Pejam Celik Pejam Celik 15 Tahun Dah Kerja Kerajaan

Pejam celik..pejam celik..15 tahun dah kerja sebagai penjawat awam.

15 tahun kerja, masih di bawah Kementerian yang sama.

Tak bosan ke?

Kalau ikhlas kita bekerja..bosan tu tak akan timbul sama sekali.

Tak nak cari pengalaman baru?

Dah hadap pengalaman baru sekarang ni.

New environment..new country..new people..segala new..tapi tetap kementerian sama.

Rezeki Awal Sebagai Typist

Alhamdulillah…ianya bermula sebagai seorang typist.

Dapat tawaran dari JPA..aku sendiri tak ingat bila masa isi borang kerja kat SPA.

Tiada panggilan temuduga..tup-tup dapat offer.

3 tahun lebih belajar kat Pahang..ambil diploma.

Kerja kilang elektronik..praktikal di Kulai, Johor

Kerja sambilan di Hospital Sultanah Aminah..ikut cousin.

Kerja guru ganti di Sekolah Kebangsaan Gua Musang..kawan baik ajak.

Kerja kedai jual handphone sebelah rumah.

Berhenti.

Dapat panggilan temuduga sebagai polis..temuduga di PDRM Kelantan.

Hari temuduga..terus dapat tahu result.

Sebelum temuduga..kena ujian eksesais.

Ujian pemeriksaan fizikal..ketinggian, kawat, lari dalam dewan..

Semua aku lepas..walaupun malam sebelum itu badan naik gegata.

Yealah, yang ada panau kat tangan pun dah kena reject awal.

Dah lepas ujian, masuk bilik temuduga.

Soalan yang paling aku ingat “Apakah makanan femes di Kelantan?”” Aku jawab tahi itik”

Hahahaha.

So, aku berjaya ke tidak?

Yes, Aku BERJAYA diterima untuk berkhidmat dengan PDRM.

Siap sign surat..siap cop kelima-lima jari.

Mesti korang pelik, kenapa aku tak terus kerja PDRM?

Dah tertulis tak ada rezeki aku.

Walau dah lepas temuduga..aku tak lepas pemeriksaan mata.

Ramai yang tanya..kenapa tak pakai contact lens masa test?.kenapa tak kautim dengan doktor?

Budak baik kan…mana reti semua tu…hahaha..naif sangat.

Sampai sudah terus tak ada offer dari PDRM.

Siapa-siapa nak berkhidmat PDRM, orang berkaca mata tak akan lepas.

Lainlah dah berkhidmat..tetiba kena pakai cermin mata.. PDRM tak buang pun.

Lepas itu, baru terima surat offer dari JPA kerja sebagai Pembantu Tadbir Rendah (Jurutaip).

Masa ni, dalam dua lagi nak terima atau tak?

Sebabnya, jauh sangat kat Putrajaya…dahlah tak ada famili pun yang tinggal di Putrajaya dan KL.

Mana aku nak stay?

13 September 2004 (Isnin).

Tarikh pertama kali jejak kaki ke Jabatan Perkhidmatan Awam.

Tarikh aku bekerja sebagai penjawat awam.

Masuk ke dewan..dengar talk.

Dimaklumkan akan dihantar ke kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan.

Alamak, rupanya belum ditetapkan lagi penempatan sebenar.

Aku ingatkan memang di JPA jer.

JPA bagi lagi 1 surat, surat penempatan sebenar.

Dapatlah Kementerian Luar Negeri.

Hari yang sama juga kena pergi lapor diri ke KLN.

Nak pergi dengan siapa ni? Tak kenal sesiapa pun masa itu.

Beranikan diri, tanya siapa yang dapat tempat sama.

Akhirnya ada…Sis Rohana..aku tumpang dia.

Lapor diri di KLN…3 orang…aku, sis rohana dan seorang dari Kedah.

Di KLN, sekali lagi dimaklumkan bukan berkhidmat di Putrajaya tapi di Kuala Lumpur.

Legaaa…dapat di KL.

Aku dengan Sis Rohana satu jabatan..dan orang Kedah jabatan lain..dua-dua under KLN.

Tapi aku dengan Sis Rohana kena separate akhirnya.. sebab orang Kedah terus tak datang kerja lepas tu.

Sebelum transfer ke KL, 1 bulan aku di Bahagian Konsular.

Tepat 27 Oktober 2004, 1 hari sebelum hari lahir aku..

Berpindahlah aku ke SEARCCT… Sis Rohana awal lagi ke IDFR.

Aku dah tak dengar khabar pasal Sis Rohana ni, sejak aku masuk ke SEARCCT.

Dah tak jumpa lagi…kat IDFR pun dah tak ada..

Terima kasih Sis Rohana kerana tumpangkan aku ke Stesen Komuter Serdang, setiap kali balik kerja semasa di Putrajaya.

Berkhidmatlah aku di SEARCCT sehingga tarikh 21 June 2019.

Di SEARCCT lah banyak aku menimba pengalaman baru kerja.

Tak ada rezeki kerja di PDRM..tapi Ketua Bahagian semua dari PDRM.

Baca: Pengalaman Kerja Dengan Pegawai PDRM

Setiap 2 tahun bertukar ganti ketua bahagian..sebab post mereka adalah post pinjaman dari PDRM dan ATM.

Orang cakap kerja dengan Polis stress..

Tapi aku kerja dengan mereka, banyak ilmu yang aku dapat.

Bos garang macam harimau pun..Alhamdulillah tak pernah kena marah dengan mereka.

Sayang lagi ada….hehehehe.

Rezeki kerja kerajaan, aku nikah awal..nikah gantung.

Majlis nikah pun buat kat rumah Mr Ery.

Tak ada sedara mara yang duduk dekat..

Aku stay rumah keluarga Mr.Ery.

Tak manis dipandang, selalu hantar pergi kerja… itu yang nikah dulu.

15 tahun dah…dari typist yang dijumudkan kepada jawatan kerani.

Kini, berkhidmatlah aku jauh di perantauan.

 

 

 

 

Tagged : / / /

Setahun Struggle Dan Akhirnya Inilah Saat Yang Paling Di Tunggu

Kerani awam kerja mamaema. Hampir setahun berhempas pulas bertugas sebagai kerani sekretariat program rasa nak bernafas pun tak cukup. Tapi bila dah selesai, hilang segala penat dan stress. Sambung balik tahun depan. Dalam perancangan ada 24 + 16 program untuk tahun 2017. Semput. Inilah salah satu tugas mamaema sebagai kerani di sektor awam. Lain jabatan, lainlah bidang tugasnya.

Kerani Sektor Awam Setahun Struggle Dan Akhirnya Inilah Saat Yang Paling Di Tunggu |

Persedian sebelum program memang memenatkan, tapi bila selesai satu program sangat melegakan. Dan ianya akan berterusan sehinggalah ke hujung tahun.

tugas kerani

Serius. ini rupa kami sebelum sesuatu program bermula. Pelbagai kesulitan dihadapi. Alhamdulillah dapat diatasi dengan sebaiknya. Timbulnya masalah, dapatlah kami belajar untuk selesaikannya dengan pelbagai reaksi. Kenangan betul.

kerani job

Happy tak..happy tak.. Seronok tak terkata bila program terakhir tahun 2016 selesai. 27 program ke semuanya. Boleh cuti dengan aman..kononnya. Tak ambil cuti pun, datang kerja macam biasa…report sedang menunggu. Memang itu tugas kerani, sedia report selepas program. Nanti tak tercapai pula sasaran kerja tahunan.

Tagged : / / /