Keropok Lekor Kemaman dan Pasar Ikan Segar

Aktiviti seterusnya diteruskan. Kali ini ke Kemaman, Terengganu. Sempadan antara Negeri Pahang dengan Negeri Terengganu. Selalu beli keropok lekor yang sudah siap dibungkus..siap dimasak dan siap digoreng lagi. Kali ini, kita beli keropok lekor yang dimasak di depan mata terus.

Keropok Cap Intan

Kami dibawa ke Keropok Cap Intan di Kampung Geliga, Kemaman. Pengalaman kali ini, dapat lihat sendiri cara-cara membuat keropok lekor yang sedap dan lembut. Keropok yang sedap adalah dari isi ikan yang banyak dan sedikit tepung sagu.

Keropok lekor mestilah diuli dengan cara memanjang, keropok akan dimasukkan ke dalam periuk yang berisi air panas menggelegak.

Bila keropok dah timbul, itu andanya keropok sudah masak. Cara masaknya seperti masakan kuih gula melaka. Angkat dan toskan, terus boleh dimakan begitu sahaja.

Rombongan turut dijamu dengan keropok dan air teh. Ada yang memborong keropok dan sos di sini..Ada yang membeli sebagai bekalan dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur nanti. Terima kasih pengusaha. Kenyang kami anak beranak makan keropok.

Pasar Segar Kuala Kemaman

Tidak jauh dari Keropok Cap Intan, kami dibawa pula ke Pasar Segar Kuala Kemaman. Pasar yang dibuka setiap hari bermula jam 3.00 petang. Segarnya hasil laut yang dibawa ke darat ni. Jauh beza dengan yang dijual di pasaraya tu. Geram tengok.

Kalaulah pasar ini dekat dengan rumah..memang disinilah MamaEma akan pergi. Di Kuala Lumpur, tempat yang biasa MamaEma pergi beli laut segar di Pantai Bagan Lalang. Itupun jarak dari rumah jauh juga, sebulan atau dua bulan tetap pergi sekali.

Geram nak beli semua ikan-ikan bila tengok kesegarannya. Lain kali bila datang bercuti ke Cherating, plan nak berBBQ di sinilah tempatnya nak cari ikan-ikan segar yer. Kalaulah balik KL hari yang sama sanggup pergi cari kotak putih bawa balik ikan-ikan segar ni.

Sangat beza rasanya makan ikan segar dengan ikan yang dijual pasaraya. Ikan segar ni bila dimasak, terasa kemanisan isinya. Ada juga blogger yang patah balik hari esoknya, semata-mata nak bawa balik ikan segar di sini. Tapi MamaEma tak patah balik sebab kejar masa nak ke Kuantan. Walaupun tak beli ikan segar di Pasar Kuala Kemaman, MamaEma bawa balik ikan segar dari Pasar Beserah..Kawan ada bagitahu MamaEma di sana pun ada ikan segar.. Sampai sana, tak banyak ikan yang ada…mungkin dah lewat sampai.

 

Tagged : / / / / / / / / /

Telematch Activities and Mini Explorace Games

Sambutan hari keluarga semestinya perlu ada aktiviti telematch atau sukaneka. Kalau tak ada rasa macam tak lengkap hari keluarga yang dianjurkan. Betul tak? Tak kisahlah telematch ini untuk kanak-kanak atau dewasa, sekadar untuk kemeriahan dan suka-suka. Boleh juga mengeratkan tali silaturahim antara satu sama lain. Lebih-lebih lagi dari keluarga yang berlainan, tetapi dari kumpulan yang sama.

Jika perancangan untuk team building atau berkursus di Legend Cherating, bolehlah join telematch yang disediakan. Ada pelbagai telemacth yang sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa. Macam aktiviti-aktiviti kami di hari keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari ni, cuaca panas terik tolak ke tepi.. yang penting semangat bekerjasama untuk menang dalam games..memang havoc giler.

Telematch for Kids

Kanak-kanak punya games pun banyak disediakan. Anak-anak keluarga KBBA9 ramai yang kecil-kecil comel. Bermain sekadar untuk suka-suka. Anak-anak punya telematch seperti isi air dalam botol, tarik bola dengan gelung dan tiup belon sampai pecah. Bukan anak-anak yang excited, mak-mak yang terlebih sakan… ada yang main tipu lagi… ini Kak Long punya kerja..terus tak dikira..hehehe.

Telematch for adults

Ada untuk kanak-kanak, semestinya ada untuk dewasa. Barulah lebih gempak. Anak-anak pula yang sokong parents kan.. Walhal, orang dewasa juga yang terlebih sorakan. Sorakan sebagai pemenang dan sorakan kerana kalah sama banyaklah. Games yang kami sempat main seperti lari dalam guni, tarik bola dengan gelung, boling kelapa dan lambung dadu.

Aduh, bila dikenang balik, memang kelakar sangat. Paling diingat yang buat lawak kakak blogger kita seorang ni, Kak Dy. Tak menahan tengok dia catwalk masa main games lari dalam guni. Orang lain lari, melompat.. Kak Dy rilek melenggang jer. Hahaha, Kak Dy..Kak Dy..memang lawaklah.

Semangat kesukanan tu tetap ada, dengan pelbagai gaya dan cara. Tahniah untuk korang… Korang memang best giler!!!

Sea Rafting

Salah satu games yang mana perlu kerjasama dan ketahanan diri gitu.. Kami dibahagi dengan tiga kumpulan iaitu Alpha, Bravo dan Charlie. MamaEma pernah juga menyertai sea rafting masa team-building yang dianjurkan oleh pejabat. Tapi masa tu, MamaEma seorang saja perempuan.. like as Princess lah.. semuanya dibuat oleh lelaki. Masa berakit dalam air laut pun, MamaEma hanya duduk di tengah rakit bagi semangat…tak rasa penat mendayung.

Sebelum mula, kami diajar oleh orang yang berpengalaman cara-cara mengikat tali rakit dengan betul dan selamat. Kali ini, MamaEma sendiri berpeluang mengikat tali rakit, meletakkan pelampung, mengangkat rakit ke laut malah mendayung rakit ke tempat mengambil bendera dan berpatah balik.. Fuuh, memang semangat “kiri..kiri..kanan..kanan”

Tapi sebelum mendayung rakit ke laut, kami diminta untuk berendam di laut bagi tenangkan diri supaya tidak panik dengan air laut.

Berpatah balik sampai ke darat, angkat rakit dan leraikan kembali tali, buluh dan pelampung. Masa ini, semua dalam kepenatan..hampir semua tidak bersuara. Tapi tangan laju bergerak buka segala ikatan. Di sinilah kita dapat memupuk semangat kerjasama. Korang semua memang terbaiklah.

 

Tagged : / / / / / / / / / /

Cherating Ada Kelip-Kelip @ Fireflies

Cherating ada kelip-kelip lah. Tak sabar nak tengok kelip-kelip buat kali pertama. Baru MamaEma tahu di Cherating ada tempat nak tengok kelip-kelip atau fireflies. Teruja tau. Nak tengok binatang halus ni, waktu malam lah yea..mana ada di waktu siang. Walau ada pun tak nampaklah kan..Eh, tak pasti lah ada ke tak waktu siang ni…hehehe.

Kredit Photo : Yanie Yusuf

Hafiz Cherating Activities

Hari pertama sampai di Legend Cherating, malamnya kami dibawa ke Hafiz’s Cherating Activities. Dari Legend Cherating ke tempat kehidupan kelip-kelip pun tak jauh, lebih kurang 10-15 minit sahaja perjalanan. Sampai di sana, kami terus diberi jaket keselamatan dan diberi penerangan tentang kehidupan kelip-kelip oleh Encik Hafiz selaku pemilik Hafiz’s Cherating Activities sendiri.

Selesai mendengar penerangan, kami dibawa ke bot untuk menyusuri Sungai Cherating. Dalam keadaan yang gelap, hanya dengar suara-suara cengkerik, enjin bot dan arus air sungai. Kami tidak dibenarkan sama sekali mengambil gambar dengan kamera, menggunakan handphone malah mengeluarkan apa-apa jenis cahaya sekali pun. Ini kerana ia akan menyebabkan gangguan kehidupan kelip-kelip.

Fireflies Habitat

Menyusuri air Sungai Cherating, mata melilau tengok di pokok-pokok paya bakau. Mananya kelip-kelip ni, tak nampak pun. Eh, tak sabar pula jadinya. Bot perlahan-lahan gerak, mata terus nampak ada cahaya cantik mengelip-ngelip kat pokok-pokok paya bakau. Teruja terus “eh, tu..tu, nampak cahaya” “atas..tu..atas” “eh, sana..atas pokok”  “jantan ke betina” “wah, cantiknya”. Jelas keterujaan masing-masing.

Ralit tengok cahaya, kelip-kelip tu terbang ke arah bot kami. Masa ni, masing-masing semua hulur tangan, angkat tangan nak dapatkan kelip-kelip. Ada tangan yang nampak mudah kelip-kelip ni bertapak, ada yang langsung tak dapat… Kelakar pun ada masa ni. MamaEma masa hulur tangan langsung tak dapat, alih-alih dah tak kuasa nak angkat tangan, tapi ada seekor yang bertapak di bingkai cermin mata. Tengok, tak perlu bersusah payah pun…hahaha. Mak aii, memang kecil dan halus binatang ni.

Hebat tak hebat Encik Hafiz ni, cara dia memanggil kelip-kelip terbang ke arah kami hanya dengan menggunakan suluhan torch light dan suara. Setakat hari ini, hanya Encik Hafiz sahaja yang berjaya memanggil kelip-kelip. Encik Hafiz pernah mengajar pekerja-pekerja buat perkara sama, tapi malangnya semua tidak berjaya. Serasi kan kelip-kelip dengan Encik Hafiz ni.

Boat kami lah paling havoc malam tu.

Kredit Photo : Aznan

Sedikit perkongsian tentang kehidupan kelip-kelip. Kelip-kelip ini ada jantan ada betina. Yang jantan cahaya kelipan besar, manakala betina cahaya kelipan nya kecil. Tapi bila tengok sekali imbas, memang susah nak bezakan. Kelip-kelip memancarkan cahayanya adalah untuk mengawan, berkomunikasi dan sebagai isyarat bahaya. Baunya pula seakan-akan bau binatang kesin.

Hampir 1 jam juga menyusuri Sungai Cherating ni. Pengalaman yang best dan sama sekali tidak akan dilupakan. InshaAllah akan kembali ke sini lagi, untuk melihat kehidupan binatang halus ni. Yang mana nak merasai pengalaman seperti MamaEma, bolehlah hubungi:

Hafiz’s Cherating Activities

7/1156, Kampung Budaya Cherating

26080 Kuantan, Pahang

Contact: 017-978 9256 / 017-940 6898

Email: kohafiz@gmail.com

 

 

 

 

Tagged : / / / / / / / / /

Capai Impian Dengan Kelab Blogger Ben Ashaari, Kembara KBBA9 Ke Luar Negara

Kelab Blogger Ben Ashaari Capai Impian Mereka

Wah, untungnya mereka. Seronoknya mereka…pergi bercuti ke luar negara atas tiket blogger dan semuanya ditanggung. Bukan calang-calang negara, ke Australia lagi. Tahniah untuk mereka. Dan tahniah untuk Ben Ashaari selaku founder KBBA9 sendiri. Jeles tengok mereka happy-happy di sana. Hari ini turn  mereka, esok-esok ada rezeki untuk yang lain merasainya juga.

Projek Kembara KBBA9

Projek Kembara KBBA9 kali ini ditaja oleh Ayden Averroes Travel.  Agensi yang sangat dipercayai dan menyediakan pakej yang giler murah untuk korang pergi bercuti. Aku sendiri dah aim pakej ke Bali. Kadang-kadang nak pilih pakej-pakej yang murah, aku takut. Takut kena tipu. Aku ada baca review mereka yang tertipu dengan agensi yang tawarkan pakej percutian murah ni. Hari nak berlepas, tak nampak batang hidung pihak agensi. Tapi dengan Ayden Averroes Travel jangan risau dan memang terjamin sangatlah. Semua bagi review terbaik. Boleh skodeng di facebook Ayden Averroes Travel atau Pakej Murah Murah Kak Joyah.

Tengok percutian blogger Ujang dan Daus selama 5H4M di Australia, terus tak jadi ke Bali, nak pergi Australia lah.  Korang doa-doa kat aku untuk capai impian aku ke luar negara juga. Aku ada minta dengan ujang bawa balik seekor kangaroo. katanya ada bawa balik, tapi tak tahu masih hidup ke tak lagi tu.

 

 

Ada shopping untuk akak tak ni?

 

Okey laa..okey lah.. lagi banyak aku letak gambar lagi buat hati memberontak nak pergi juga. Cukup-cukuplah layan gambar dan video kat facebook korang erkh. Lepas ni, team lain ke Korea pula..ceewah, akan jumpa Lim Min Ho ke? Siapa Lim Min Hoo ni, aku sendiri tak kenal. tapi kalau tanya anak, mesti dia tahu…peminta Korea budak tu.

 

Tagged : / / /

Wan Izhar Abu Bakar, Jurugambar Photoshoot Raya KBBA9 Kacak Orangnya

Assalamualaikum.

Photoshoot Raya KBBA9 2017 Meriah

Alhamdulillah, selesai dengan jayanya Photoshoot Raya KBBA9 tahun ini. Meriah sakan. Dah macam sambut hari raya. Terima kasih kepada Bro Ben Ashaari selaku founder Kelab Blogger Ben Ashaari sendiri yang telah berjaya berkolaborasi dengan jurugambar professional Wan Izhar Abu Bakar. Teruja dan tak sabar nak tengok hasil bidikan Wan Izhar nanti. That day, I perasan jadi model tau. Yealah, jurugambar pro tu yang ambil. Orangnya pun kacak dan sweet sweet gula gitu.

 

 

Muzium Warisan Melayu, UPM Lokasi Photoshoot

Ikut dalam perancangan, perlu ada di lokasi seawal jam 7.00 pagi. Jam 8.00 pagi dah perlu mula shoot. Memandangkan cuaca pada hari itu baru lepas hujan, photoshoot drop ke jam 11.00 pagi. Tabik pada jurugambar Wan Izhar yang tiba seperti dijanjikan dan sabar menunggu blogger-blogger yang tengah bersiap. Lokasi photoshoot di Muzium Warisan Melayu, UPM ini sangat menarik dan sesuai untuk shoot ala-ala kampung dengan design rumah-rumah kampung. Suasana memang seakan-akan berada di kampung. Tetiba tak sabar nak raya. eh.

 

Model-Model Dari Anak Buah Ben Ashaari

Siapa sangka dari blogger menjadi model pula kan. Ramai anak buah Ben Ashaari yang berbakat jadi model ni. Bila  semua blogger dah siap make-up, satu perkara yang ramai tertanya-tanya adalah untuk mengenal blogger. Ini siapa? Itu siapa? Hahaha, ramai orang tak kenal dan tak cam. Lain terus muka, selepas di make over oleh MUA masing-masing. Yang mana blogger berkaca mata pun dah tak kenal langsung. Semua hilang mana cermin matanya.

Kredit pada Cik Ein. Eh, betul ke ejaan ni. Aktiviti menunggu blogger lain tengah bersiap. Yang MamaEma kenal dan ingat kat dalam gambar ni di depan Cik Ein, Ayu Jean, Kechik, Mas dan Nad. Yang sebelah kanan MamaEma dan pegang anak MamaEma tak perasan. Maaf sangat-sangat. Nak tanya nama pun dah lupa hari tu.

Tidak Mudah Kerja Seorang Jurugambar

Bukan mudah tugas seorang jurugambar. Nak dapatkan shoot yang terbaik, tahap kesabaran tinggi perlu ada. Walaupun mudah untuk petik pada kamera, tapi bukan mudah untuk setting kamera dan bermain dengan cuaca yang sentiasa berubah. Nak arahkan blogger posing pun satu hal juga. Segan, tak reti, kaku semuanya ada bila dah berdepan dengan seorang jurugambar yang professional ini. Malu-malu kucing lah kami ni. Malu tapi mahu gituu..

 

 

 

 

Tak sabar sangat tengok hasil shooting photoshoot raya ni. Meletup kebaboom lah semuanya. Eh, pasal siapakah yang sponsor MUA MamaEma hari tu, nanti MamaEma share yer. Kita story photographer kacak ni dulu. Tak rugi ambil khidmat beliau, dia pandai ambil hati untuk kita nampak cantik walaupun kita sedar kita ni taklah cantik sangat pun. Cuma kita perasan cantik jer..Eh.

 

ODS Studio ( Photography & Design Studio )

Wan Izhar Abu Bakar ( Creative Director )

Alamat : E-2-2A Block E , Jalan PJU 1A/20G , Dataran Ara Damansara , Ara Damansara , 47301 Petaling Jaya

Phone : 03-78317660

Email : the.oneizhar@gmail.com

Website : https://odsstudio.com

Facebook : Wan Izhar Abu Bakar

Instagram : @wanizhar

 

 

 

 

Tagged : / / / / /

Bangi Wonderland Themepark Apa Yang Best Sangat Kat Sini?

Apa yang best sangat kat sini? Semalam mamaema sekeluarga bersama family team KBBA9 pergi ke Bangi Wonderland Themepark. Janji berkumpul depan pintu masuk jam 9.30 pagi. Mamaema gerak dari Sungai Besi jam 8:00 pagi. Gerak awal, singgah kedai. breakfast dulu. Lebih baik makan dulu untuk alas perut. Lepas main air nanti konpem kebulur. Lagipun mana-mana themepark pun, makanan di luar tak boleh dibawa masuk. Tapi jangan risau, ada cafe dan gerai jualan kat dalam sana. Cuaca pun cerah pagi tu, seronok sangat nak mandi manda.

Bangi Wonderland Theme Park.

Bagi mamaema, harga tiket yang dikenakan berbaloi dengan apa yang bakal korang alami bila masuk ke Bangi Wonderland Themepark ini. Jika korang nak dapatkan harga diskaun rajin-rajinlah pergi ke web 11 street dan groupon yer. Di sana boleh dapat special price. Mamaema pun baru tahu. Bila beli tiket online, tak perlu beratur panjang untuk dapatkan pass masuk. Ada kaunter khas. Dah jimat masa dan tenaga. Merasa juga beratur panjang beli tiket. Tapi kakak Azwa yang rajin nak beratur. Sampai di kaunter, barulah mamaema pergi. Budak-budak kan, dia excited nak buat.

Bangi Wonderland Themepark dibuka pada jam 10:00 pagi hingga 6:00 petang. Dibuka setiap hari dan hari Selasa tutup kecuali hari selasa cuti sekolah atau cuti umum. Itupun rasa macam tak cukup masa. Duduk dalam tu, tengok-tengok jam, dah pukul 1. Main air mandi manda, intai-intai anak, tengok jam dah pukul 3. Tak sedar masa berlalu cepat. Tengok kat map, banyak tempat untuk teroka. Ada juga tempat yang mamaema tak sempat nak pergi, sebab bergilir dengan Mr Ery jaga Ayra Sufia. Itu tandanya, kena pergi lagi.

Pelbagai Kemudahan Disediakan.

Pelbagai kemudahan disediakan. Yang ini mamaema suka sangat pergi themepark bila disediakan kemudahan seperti surau yang selesa, bilik persalinan, loker keselamatan, dewan, tandas yang bersih dan yang paling suka sekali ada bilik penyusuan. Penting bagi mamaema ada bilik penyusuan, tak adalah nak masuk surau dengan baju basah untuk bagi susu kan.

Bilik penyusuan atau baby changing room berdepan dengan surau. Okey sangat ada privacy room ni. Siap ada kipas lagi. Dua tiga kali juga mamaema keluar masuk bilik ini nak bagi Ayra Sufia susu.

Tengah scan gelang untuk loker keselamatan. Mamaema sewa loker keselamatan untuk simpan barang berharga seperti dompet dan handphone. Bayaran untuk sewa loker RM10 plus deposit RM15. Selepas pulangkan gelang getah, duit deposit dikembalikan.

Untuk dapatkan loker keselamatan ada kaunter di depan bilik persalinan.

Belum cecah kaki ke kolam, dah teruja nak mandi bila tengok board. Have fun with exciting slides.

Ada hall terbuka di depan kolam anak-anak atau ‘kids adventure’ ni. Senanglah nak pantau anak-anak mandi sambil berteduh di bawah hall berbumbung. Tapi perlu datang awallah untuk dapatkan tempatnya. Sekejap dah penuh.

Yang nilah paling ditunggu-tunggu anak-anak..Eh, mak bapak anak pun sama juga. Berhimpun ramai-ramai tunggu baldi air terbalik. Siapa yang lalu pun boleh tak sedar air turun mengejut.

Mamaema bagi anak-anak bebas main di kids adventure, tapi tetap berpesan kena berhati-hati dan sekali sekala tetap pantau di mana anak-anak bermain. Setiap kolam, ada lifeguard yang akan memerhati.


Dulu, Abang Aqeel takut nak mandi kolam. Sekarang dah berani pergi mandi seorang. Dah berani menyelam bagai. Dah berani turun slide sendirian. Ni turn Ayra Sufia pula, takut air. Letak dalam kolam, menangis terus.

Terpaksalah kena dukung Ayra Sufia ni. Kita bersila dalam kolam pun, dia rela duduk atas riba.

Ini namanya water cannon. 

Macam meriam, kita jadi pelurunya. Kena tembak dengan air, meluncur terbang tinggi jatuh ke kolam. Kakak nak main yang ni, tapi mamaema tak kasi. Tak sesuai untuk kakak.

Kolam ombak buatan ni tak sempat mamaema nak pergi. Anak-anak dan Mr Ery yang sempat pergi.

Bersimpang siur dengan slides.

Slides Kegemaran

Mamaema suruh kakak naik slides yang warna warni. Kena beratur di bawah khemah ikut turn. Bila mamaema pergi tengok kakak, sekali tak nampak pun kakak beratur. Puas mencari, rupanya dia dah duduk atas. Nak turun slide yang menjunam, sebab dia tak bawa pelampung atau pelapik biru. Terus mamaema menjerit nama dari bawah, suruh turun dulu.

Sedih muka kakak. Hahaha, berani betul dia nak main slides tu. Mamaema pun cakaplah naik slides warna warni tu. okey sikit dengan kakak. Dia tak tahu pun kena beratur di khemah tu. Memang ramai pun orang beratur nak naik slides warna warni. Sekali ada pakcik makcik tanya “eh dik, kenapa turun balik”. Mama tak kasi naik, katanya. “mama tak kasi naik yang slide purple tu, bukan yang slides warna warni”. Baik hatinya pakcik dan makcik tu bagi pinjam pelampung 8 untuk kakak. Excited sangat dia,  angkat sorang-sorang.

Menyengihlah dia dapat turun slide juga akhirnya. Yang ni kena turun 2 orang. Mamaema pun kena join sekalilah. Slide yang pakai pelampung 8 ni tak ramai orang yang nak naik. Mungkin tak adventure pun.hehehe. tapi bila sekali dah turun, mamaema yang menjerit..kakak cool je.

Merasa 2 kali naik, pakcik dan makcik tu yang suruh. Naik lagi sekali. Slide yang warna kuning hijau ni yang kami naik pakai pelampung 8 dari pakcik dan makcik tu. Terima kasih untuk mereka. Kakak pula sambung dengan slides warna warni, sanggup dia beratur.

Yang ni pun best main walaupun rasa nak luruh jantung. hahaha.  Diajak oleh umminani untuk join sekali. Yang ni perlu 4 orang sekali. Giler gementar takutnya. Mana pernah mamaema naik benda-benda extreme macam ni. Sekali cuba memang cuak, tapi bila beberapa kali naik, syok habis. Itu orang cakaplah, mamaema naik sekali jer pun.

Teruja.

Tengok video yang diambil kak bonda. Terima kasih kak bonda. Siapakah yang paling kuat menjerit erkh? Hehehehe. Bella eh. Oppss, terlepas sudah.

 
Walaupun dah breakfast makanan berat, tetap lapar selepas bermain air. Makanan tengahari boleh didapati di Chillax Cafe. Ada set combo dengan bayaran RM12.

Lena Ayra Sufia tidur. Selesa sangat tempat untuk berteduh di hall terbuka. Taklah panas sepertimana orang cakap. Merasai sendiri baru tahu.

Kemudahan Terbaik

Bab parking pun jangan risau. Walaupun lot parking penuh, di luar pun ada ruang untuk park kereta. Sebab itu lebih baik datang awal, dapat park kereta dalam bangunan.

Mamaema sekeluarga dah sampai di Bangi Wonderland Thempark. Korang yang belum lagi, rugi tak datang. Memang best wooo. Mamaema pasti akan datang lagi, sebab tak habis teroka tempat-tempat permainan kat dalam ni. Ada 16 slides semuanya.

Bangi Wonderland Themepark & Resort

Bangi Avenue Water Theme Park, Jalan 1, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia Kajang 43000

Website : http://www.bangiwonderland.com.my/

Facebook : bangiwonderlandwaterpark

IG : officialbangiwonderland/

Tagged : / / / / / / /