Tema Baju Raya Biru Sedondon

Tema baju raya biru sedondon, merah menyala, hijau mak kau, hitam kelabu, putih bersih, pink kaler dan macam-macam lagi. Tahun ni, open house aku pakai baju yang sedia ada, bukan baju raya pun tapi baju kenduri kahwin adik ipar.

Sambutan Hari Raya

Tak habis lagi raya ni..yea raya haji pun belum lagi. ini pun dah penghujung syawal sambutan hari raya. serius semacam aku, padahal akak radziah minta tolong aku buatkan senarai menu untuk letak di atas meja.

11 tahun kat sini, bersilih ganti pegawai dan staf cuma aku je yang masih kekal. tak tahulah sampai bila nak kekal kat sini. pertukaran pun dah mohon tapi bukannya senang lebih-lebih lagi nak tukar balik kelantan.

searcct raya06

Tema Baju Raya

Geng sedondon biru katanya. baju dua-dua orang belah hujung kiri kanan, kat luar warna hijau. tapi dah kena flash kamera terus nampak biru. baju aku pakai, baju dua tahun lepas. masa kenduri kahwin adik iparku.

searcct raya13

Ini geng mak kau hijau.

searcct raya14

orang-orang pentadbiran

searcct raya15

bahagian training yang comel-comel

searcct raya18

team sekretariat

searcct raya19

yang beruniform tu, bos lama yang dah balik ke tempat asal under mindef.

searcct raya21

walau nampak tak ramai, tapi bahagian banyak. Bahagian Pentadbiran, Kewangan, Training, Research, ICT, Library semua ada kat sini. cuma setiap bahagian tidaklah ramai orang.

searcct raya22

watamat sudah bab raya. next year jumpa lagi.

ada yang berminat nak kerja kat sini?

mari tukar dengan aku..yang penting orang nak tukar tu kerja di kelantan.

Tagged : / / / / / /

Tak balik raya masak untuk siapa.

Tak balik raya sekali pun masak untuk jamuan di pagi raya mestilah ada. simple pun tak apa janji sedap. tak gitu. Kalau bab masak memasak memang ema jenis yang bukan masak hari-hari tapi bila sekali masak dan ada pula yang memuji sudah pasti kembang kempis hidung hindustani.

Juadah Pagi Raya

Inilah juadah pagi raya untuk keluarga empat beranak yang terpaksa beraya di bandaraya Kuala Lumpur. Nasi impit yang dibeli dalam bungkusan kecil-kecil balik rumah masak saja. Kuah kacang untuk dimakan dengan nasi impit, kuah sup untuk dimakan dengan nasi impit yang dipanggil masakan soto. Tapi memandangkan pagi raya tu, nasi impit tak menjadi sebab nasi impit dah rupa makan nasi sebiji-sebiji terpaksalah celurkan bihun untuk makan dengan sup. Kan untung, bila masak satu dua jenis masakan tapi boleh dimakan dengan pelbagai cara.

IMAG1581_zps4c9bdaac

Buatkan nasi impit dengan kuah kacang sebab ada penggemar yang tegar. Sekali hadap bertambah berkali-kali..itu kalau mama tok kat kelantan tu yang buat, kalau mama dia yang buat tambah sekali dua jer…tahulah masakan mama dia tak sesedap mama tok dia…yang penting dia cakap SEDAP MAMA. Kembang lagi hidung yang memangnya kembanglah…hahahaha.

IMG_20130808_145658_zps53cbcd46

Ketupat Sotong Mesti Ada

Eh, petang raya tu ada masakan tambahan lagi. siap buatkan ketupat sotong. korang reti tak makan ketupat sotong ini. nak makan ketupat palas tak reti nak menganyam daun ketupat reti ngap jer..lainlah ketupat sotong..terror tau..Tapi kalau orang luar ramai yang tak suka sebab katanya sangat manis. dan ada yang kata pelik sebab makan sotong berintikan pulut. Ada jenis rupa ketupat sotong ni satu putih satu hitam. yang putih pakai gula biasa dan yang hitam pakai gula melaka.

IMG_20130808_230130_zps07b079e9

Juadah raya itu hanya kami yang habiskan. dari pagi hingga malam kami makan berulang-ulang. Hari Ahad lepas, ada buat sikit makan-makan kat rumah tapi bukan open house. Jemput adik beradik mr.ery je. Maklumlah, mereka datang hari tu kan kena halang. Masak masakan yang sama juga, cuma tambah masakan nasi lemak.

Kembang lagi hidung ku…..

Tagged : / /