selepas berkoir menarilah pula

sambungan dari ENTRY INI

selepas kakak menjadi ‘conductor’ koir
terus cepat-cepat salin baju untuk menari pula

ada mak budak cakap

“amboi kakak, sampai dua sekali masuk”

si kakak menjawab

“cikgu yang suruh”

terus mak budak tu terdiam

penat lelah cikgunya mengajar satu tarian
tidak tercapai akal aku anak-anak seusia 4 dan 5 tahun
sudah pandai mengikut rentak tarian
dan mengingati setiap langkah-langkah yang diajar

time mama dulu-dulu
umur 6 tahun baru buat persembahan depan orang ramai
itupun ada yang tersalah step tarian
kakak ini ikut gaya mama time kecil-kecil dulu

hampir terlupa dengan anak teruna sorang ni
tak akan tinggal dan pasti dibawa
biarpun kadang-kadang susah nak handle dia
ema lepaskan dia main kawasan sekolah saja

so sweet lah kakak
bila tengok tidak seperti budak berumur 5 tahun

ramai yang mengagak kakak dah 7 tahun

cepat sungguh masa berlalu

inilah video tarian mereka yang diajar selama dua minggu

apa yang korang perasan kat video ni?

“kasut kakak tertanggal”


Tagged : /

koir

Persembahan Koir Tadika. Ingatkan kakak buat persembahan tarian dikir puteri. sebab tiap-tiap malam kat rumah kakak minta dipasangkan lagu dikir puteri dan buat tarian yang diajar cikgunya. rupa-rupanya cikgu pilih kanak-kanak berumur 6 tahun saja dan lagipun pakaian tradisional tidak cukup untuk dipakai.

Kakak masih muda. 2 tahun lagi kakak akan sekolah kat tempat yang sama. masih ada peluang… walaupun tidak masuk persembahan tarian, kakak berkoir. siap duduk kat depan.kakak hanya nyanyi ikut sedap mulut je. ada minta dia nyanyi kat depan mamanya ni, tapi aku sendiri pun tak faham. nasib baik ada backup singer yang kuat2 kat belakang tu.

mulut merah menyala pakai lipstik.

jom kita nyanyi bersama.

sempat lagi pandang kat ayahnya.

luasnya mulut…aaaAAAaaaaAAA….

inilah semua anak-anak didik cikgu nurlias.

terima kasih kepada cikgu nurlias dan cikgu gaya kerana memberi tunjuk ajar kepada kakak. pengorbanan cikgu sangat-sangat dihargai.

Tagged : /