PTPO Kementerian Diraikan Terasa Diri Ini Amat Berharga…Cewah..

Assalamualaikum… hari ke-5 Ramadhan.. 5 hari dah berpuasa, berapa KG turun? Ke semakin naik sebab banyak restoran/hotel yang sekarang ni offer bufet ramadan yang enak-enak belaka.

Sebelum masuk ke minggu puasa hari itu, satu majlis meraikan PTPO yang akan berkhidmat di luar negara anjuran group PTPO Kementerian. Alhamdulilah salah seorang termasuk yang diraikan.. mula itu segan nak pergi maklumlah tiada wakil yang hadir dari jabatan sama. Tapi disebabkan memang berada di kementerian sebab berkursus…pergi juga.

Majlis seperti ini dapatlah kenal dengan PTPO yang lain-lain…dan makanan yang disediakan secara potluck.  Terima kasih pada pihak AJK dan mereka-mereka yang bawa makanan. Barulah tahu ramainya PTPO perempuan kat kementerian ini.

Baca: Lokasi Iftar Ramadhan Di Kuala Lumpur dan Selangor

Kursus Persediaan

Dan sebelum masuk minggu puasa juga, selesai semua kursus..Fuhh, sejak bertahun tak join kursus, kali ini otak penuh dengan pengetahuan baru…walaupun kerja dah hampir 15 tahun banyak lagi perkara yang belum aku buat sebenarnya. Bila berhijrah nanti, InshaALLAH ilmu ini akan aku praktikkan di tempat baru.

Gambar Kursus

Kalau sebelum ini, kursus bersama kementerian yang lain…yang ini hanya satu kementerian dari pelbagai jawatan. Dekat 2 minggu juga aku terpaksa ulang alik KL-Putrajaya untuk hadir kursus. Ulang alik ke IDFR tak rasa sangat tapi bila ke Putrajaya belanja lebih pada minyak dan tol..fuhhh..ini dikira pengorbanan juga lah kan….hehehehe.

ALL THE BEST SEMUA!!!

Penyampaian Hadiah

Selesai semua kursus yang wajib hadir sebagai persediaan untuk berhijrah, adakah aku sendiri sudah bersedia? Setiap saat, minit, jam berlalu..semakin ia menghampiri hari tibanya.

Doakan aku berjaya yer..Doakan aku dapat menyesuaikan diri..dapat melaksanakan tanggungjawab aku sebagai penjawat awam dengan sebaiknya..beza sangat jauh kerja aku sekarang dengan kerja yang bakal akan aku hadapi nanti. Totally different!!! Suasana kerja, orang sekeliling, persekitaran, negara dan banyak lagi.

 

 

Tagged : / /

Setahun Struggle Dan Akhirnya Inilah Saat Yang Paling Di Tunggu

Kerani awam kerja mamaema. Hampir setahun berhempas pulas bertugas sebagai kerani sekretariat program rasa nak bernafas pun tak cukup. Tapi bila dah selesai, hilang segala penat dan stress. Sambung balik tahun depan. Dalam perancangan ada 24 + 16 program untuk tahun 2017. Semput. Inilah salah satu tugas mamaema sebagai kerani di sektor awam. Lain jabatan, lainlah bidang tugasnya.

Kerani Sektor Awam Setahun Struggle Dan Akhirnya Inilah Saat Yang Paling Di Tunggu |

Persedian sebelum program memang memenatkan, tapi bila selesai satu program sangat melegakan. Dan ianya akan berterusan sehinggalah ke hujung tahun.

tugas kerani

Serius. ini rupa kami sebelum sesuatu program bermula. Pelbagai kesulitan dihadapi. Alhamdulillah dapat diatasi dengan sebaiknya. Timbulnya masalah, dapatlah kami belajar untuk selesaikannya dengan pelbagai reaksi. Kenangan betul.

kerani job

Happy tak..happy tak.. Seronok tak terkata bila program terakhir tahun 2016 selesai. 27 program ke semuanya. Boleh cuti dengan aman..kononnya. Tak ambil cuti pun, datang kerja macam biasa…report sedang menunggu. Memang itu tugas kerani, sedia report selepas program. Nanti tak tercapai pula sasaran kerja tahunan.

Tagged : / / /