnya kat sini..Kat sini ada jual goreng pisang, cucur, keropok lekor, laksa, bihun sup, rojak buah..sesuai untuk mengalas perut sebelum melantak dinner di restoran seri mesra.

Satu lagi tempat makan untuk tengahari adalah kedai asam pedas..kedainya depan-depan dengan Pantai Teluk Kemang.Tak cuba tak tahukan..

Tagged : / / / /

Ikan Bakar D’Jabris Bangi

Menggoggle kedai ikan bakar..tekak nak makan ikan bakar..nak rasa tempat baru..so dalam google jumpalah kedai D’Jabris Ikan bakar Serkam ni….

Dekat mana??

Restoran nih kat Bangi, Persiaran Bandar 1, Seksyen 8…sederet dengan wisma KLIA..belakang TM Point dan seberang jalan dengan bangunan baru yang ada Butik Mama dan Trutti Frutti tu…senang jer..biarpun aku pun terlepas…

Elok turun dari kereta menuju ke restoran, disambut oleh seseorang yang aku agak tuan kedai..memang iyea pun tuan kedai…Tuan Jabbar tak silap namanya…aku menggoogle tadi.

Order jus epal, teh o ais limau dan azwa order air kosong jer..katanya nak jaga stamina..

Lauk yang selalu order bila makan kat luar….kailan ikan masin, telur dadar dan kali ini terlebih sayur..sayur campur…ingatkan sayur campur ni..ada kuah banyak…tapi tak pun…makanya makan keringlah malam tu…

Hah, inilah rupa ikan bakar kat sini…dia punya sambal salut ikan tu nampak cam pedaskan..tapi pedas dia..boleh lagi aku makan…aku ni jenis yang tak makan pedas sangatlah…. ada lagi yang tak nampak tu..sotong goreng tepung..

Bagi tekak aku dan keluarga..kira sedap juga ikan bakar kat sini….memang tulang tolak ke tepi…dia punya air asam pun sedap..

Okeylah, Selamat Menjamu Mata…..

Oppssss…..Selera!!!!

notajari : ada meeting ni…nak makan free…dah 4 hari tak makan kat opis…ngeh3x…

Tagged : / / /

Ikan Bakar Belakang Pasar Philippine Bandar KK

Dulu first time datang makan sini dengan dua budak bujang..order ikan bakar seekor dan sotong bakar. berkongsi 3 orang. sebab masa tu tengah sengkek. so, pandai-pandailah kan. Bila datang untuk kali kedua, ingatkan nak makan di kedai yang sama. tapi tak tahu dah yang mana satu kedainya. langsung, pilih kedai yang penjualnya pakai tudung. aci tak?ikan segar-segar harga pun boleh tahan. seekor boleh cecah RM 30 lebih.

Suasana Di Pasar Philippines

MIL dan mr.ery yang tukang pilih nak lauk apa. teringin nak makan ketam. tapi tak ambil pun mahal sangat. maybe kami ini orang luar. kaw-kaw lah kasi hargakan…hurrmmm, entahlah nak kena tanya eca ni.

Pastu mr. ery nak cuba makan rumpai laut. nak makan benda tu kena perah limau nipis dua tiga biji pastu taruk sambal. perghh, memang meleleh air peluh..aku kalau makanan pelik-pelik tak sentuhlah..biarpun mr.ery cakap sedap.rasa macam agar-agar jer. so, MIL dan mr. ery yang makan.. FIL pun tak jamah juga.

Makan Ikan Bakar Di Sini

Kat sini makan nasi dengan lauk bakar itu saja. tak ada kuah-kuah pun. tengok nasi macam tak boleh nak telan sebab nampak berminyak dan lembik tapi bila kunyah macam biasa sajalah.

Mr.ery ratah lauk saja. diet ke? tapi yang buat aku terkejut bila azwa makan bertambah-tambah

Dari dulu bos aku cakap try ais lemon tea kalau datang sini..sebab dia bubuh lemonlah..kalau teh O ais limau mesti letak limau… cuma aku rasa kat sana teh O ais macam teh ais kat semenanjung..agaknya kalau nak minum teh O ais kena sebut teh O gula ais….atau teh ais.

Meleleh peluh dan menahan kepedasan makan rumpai laut

Cukupkah 3H 2M percutian di Kota Kinabalu ini..nanti ema kongsikan…ke mana kami pergi hari kedua di sana…. jangan terkejut tau…

 

Tagged : / /

aweks cun sabah dan makanan sabah

nak sambung entry bercuti-cutian sambil kerja kat sabah bersama dua teruna yang masih bujang trang tang tang… bujanglah sangat… yealah, saya seorang saja perempuan kat sana tau…malah pangkat mama lagi..fikir banyak kali nak buat entry yang ini…tapi kalau tak buat, bila lagi nak buat tak akan nak tunggu dah basi cam orang berniaga kat bazar ramadhan tu..oppss… yang tertentu saja..kesian betul kat orang yang terbeli makanan basi ni..berniaga tu biarlah seikhlas hati..bukan mahu penuh poket disisi..issh..geram betul dengan peniaga yang sebegini…alamak, dah terkeluar topik pula..okey sambung (berapa kali nak sambung ni)…bila tengok gambar-gambar ni..jangan pula korang meleleh air liur erkh…ingat tu puasa… satu malam tu, kami bertiga makan kat gerai belakang pasar filipin yang jual-jual pearl.. jenuh juga nak pilih-pilih gerai ni..berderet-deret..pastu yang pasti semua harga murah-murah… terbaik bha!!!

korang agak-agak berapa RM seekor?

Ikan Bakar Kota Kinabaluada macam-macam makanan…tapi semuanya dibakar… semuanya makanan laut… nak tom yam, sup, telur, sayur itu tak ada pun kat gerai-gerai sini… kalau restoran memang ada…

melelehlah air liur korang erkh..

Udang Fresh Kota Kinabaludua orang budak bujang inilah sebagai bodyguard saya.. tak ada maknanya mahu keluar sorang-sorang kat tempat orang…takut dan bahaya tu

Kedai Ikan Bakar Belakang Pasar Filipinaberkongsi tiga makan dua lauk ini…memang puas hati… ikan RM 15 seekor..udang RM 15 selidi tu… cicah pula dengan sambalnya…air peluh mencurah-curah kat dua orang bujang tu… saya? opps..tak makan pedas sangat pun..sempat lagi nak cover….oh yea, kat sini kena cuba air teh o limau ais..sebab diaorang tak pakai limau cam kat tempat kita…diaorang akan pakai lemon kuning punya…sodap beb!!!…

Ikan Bakar Freshsambil makan..sempat lagi kami berkenalan dengan tiga awek cun melecun ini..biasalah bila orang bujang nampak awek kan….baik-baik betul awek sabah ni…ada untungnya kenal diaorang ni..kan tahun depan cari diaorang lagi….senang…hehehe…

bila tengok aweks ni makan..kitaorang duk tanya itu ini. itu makanan apa..ubi yang direbus di panggil putu dan makan pula dengan ikan bakar…pastu yang sorang tu makan agar-agar tapi tengok cam rumpai..cicah pula dengan sambal..dan taruh air asam limau banyak-banyak…

Awek sabah cundari hotel ke gerai makan tidaklah jauh sangat… pergi pun jalan kaki saja… kat sini ramai pakai digi kot… digi di mana-mana saja ada…tapi kat laut yang tak ada…tu pasal patung digi termenung mengadap laut…tengah fikir macam mana nak ada line kat tengah lautan itu..

Keindahan Malam Bandar KKkeindahan di waktu malam…

Hotel Promenade KKhabis bab makan..sambung nanti yer

daaaa….

p/s : kenal dengan orang sabah ada kebaikan untuk bercuti tahun hadapan..boleh dapatkan hotel dan sewa kereta yang murah…

Tagged : / / / / / / /