Gulai Kalut Di Pulau Langkawi Begitu Cara Masakannya

Jumpa gulai kalut di Langkawi. Punyalah fikir apa benda gulai kalut. Pernah makan gulai ayam, daging, udang ataupun gulai kawah. Gulai kalut baru dengar. Kalau datang Pulau Langkawi kena cari.

Masakan Gulai Kalut.

Ini bos punya pasallah….tanya habis orang mana kedai gulai kalut ni. Cari sampai Pantai Cenang pun tak jumpa. Last-last jumpa depan Hotel Bayview. Itupun kedai dah nak tutup.

 

Gulai Kalut Langkawi

 

Bila sampai kedai, masakannya macam juga masak gulai ikan daging, ayam. Pilihlah lauk mana nak. terus gulai dipanaskan dan terus masukkan lauk yang dipilih. Tang kalut nya masak gulai kot. Yealah, nak masak gulai bukan sekejap kan. Tapi tak ada kalut mana pun, sebab gulai dah sedia masak cuma dipanaskan saja. Kuah gulai kalutnya memang power. meleleh peluh tahan pedas.

 

Gulai Kalut

Pilih juga ulam-ulaman untuk kesihatan. Petai dan timun jelah yang aku makan, lain-lain masuk perut orang.

#throwback

 

Tagged : / / /

Tempat Shopping Di Langkawi

Kalau berniat datang ke Langkawi semata-mata nak shopping lebih baik baca blog mereka-mereka yang pernah datang ke sini…macam blog emarieys.com… sebab semua tempat harganya tak sama…u all kenalah suvey dulu… kalau semata-mata nak bercuti…berhoneymoon…eloklah cari penginapan kat area Pantai Cenang ni..sebab malamnya hidup.

Tempat Shopping Di Pulau Langkawi

Mari sini, aku kongsikan tempat untuk shopping-shopping.

1) Idaman Suri – sini paling ramai orang singgah sebab banyak jual pinggan mangkuk yang murah dan cantik-cantik..design terkini… tapi orang cakap bukan kedai orang islam.

2) Haji Ismail Group (HiG) – semakin maju aku tengok perniagaan Haji Ismail Group ini.. masa aku bertandang ke Langkawi bulan Mac 2013, kompleks HiG belum siap..tapi kali ini aku dah jejak kaki kat dalam sana…harganya ada beza dengan Idaman Suri…..tapi tak kisahlah…..janji ini kedai orang Islam kan…. kat sini, aku beli kain batik orang kirim…kalau kat pekan Kuah tu..sana sini ada HiG ni…. kompleks HiG satu jalan nak ke Idaman Suri…

 

 

3) SAGA – Aku tak tahu apa beza SAGA dengan HiG dan IS ni..masing-masing memang jual benda yang sama…tang harga mungkin yang berbeza…aku masuk SAGA ni sebab nak beli dua set gelas kiriman dari bos aku…tempat lain tak ada…hanya kat SAGA jer..oh lupa, SAGA hanya ada kat Pekan Kuah.

4) Beras Terbakar -Beras terbakar pun ada tempat orang meniaga tau…u all jangan ingat ini hanya tempat bersejarah saja..sambil tengok beras terbakar…sambillah shopping kat sini… kalau u all nak beli kain batik jawa…sinilah tempatnya…memang murah..dan kain pun berkualiti…

 

Beli Belah di Pantai Cenang

Mom aku pun ada kirim kain batik ni…so, sambil aku duk pilih-pilih coraknya. sambil aku tanya mom nak corak apa..eh3x,macamlah mom aku tu nampak corak batik tu kan…

5) Pantai Cenang – tahulah pentai cenang tempat sedap mata memandang.. sambil cuci mata…silalah cuti poket sekali….tapi pandai-pandailah cari…

 

 

6) Kedai-kedai kecil – biarpun kedai kecil tak dikenali tapi tahukah u all ada barang yang boleh dapat harga diskaun…contohnya rokok…amaran : rokok bahayakan kesihatan…semua dah maklum…tapi kalau dah tegar….amaran pun tak dilayan…

7) Jeti Kuah – Masa nak balik, aku sempat ronda kat jeti kuah.. aku rembat selipar jepun sepasang sebab selipar sebelum ini dah azab….sambil bayar harga selipar, mata terjeling kat shawl tergantung…murah..belas-belas jer harga…beza jauh dekat pantai cenang..rasa sesal tak beli…balik rumah baru nak sesal….yang syoknya mr.ery ler…dapat juga beli jam tangan okey…aku jeles!!!!

 

 

Sekian.

 

Tagged : / / / / / / /

Suasana di Pantai Cenang Langkawi

Pantai Cenang di Langkawi.

Suasana di pantai cenang di waktu petang. Kita sambung sikit lagi pasal hotel…pastu kita sambung tempat unuk habiskan duit u all…Ini semua view dari kawasan hotel.

 

C.Ba Cenang Beach

 

 Pantai Cenang

 

Ketenangan di pantai cenang

 

View from Cenang Beach

 

 Cenang Beach

 

 Cenang Beach Langkawi

 

 

 

 

 

Angin di Pantai Cenang

 

Aktiviti di Pantai Cenang

 

Panas berdesinggg pun sanggup duduk situkan…..

 

 

 

 

Kalau musim cuti sekolah…harga memang mencanaklah…

 

 

Si kakak duduk bawa peta kononnya nak ronda-rondakan…tapi dah tak tahu nak pergi mana..

kalau tak pekan kuah-cenang-pekan kuah-cenang…itu jerlah…

 

 

Boleh agakkan berapa keluasan hotel meritus ni…memang lenguh kaki jawabnya..

 

Tagged : / /

Ikan Bakar Di Pulau Langkawi

Kedai Ikan Bakar Di Pulau Langkawi

Kalau pergi ke tempat orang dan lebih-lebih lagi tempat yang pergi dekat pula dengan laut memang tak sah kalau tak cari kedai makan bertemakan bakar membakar.

Sudah pasti harganya berpatutan dan yang penting lauknya sangat FRESH.

Antara restoran ikan bakar yang sudah kami pergi adalah Restoran Mesra, Port Dickson. Bila balik kampung di Kelantan  merasa ikan bakar di Tok Bali, Kelantan. Dalam negeri Selangor pun tidak kurang hebatnya iaitu di Bangi dan Dengkil tapi harga agak mahal sedikit. Malah tempat kegemaran orang semenanjung bila bercuti di Sabah akan merasai ikan bakar di sana.

Dan kali ini, ingin merasai masakan ikan bakar di Pulau Langkawi. pasti hebatkan.

Ini dia restoran bertemakan bakar membakar di Pulau Langkawi iaitu Restoran Nelayan. Restoran yang terletak di kawasan yang agak sunyi..yang sunyi-sunyi itu bestkan…hehehehe..Ema dah lupa nama tempatnya, tapi simpang ke sana berdepan dengan Hospital Langkawi. Jika, dari Lapangan Terbang ia sebelah kanan dan dari Pekan Kuah ia sebelah kiri. Dari simpang besar hospital lebih kurang perjalanan 1KM dan mata perlu perhatikan betul-betul di sebelah kiri kerana jalannya agak gelap dan kecil.

 

 

Lauk-lauk yang FRESH

 

 

 

 

 Alhamdulillah, makan tidak membazir dan sangat SEDAP tanpa meninggalkan sisa kecuali tulang temulang.

 

Yang ada GPS cubalah GPS kerana masa kitaorang cari restoran ini dalam GPS tak dapat.

 sekian.

 

 

Tagged : / / / /

Cuti Di Langkawi | Dataran Lang My First Place

Dataran Helang Destinasi Pertama.

Setibanya di Lapangan Terbang Antrabangsa Langkawi, my mom dah tunggu anak kesayangannya ini sampai.

Dengan muka berminyak-minyak, tidak terus pulang ke homestay tapi terus ke destinasi pertama iaitu Dataran Lang ke Dataran Helang.

Tak pergi pun ke Jetty Point..kalau naik feri mesti singgahnya.

 

 

Ejaannya Dataran Lang yer kawan-kawan

 

 

Tengok, boleh pegang sayap helang ni…semua ini poyo!!!!

 

 

Kat sini tak ada benda yang menarik pun kecuali ambil gambar dengan burung helang gergasi ni.

Siang hari tak menarik tapi malam hari penuh dengan cahaya lampu.

 

 

Burung helang, bawalah daku pergi…

 

 

Bertuahnya helang…setiap orang melawat kamu..semua nak bergambar dengan kamu…

Glamour mengalahkan Dato CT.

 

 

Tak disangka masing-masing nak jadi burung

 

 

Dari anak burung hingga bapak burung…

 

 

Nak terbang ke mana lagi…tak terbang-terbang pun..

 

 

Dah-dah jom balik semua…penat tau..dengan muka berminyak..dengan badan melekit…

 

 

Next destination ke mana arah tujunya?

 

Tagged : / /