Keseronokan Anak-Anak Ke KidZania Go Di Quill City Mall, Kuala Lumpur

Lagi empat hari sebelum berakhir pada 25 Mac 2018. Cepat-cepat ke Quill City Mall ada 8 aktiviti KidZania Go di sana. Seronok anak-anak dapat belajar mengenai kerjaya dalam situasi sebenar. Bawa kereta jer, parking murah di Quill City Mall. 2 jam pertama cuma RM4 sahaja.

Aktiviti-Aktiviti Kidzania Go

Semalam bawa anak-anak pergi ke Kidzania Go, itupun selepas kakak Azwa habis kelas tambahan jam 12.30 tengahari. Si Abang Aqeel, asyik merengek bosan..bosan..duduk di rumah. Memandangkan aku pun memang ambil cuti, bawalah anak-anak pergi sana.

Boleh dikatakan meriah juga tempatnya. Ramai anak-anak mengisi masa cuti sekolah mereka dengan baik. Aktiviti pertama Volvo-Stop Look and Wave. Anak-anak diberi tag dan passport. Passport akan dicop setiap kali pergi dan selesai jalankan tugas di stesen-stesen kerja.

Stesen kedua, Recycling Centre. Anak-anak diminta untuk mencari guni yang diisi barang-barang yang boleh dikitar semula.

Stesen ketiga, Mc Donald’s Fitness Centre. Stesen yang mengambil ukuran tinggi dan berat serta mengira BMI anak-anak. Jika lulus, akan terima satu helaian sijil kelayakan bekerja dengan Mc Donalds. Lulus ke tidak kakak dan abang?

TV Studio stesen ke-4. Belajar mengenai penggambaran. Ada yang memegang kamera, memegang clapperboard. Kakak Azwa  macam biasalah dia..mesti nak bercakap depan. Ambil, terus baca skrip.

Court House. Siapa pesalah di sini?

Magic Studio, kerjaya seorang yang  buat magik. Abang Aqeel bukan main terpegun tengok. Ada hati nak jadi magikal ke tu?

Last stesen, Sharp Air Quality Control. Anak-anak belajar mengenai suhu persekitaran.

Tak kisah pun nak ke stesen yang mana dulu. Tengok stesen mana yang tak ramai orang, terus pergi situ. Kalau tidak, kena tunggu lama juga. Mak-mak yang nak shopping, eloklah terus shopping di mana-mana outlet Quill City Mall..biar anak-anak berada dalam Kidzania Go untuk belajar.

Dah selesai kesemua aktiviti, tunjukkan passport yang diberi sebelum ini. Dan pastikan kesemua telah dicop untuk bawa balik papaer bag dari KidZania. Selepas ini ke KidZania Kuala Lumpur pula.

 

 

Tagged : / / /

Hey, Free Ticket KidZania Go at Quill City Mall Kuala Lumpur… Hurry Up!!

Yeahhh…next week cuti sekolah satu minggu. hip hip hooray..syoknya cuti. Kemain seronok bila anak-anak cuti sekolah. Engkau cuti ke? Mestilah cuti. Apply cuti semata-mata nak bawa anak ke Kidzania Go di Quill City Mall, Kuala Lumpur tau. Tak sabar sangat.

Free Ticket Kidzania Go

Hallo…hallo… tahu tak, engkau boleh dapat tiket percuma untuk Kidzania Go. Macam mana nak dapat tiket percuma? Amboii, bukan main laju bila dengar tiket percuma.. Engkau kenalah pergi shopping mana-mana outlet di Quill City Mall. Berbelanja sebanyak RM38 dalam satu resit. Hah, tak perlu pun belanja lebih.

Selepas itu, engkau pergi ke Concierge Counter at Ground Floor sebelum 25 Mac 2018. 1 resit hanya 1 tiket sahaja. Aktiviti ini hanya bermula pada 19 hingga 25 Mac 2018 jam 10.00 pagi hingga 9:00 malam sahaja. So, lekas-lekas pergi shopping sana.

Dari anak-anak memanjang tengok tv masa cuti sekolah, kan lebih baik diberi peluang kepada anak-anak tentang peranan kerjaya yang berbeza dalam situasi yang sebenar. Ini juga salah satu program untuk mendidik anak-anak dan ianya menghiburkan.

Antara 8 aktiviti yang disediakan sempena cuti sekolah ini iaitu:

  1. Sharp Air Quality Control
  2. Scott’s Research Lab
  3. Mc Donald’s Fitness Centre
  4. Magic Studio
  5. TV Studio
  6. Volvo – Stop look  and wave
  7. Court house
  8. Recycling centre

Menarik kan.. Apa tunggu lagi jom pergi ke Kidzania Go. Jumpa di sana. Curve NX, 18, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

 

Tagged : / /