Corat-Coret Percutian di Kuching Sarawak

Sepanjang percutian kami ke Kuching, Sarawak banyak perkara yang berlaku dan belum lagi keluar mana-mana entri. Antaranya:

1) Malam sebelum bertolak aqeel syafiq demam panas. Masa ambil aqeel di rumah pengasuh dia dalam keadaan tak bermaya. Balik rumah terus bagi ubat demam. Bila pagi keesokkannya, on the spot aqeel sihat. Ubat perangsang apabila mr.ery cakap ” adik kena sihat, esok nak naik kapalterbang” .

2) 5 jenis pengangkutan digunakan dalam masa sehari iaitu kereta, motor (mr. ery seorang), komuter, bas, kapal terbang dan van.

3) Kami 4 beranak berat baggage hanya 9KG (booked untuk 20KG). Keluarga mertua (abah dan ma) berat baggage cecah 14.9 KG (booked 15KG). Keluarga SIL berat baggage 17KG (booked 15 KG)..so, tukar dengan kami punya.

4) Cuak bila check-in flight. Ema dengan SIL berlainan jenis boarding pass. Terus pergi tanya pekerja AA “Dah betul puan, mesin lain-lain”.

5) Berpisah seat jauh dengan mr.ery. mr. ery, FIL dan SIL dapat nun di belakang sekali. Ema 3 beranak dapat seat no 14. Tapi kena tukar ke seat lagi depan no 4 (hot seat) sebab seat 14 sebelah pintu kecemasan. Tak sesuai anak-anak berada di sebelah sana.

6) Azwa dan Aqeel duduk diam sahaja bila kapal terbang nak berlepas…pengalaman pertama bagi mereka berdua.

7) Azwa menangis bila duduk jauh dengan mr.ery. Mr. ery bawa azwa ke seat belakang sebab banyak yang kosong. lagipun sepupu-sepupu azwa pun duduk di belakang juga.

8) Azwa dan mr. ery sempat order makanan dalam kapal terbang. kena bayarlah sendiri.

9) MIL risau dan takut tidak lepas untuk bawa masuk ketupat ke dalam kapal terbang. Nak makan pun tak berani.. tak pasti boleh atau tak boleh makan makanan luar dalam kapal terbang?

10) Tiba di Airport Kuching, jumpa dengan pemandu van terus dibawa berjalan-jalan tanpa sempat untuk berehat. nak kejar masa punya hal…

11) Tempat-tempat yang orang selalu katakan seperti Kampung Budaya, Rumah Panjang, Jong Crocodile Farm kami tak pergi atas sebab bawa baby dan bayaran mahal..hehehe…

12) Last day nak pergi tengok orang utan tak kesampaian sebab orang utan tak keluar gara-gara hujan hari sebelumnya.

13) ‘Cap’ (penutup lens) jatuh di dalam sungai tapi nasib baik ia timbul. selamat dulu..akhirnya hilang juga.

14) Kami semua tidak bermalam di mana-mana hotel. Tumpang bermalam di rumah menantu anak saudara MIL di Kampung Batu Kawa.

15) Setiap keluarga bergilir-gilir keluarkan duit untuk belanja makan.

16) Pergi Kuching sama balik KL berasingan. Kami punya flight jam 1.55 pm dan MIL serta SIL jam 4.15pm…punyalah susah nak rebut tiket murah..

17) Saat getir bila cuaca tak elok ketika penerbangan balik ke Kuala Lumpur. Hampir satu jam tak boleh bangun dari tempat duduk. Kapal terbang pun rasa gegar langgar awan..

18) FIL kena bayar xtra baggage RM 40.00 sebab terlebih muatan lagi.

19) Kami pun terlebih 0.5KG dari 20KG..Alhamdullillah tak kena extra baggagge..kalau kena sanggup kami sandang saja.

20) Balik rumah pun kena naik 5 jenis pengangkutan..nak tahu kenapa 5 jenis pengangkutan tak? Bermula dari rumah naik kereta ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) hantar ema, anak-anak dan FIL…pastu mr.ery hantar kereta ke rumah dan bawa motor untuk park di TBS…Dari TBS ke KL Sentral naik komuter…Dari KL Sentral ke LCCT naik bas…Dari LCCT ke Kuching of cozlah naik kapal terbang…Dari Kuching ronda-ronda naik van..dan begitulah sebaliknya bila tiba time balik.

Tagged : /

Kucing Statue Destinasi Terakhir

Tak sahlah kalau tak mengabadikan kenangan bergambar dengan Kucing Statue ini.. sebelum bergerak ke airport, pemandu van memberhentikan kami semua untuk mengambil gambar kat sini..

Trip to Kuching

Masa mula-mula sampai anak-anak pun sibuk nak ambil gambar dengan kucing statue ini..akhirnya termakbul keinginan mereka…

Trip to KuchingPasni tempat makan pula

Tagged : /

Day 3 : Pasar Satok Kuching Sarawak

Tempat membeli lauk basah.. pilih-pilih, timbang, bungkus dan bayar..kerja senang

pasar satok

ada rupa penjual tak MIL ema ni..hehehe..sampai ke dalam tempat penjual MIL nak pilih udang segar

pasar satok

pasar satok

pasar satok

sempat juga membeli ikan terubuk masin ini..tapi tak berapa suka sebab tulang banyak…

pasar satok

Bau pasarlah, ema sekeluarga naik flight hari itu…ngeh3x…

Tagged : / / / / /

Gambar The Cat Museum

Entry yang dipenuhi gambar..gambar akan ceritakan semuanya…satu-satu muzium yang kami keluarkan duit untuk mengambil gambar di dalam….muzium kucing ini jauh sikit dengan muzium-muzium yang kami terjah sebelum ini..

Dah namanya Cat Museum…segalanya tentang kucing ada di dalam ini..termasuklah cerita kartun Garfield dan kartun hello kitty

Apa saja perkataan ‘cat’ akan dipamerkan




kubur kucing pun ada


Di luar bangunan Cat Museum ada rumah contoh…apalagi si azwa menjadi modelnya..





Selesai semua tentang muzium….muzium Kuching semua diterjah..muzium kat Kuala Lumpur tak pernah pula terjah… pelikkan.

Tagged : / / /

Kuching Sarawak ada India Street

Di Kuching ada India Street…di Kuala Lumpur ada Jalan Masjid India…ianya sama tapi tak serupa…tempat untuk beli belah pelbagai jenis pakaian, tudung, kasut, cenderamata dan sebagainya.

india street

Kat sini sempat merembat sepasang baju untuk aqeel…dan MIL belikan jam tangan untuk cucu-cucunya..yang lain-lain sekadar cuci mata….

Tagged : / / / /

Semua Jenis Muzium Kami Terjah

Muzium Sarawak

Sambung lagi percutian kami di Kuching Sarawak ini..kali ini kami terjah semua muzium yang ada di sana..lagipun antara satu muzium dengan muzium yang lain dekat saja…dimulakan dengan Muziun Islam Sarawak..

Kebanyakkan muzium tidak dibenarkan mengambil gambar di dalamnya…ada juga terlepas sekeping dua bila tak perasan larangan mengambil gambar…

Di luar muzium tak kisahlah nak bergaya macam mana pun..tiada siapa hendak melarang.

pastu singgah pula ke Dewan Tun Abdul Razak…pelbagai pameran ada

buaya telah diawet

isshh, tak takut azwa pegang patung..semacam saja bila tenung lama-lama gambar ini…

panjat jejantas ke seberang jalan…singgah Muzium Etnologi pula…sana pelbagai jenis binatang yang telah diawet…orang utan punyalah besar ada kat dalam tu…tingkat atas tak berani kami naik..khabarnya ada kepala orang…huhuhu…

masing-masing muka disapu minyak sebab kepenatan berjalan kaki

teknik bergambar di celah batang buluh

mereka berehat seketika..menarik nafas panjang.

anak-anak suka sebab dapat makanan ringan dari remaja perempuan kat sana…punyalah masing-masing tengah lapar ni.

lain-lain muzium yang ada

rupa berseni ditampalnya tulisan sebegitu

Sekadar bergambar di muka pintu..yang ini kena bayar kalau nak masuk sebab private punya…..terus tak jadi masuk…

Semua muzium yang kami masuk bayarannya adalah percuma

 

Tagged : / / / / /