Barang Sekolah Murah Datang Sini Lagi Tahun Ini

Dah beli barang sekolah anak-anak? Tak lama lagi sekolah dah nak mula, tak sampai seminggu pun. MamaEma baru setel. Tahun ini, lagi sekali MamaEma pergi ke Longwan untuk beli barang sekolah. Sebab apa? Bagi MamaEma harganya agak murah dan berpatutan. Dulu pergi Longwan cari alat tulis semata, tapi untuk kali ini terus shopping baju sekolah kebangsaan dan agama, tudung, kasut, seluar sukan, stokin, alat tulis dan keperluan-keperluan lain. Beli satu tempat semua, puas hati.

Keperluan Sekolah di Longwan

Membeli di Longwan memang lengkaplah keperluan sekolah. Tak perlu nak pergi dua tiga tempat cari barang sekolah yang nak. Selain keperluan sekolah, pelbagai jenis pakaian, barangan plastik, hiasan yang ada di sana. Kiranya pasaraya umum jual macam-macam.

MamaEma share barang-barang sekolah yang MamaEma beli di Longwan. Total yang dihabiskan dalam masa 2 jam untuk dua anak yang bersekolah. Belum lagi bayaran buku sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Inipun ada yang dah beli awal dan beli online. Korang boleh bandingkan harga di tempat MamaEma pergi ni dengan yang lain. Mungkin akan ada yang mahal sikitlah kan. MamaEma dah survey baju sekolah di dua tempat, tapi di sini lagi murah dan kain memang best.

Menyenget bahu-bahu dengan anak-anak angkut plastik penuh dengan keperluan sekolah diaoranglah. Nampak macam banyak, lepas bawa keluar dari plastik..ini jer yang beli..hahahaha..

Barang Lama Semua Buang

Janganlah kecam pula, sampaikan semua barang sekolah lama MamaEma buang. Buanglah dah semua tak boleh dipakai. Kasut sekolah dah koyak dan tak muat. Baju sekolah pun koyak.. eh, koyak jahitlah… koyak tu bolehlah dijahit tapi singkatlah pula. Bertahan kakak Azwa pakai baju sekolah atas lutut, kain sekolah bawah pusat.. dahlah ketat. Untuk tahun depan belilah yang lain, termasuk Abang Aqeel..sekolah kebangsaan semua tukar baju warna biru dan kasut hitam. Dilantik pengawas Abang Aqeel tahun depan. Dua beradik nak kan kasut bertali. MamaEma ikutlah kehendak mereka berdua.

Gambar atas, kasut hitam pilihan Aqeel dengan harga RM25.90 jenama Repont USA dan bawah pilihan kasut kakak Azwa RM26.90 berjenama Edwin. Tak kisah pun pasal jenama, mana mereka berkenan harga pun okey..ambillah.

Kasut putih untuk sekolah agama Abang Aqeel. Harga RM23.90. MamaEma suruh ambil yang sarung jer..senang dan cepat. Kakak punya tak beli kasut putih. Dah ada sepasang kasut putih Mr.Ery beli tahun ini, tak pakai lagi sebab besar sangat. Untuk tahun depan dah muat, beli tali kasut jer…hehehe.. kasut putih paling murah RM5 jer. Tak ingat Mr.Ery beli kat mana.

Longwan Pilihan Hati

Baju pengawas untuk Aqeel, beli sepasang dululah anak. Tunggu tengah tahun tambah. Seminggu hanya 2 kali pakai uniform sekolah, lain hari pakai baju koko dan baju sukan. Harga untuk seluar RM19.90 dan harga untuk baju RM15.90 kain jenis koshibo.

Pertambahan sepasang baju sekolah agama untuk abang Aqeel. Harga RM34.90 sepasang. kain sama jenis koshibo. Mahal ke murah harganya?

Untuk kakak Azwa cuma belikan baju biru sehelai dan baju putih dua helai. Bukan sepasang. Tambahan tudung biru, tudung hitam dan anak tudung. Tak beli pun skirt biru dan merah sebab pakai yang ada, masih elok dan tokma nya dah jahitkan sehelai. Perlu tambah skirt merah lagi tapi tak beli di Longwan, merahnya lain sangat. Merah darah ikan…bukan merah menyala. Harga tudung hitam RM7.90, biru RM13.90, anak tudung RM1.20, baju putih RM18.90 dan baju biru RM20.90 jenis kain koshibo juga. Harga bergantung pada saiz. Anak dah besar pakai saiz 36.

Seluar sukan abang Aqeel saiz 30 (RM7.50).

Stokin hitam dan putih untuk dua beradik.

Alat tulis

Alat tulis beli sikit buat tambah yang mana dah ada. Kakak Azwa memang tak lepaslah dengan pensel picit. Botol air pun beli di Longwan (RM2.90 sebotol). Semua barang di bawah beli di Longwan kecuali kotak pensel beli di kedai RM2 saja.

Kali ini tak beli pun pensel warna. Tahun lepas harga lain tahun ini harga lain, beza sikit. dan jenama pun tak sama. Nak tahu bacalah kat sini. Dah diviral page Orang Wangsa Maju. Terima kasih share. Lepas ini share yang ini pulak yer.

Beg sekolah di Longwan pun banyak, ada macam-macam harga. Rambang mata nak pilih dan sakit leher dongak ke atas. Saja tengok walhal dah beli beg sekolah awal lagi. Dua beg beli di Chilindo, boleh pula berjaya bid untuk dua beg tu. Dua lagi beli di Cash and Corverter, RM6.90 satu. Bapak murahkan. Kalau rosak cepat pun tak ralat.

Bab membeli tang jenama memang tak ambil kisah. Mana yang cantik, mana yg murah, berkenan, teruslah sambar sambil tengok poket tebal atau nipis mahupun keperluan atau kehendak. Belum setel songkok abang Aqeel, lupa pula masukkan dalam senarai. MamaEma shopping di Longwan Kuala Lumpur, Sri Rampai. Member kata ada juga di Damansara. Tapi tak pastilah pula. Sangat senang pakai waze atau google maps. Taip saja Longwan, pasti jumpa.

 

 

Tagged : / / / / / / /

Pusat Pakaian Hari-Hari Misi Mencari Baju Sekolah Murah

Baju sekolah murah di Pusat Pakaian Hari-Hari.

Misi mencari baju sekolah murah. Sejak anak dah mula masuk tahun 1, di pusat pakaian hari-hari lah yang mamaema pergi. Satu harga murah dan berbaloi. Kedua dekat dengan rumah. Ketiga semua pakaian sekolah ada. Walaupun sekolah pun dah mula, mamaema nak share sikit apa yang mamaema dapat beli di pusat pakaian hari-hari tahun ini. Memandangkan kakak azwa dah pun tahun 5 dan abang Aqeel tahun 2, mamaema tak beli banyak pun pakaian baru. Pakai saja yang sebelum ini sebab masih elok. Mamaema selesa dengan pakaian sekolah jenama jony & jenny. Harga pun murah.

 

 

Bahagian kasut.

Tahun kedua kakak Azwa pakai kasut warna hitam untuk pengawas sekolah. Mamaema beli sepasang saja, yang tahun lepas satu dah koyak satu masih elok. Kakak Azwa nak pakai hari pertama, mamaema tak kasi…pakai yang sedia ada dulu. Biasalah anak-anak hari pertama sekolah, excited nak pakai baju baru. Mamaema pesan “hari pertama sekolahlah cepat kotor baju, nanti nak kemas kelas“.

Baju Sekolah Baru.

Baju sekolah baru. Mamaema tak beli berpasangan pun baju sekolah. Ada beli kain saja, baju saja, seluar saja. Cuma baju sekolah agama yang mamaema beli cukup. Baju sekolah kebangsaan untuk abang Aqeel, hanya seluar saja yang mamaema belikan.

Barang sekolah Abang Aqeel. Untuk tahun ini, yang ini saja mamaema beli yang baru. 2 beg sekolah beli di GM, beli time family datang. Bila beli ramai-ramai dapatlah harga separuh. 2 pasang kasut Abang Aqeel, biasalah anak lelaki dia lasak. Yang lama dah koyak. Tapi berbaloilah, tahan juga setahun. Kasut pun beli kat pusat pakaian hari-hari. Satu beli dalam kotak, satu beli di bahagian timbun.

Baju sekolah agama sepasang. Seluar sekolah kebangsaan satu. Seluar sekolah kebangsaan dengan harga RM5 di pusat pakaian hari-hari. Murahkan. Kaut di bahagian stock lama. Masih elok. Kat tag ada tulis ‘butang tanggal”. tapi mamaema check, elok jer. butang pun ada.

Pink.

Anak dara mesti nak pink. Sama juga beg dari GM. Kasut putih dari Giant dengan harga RM3. Lagi murah tapi tak tahulah berapa lama bertahan. Kita tengok nanti. Kalau tahun lepas, mamaema tak beli pun pakaian sekolah pengawas sebab semua diambil dari sepupu dia. Tahun ini kakak Azwa minta nak pakai baju pengawas kemeja dengan skirt labuh. Untuk sekolah agama, pakai yang sedia ada. Alat tulis mamaema borong dekat Longwan.

Akhirnya skirt labuh pengawas untuk kakak Azwa dibeli di pusat pakaian hari-hari. Mamaema dah pergi kedai-kedai biasa, harga mahal sikit. Baju kemeja pengawas dan kain kurung pengawas mamaema kaut di bahagian stock lama juga. Mana nak dapat RM8 sehelai. Baju kemeja ada kesan kotor, tapi kakak Azwa cakap “ala, mama tak nampak pun kotor..kakak kan pakai vest”. Masa mamaema beli, tak ada orang pun cari bahagian stovk lama. Semua excited beli yang baru. Selagi ada yang murah, akan ku ambil yang murah. Ada aku kesah.

 

Tagged : / / / /

Menyesal Pergi Mines 2. Longwan Lagi Murah Borong Alat Tulis

Pasar Mini Longwan.

Jangan percaya sangat viral yang jualan murah sana sini. Itu teknik pemasaran semuanya. Dah pergi menyesal. Lebih baik baca komen orang-orang yang dah pergi. Mamaema pun terkena. Patutlah tak bersesak orang kat Mines 2 ni. Barang sekolah yang dijual pun bukannya semua ada. Yang ada pun jenama entah apa-apa. Alang-alang dah sampai, belilah juga buat sedapkan hati.

Baik percayakan pada maklumat dari kawan sendiri. Kawan sekolah ada share tempat beli alat tulis murah dan berjenama. So, mamaema waze tempat tu. Pasar mini longwan namanya. Dari opis dekat sangat. Waktu rehat tengahari sempat mamaema pergi.

Pasar mini longwan ni macam kedai serbaneka, macam-macam ada. Bukan alat tulis saja, kasut, baju sekolah, beg sekolah, botol air, tupperware, botol susu, kelengkapan harian dan macam-macam lagi. Tempat alat tulis di bahagian bawah. Turun bawah bahagian belakang  sikit, terus nampak bersusun warna berjenama dan pelbagai saiz.  2 kotak warna mamaema sambar. Buat stok biarpun dah beli warna kat mines 2.

Ramai yang aim pensel warna, padahal banyak lagi yang boleh dibeli kat sini. Borong teruslah. Dari sekecil alat tulis hingga sebesar alat tulis…Ada semua.

Ini pilihan kakak Azwa pensel picit. harga RM2.50

Harga Alat Tulis

2 kotak pensel warna stabilo mama ema beli buat stok. Mr Ery pun tanya “kan, dah beli warna kat mines 2?”. Pakai dulu pensel warna 12pcs tu.. Yang ni simpan dulu. Puas hati 24pcs harga RM7.90 jer. Yang beli kat mines, 12pcs harga RM5 tak ada jenama entah bertahan berapa lama.

Tahun depan, beli borong alat tulis di pasar mini longwan je. Tak perlu lagi fikir tempat lain. Pakaian sekolah, kasut sekolah mamaema tak sempat nak tengok pun. tujuan asal nak beli alat tulis jer.. terpesong nanti, lambat pula masuk opis. Lagipun pakaian dan kasut sekolah mamaema dah beli kat hari-hari. Setiap tahun pun hari-hari jer.

Ada beberapa cawangan sebenarnya Pasar Mini Longwan. Yang mamaema pergi ni dekat dengan Setapak. Ini alamatnya:

Jalan Usahawan 7, Sri Rampai Business Park,

Setapak, 53300 Kuala Lumpur

 

 

Tagged : / / / / /