Beli Belah di Sinpiao Kuching Sarawak

Selepas melawat kilang pasu..destinasi seterusnya kami singgah kedai jual lada hitam, lada putih dan segala rempah ratus yang ada di sarawak ini..

kilang sarang burung

setiap kali pergi ke tempat mereka, akan ditampal sticker ‘welcome’ ini.

kilang sarang burung

yang sticker merah tu masa di kilang pasu

Tak lama pun kami di sini..beli-beli apa yang patut saja…dan di dalam kedai ini ada tempat orang sedang mengasingkan sarang burung layang-layang…sekadar tengok..tak mampu nak beli..tengok harganya pun boleh terbeliak biji mata.

kilang sarang burung

Sambil menunggu yang lain membayar…sempatlah bergambar sama dengan anak-anak dan anak buah yang sibuk mengumpul sticker ‘welcome’ siapa paling banyak…aduh, pening kepala juga dengan budak-budak ini…

kilang sarang burungpasni ke mana pula yer….

Tagged : / / / /

Day 2 : Kilang Pasu Batu 4 Kuching Sarawak

Bagus betul pemandu van ini..datang tepat pada masanya yang dijanjikan…jam 8.00 pagi dah nampak van masuk ke tempat bermalam kami ini.

Suasana pagi hari kedua di Kuching, Sarawak mendung dan hujan renyai-renyai… biasalah bila waktu pagi..ramai yang nak pergi kerja…tak dinafikan jalan memang sibuk…. tapi pandailah pemandu van kami cari jalan yang terbaik untuk tidak sia-siakan masa yang ada..

kilang pasu

Di sini, mereka benarkan untuk mencuba sendiri cara membuat pasu bunga.so, FIL dan MIL tak lepaskan peluang untuk mencuba membuat pasu.

kilang pasuhasil seni tangan mereka

kilang pasucantikkan

kilang pasu

Kami tak beli apa-apa jenis pasu bunga yang ada sebab kedainya belum dibuka (gambar atas sekali) cuma kilang sahaja beroperasi ketika itu. Khabarnya tuan kedai tengah sangkut dalam jem.. tanpa buang masa..kami terpaksa pergi ke destinasi seterusnya.

Tagged : / / / / /

Tempat Makan di Kuching Sarawak…Wajib Singgah di TopSpot Food Court

Lepas penat berjalan…tempat seterusnya adalah tempat untuk mengisi perut yang dah lama berkeroncong.. sebab utama datang sini memang nak merasa seafood terbaiknya… rata-rata semua yang bagitahu wajib singgah ke tempat makan TopSpot Food Court ini.. tokey kedai ramai yang chinese…tapi pekerja ramai melayunya..

TopSpot Food Court terletak ditingkat atas bagunan..kat bawahnya tempat letak kereta…masuk-masuk sana terus terkena ajakan singgah dari pekerja-pekerja setiap kedai..tapi kami semua pilih kedai no. 25..sebab apa? sebab pemandu van kami yang bagitahu makan kat situ…pemandu van tak ikut sama kerana jaga beg-beg kami yang masih belum check-in ke tempat bermalam.

mula-mula yang sampai atas meja..sambal, cili potong dan bawang putih..pastu air satu jag..air pula dari kedai lain…so, kena bayar harga air dahulu.

antara lauk yang dipilih oleh FIL, SIL dan Mr. Ery

udang goreng butter

kerapu masam manis..agak berbeza dengan masakan masam manis di semenanjung

sotong goreng tepung…ada rasa masin sikit..kemungkinan dicampur dengan telur masin

ada kerang…ada sayur

siakap masak stim tak silap…lauk paling last sampai

Makin lama..makin ramai yang datang makan kat sini… tak dinafikan masakannya sedap dan harganya berpatutan….cuma ema hanya pilih lauk kerapu masam manis saja..yang lain selera tekak tak boleh terima…tapi kesemua lauk habis licin..

Ingatkan malam esoknya nak datang lagi…tapi tak berkesempatan untuk singgah dan menikmatinya sebelum balik ke Kuala Lumpur.

Tagged : / / / / /

(Day 1) Percutian ke Kuching, Sarawak

Percutian ke Kuching selama 3H 2M

Termasuk perjalanan pergi dan balik agak memenatkan. Terpaksa rushing bagi memenuhi percutian kami sekeluarga..memandangkan kami sampai ke Kuching International Airport dah petang.

trip to Kuching Sarawak

Sesampainya kaki pijak tanah di bandar Kuching, Sarawak…naik van terus ke Kompleks Dewan Suarah untuk menikmati pemandangan dan kesibukan bandaraya Kuching.

trip to Kuching Sarawak

Tingkat 3 di sana tinggi tau…dari situlah boleh nampak pemandangan bandaraya Kuching

trip to Kuching Sarawak

sebahagian pemandangan yang dapat dilihat

trip to Kuching Sarawakanak-anak tak rasa gayat pun kat tempat tinggi

trip to Kuching Sarawakberehat seketika

trip to Kuching Sarawak

pemandu van sedang terangkan tentang bandaraya Kuching..ada Selatan ada Barat…

seriau rasanya..bila diaorang berlarian kat atas sana

trip to Kuching Sarawak

pitcha take from azwa safriena

trip to Kuching Sarawakaduh, apa nak cerita ini…

Tagged : / / / / /