• Acara Sukaneka Kanak-Kanak Dan Dewasa Hari Keluarga

    Mek Ayra ni boleh ke nak main acara sukaneka kanak-kanak. Entah faham ke tidak cara permainannya. Bila ramai dah sampai, acara sukaneka pun dah boleh mula. Budak-budak memang excited sangat untuk masuk pertandingan. Maklumlah nak dapat hadiah. Acara Sukaneka Acara kanak-kanak dibahagi ikut keluarga dan diasingkan mengikut kumpulan warna. Ada merah, hijau, biru dan kuning. Ayra tak join pun acara sukaneka tu. Tak sesuai dengan umur dia lagi.. lagipun tak pandai untuk bermain. Ayra punya permainan hanya bermain pasir sendirian. Hehehe..eh, kesian dia. Kusut masai habis rambut selepas mandi kolam. Lainlah si kakak dan abang. Memang bersungguh sangatlah bab masuk acara. Lebih-lebih lagi si kakak tu..kalau boleh semua acara dia…

  • Family Day Anjuran Jabatan Teknologi Maklumat (JTM)

    Pasal t-shirt biru yang MamaEma share jumaat lepas, sebenarnya MamaEma pergi ke Water Theme Park A Famosa Resort, Melaka. Sambutan hari keluarga anjuran pejabat Mr. Ery. Hari Sabtu lepas, ramai yang sangkut jem sebab ada kemalangan maut di susur masuk Senawang. Lori tanker bawa asid terbalik. Laluan KL-JB dan JB-KL kedua-dua arah tutup. Memang sesak. Nasib baik turun dari rumah awal. Dah nampak traffic mula slow terus masuk tol Port Dickson. Dengan bantuan waze, keluar susur Senawang. Masa keluar dari tol dan masuk highway, kelihatan jentera bomba berderet..dan laluan bertentangan tiada kenderaan yang lalu. Rupanya, laluan dah ditutup, semua kenderaan dari JB-KL kena masuk tol Pedas-Linggi. Hari Keluarga JTM. Mengikut…