Bayaran seringgit dapat ubat macam-macam

Rawatan Klinik Kesihatan Tanglin. Kalau bawa GL dapat free..tapi nak berkira apa sangatlah kan…bayar RM 1 saja. Sebilangan ubat dari Klinik Kesihatan yang perlu aku makan, titik dan sapu.

ubat paracetamol sebab suhu badan tinggi sikit..nak demam
ubat antibiotik sebab tekak merah…batuk
ubat titik di mata 4 jam sekali
ubat makan kalau mata gatal-gatal
ubat sapu dalam mata….sapu untuk waktu malam saja

kawan, puasa batal atau tak kalau titik ubat mata?

Tagged :

Ketidaksihatan

Kesihatan yang kurang memuakan.
Hari ini bersiaran agak lewat sebab tadi ada event di luar.

Badan pun masih letih-letih bila semalam baru sampai KL

Alhamdulillah, perjalanan pergi balik lancar..biarpun membuatkan sakit kepala

Dan hari ini masih rasa ketidaksihatan gara-gara menghentam makan durian

Breakfast durian

Lunch Durin

Dinner Pulut Durian

Penangan durian….. tiga hari makan durian tak berhenti-henti.

Rasa puas hati balik kampung makan durian

Tapi diperli oleh bos-bos tak bawa balik durian.

“Bos, kalau saya bawa balik KL, konpem saya pengsanlah bau durian dalam kereta”

huhuhu…haru sungguh.

Tagged :