Dinner BBQ @ Duta Village, Kuantan

Salam Semua!!!

Reunion PSDC

Entry-entry sebelum ini u all dah tahu pasal Reunion PSDC DTE 1999-2002/03 telah berjaya dilaksanakan walaupun ianya pertama kali dianjurkan dan tiada sebarang kekurangan pun..memang marveles kerja diaorang..

Thanks a lot!!!!

So, bila petang dah berphoto di tepi pantai, malamnya we all ada dinner BBQ.

Sponsor by Ely dan Padil untuk cabutan bertuah…Tahniah pada Zul dan Hamdi yang bertuah pada malam itu dan kebetulan mereka berdua adalah orang kuat untuk menjayakan reunion yang pertama ini…

Inilah tuan yang sponsor dua hamper di atas..Happy bila Ely dan Yati dapat hadirkan diri bersama untuk meraikan reunion ini biarpun datang untuk malam itu sahaja… proud tu yati kerana sanggup datang sorang-sorang dari Chenor waktu malam-malam.

Majlis dimulakan dengan doa yang dibaca oleh Hamdi

Apa perbezaan ketara selepas 10 tahun?

Kusyuk Aziah, tengok gambar yang diedit oleh ema

Tak akan habis ceritanya

Anak-anak yang baru berkenalan..yang paling hujung itu kenapa?

Meja kaum lelaki..lelaki pun boleh tahan juga gosipnya…

Anak-anak pun buat hal masing-masing..tak mengacau ayah dan ibu berbual..

 Setiap keluarga tidak pulang dengan tangan kosong…TERBAIK

Tak bermakna jika tiada photo bersama-sama teman dan keluarga..time tu enjoy

Adakah anak-anak kita akan belajar di satu tempat yang sama satu hari nanti?

Menghabiskan masa yang ada sebelum masing-masing pulang ke rumah dan bilik

Makanan pun sedap…penginapan pun ok.

Masuk bilik tidur keletihan….

notajari : petang ini gerak ke Kuala Terengganu..siapa yang tinggal di KT tue?

Tagged : / /

After 10 years..we meet each others….

As Salam

Kenangan bersama kawan-kawan masa sama-sama belajar dalam jurusan Diploma Teknologi Elektronik (DTE)

After 10 years.. and 1st December 2012 we meet each others..

Walaupun tidak semua yang dapat join…but we all happening….and enjoying.

With Wafa from Bintulu, Sarawak… orang yang paling jauh datang untuk meriahkan reunion ini..thanks atas support yang diberi..sudah berkahwin tapi belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata…INSYAALLAH ema doakan untuk wafa sekeluarga

 

Wafa and Aziah…we all call aziah “Mrs kalut”..jangan marah yer zie….ada aziah..memang meriah.

Kak Anum..kak anum pun blogger tau…from Johor

Syarina….thanks a lot atas kerja keras menjayakan 1st reunion kali ini…

Nor yang still maintain…anak dah besar-besar..semuanya hero-hero

Chit chat sambil makan keropok lekor..terbaik punya servis dari zul..

Anak-anak dibiarkan main pasir…seronoklah mereka…

Bila hampir 10 tahun tak jumpa..macam-macam story akan keluar…malah cerita kenangan pahit dan manis sama-sama study dulu pun ada….memang kelakar habis..

Next, gedik time…adatlah perempuankan…

Paling berterima kasih pada Zul (berbaju putih) dan Hamdi (berbaju hijau) kerana tanpa mereka reunion ini tak akan menjadi….U All the best!!!memang syok habis..tunggu malam BBQ punya entry… kredit picture : Wafa
Tagged : / /

kembali ke zaman student

hahahaha..kalau dikenang2kan memang banyak peristiwa gumbira, sedih, pahit, masam, masin….dan segalanya…

mari-mari sini….tengok gambar masa saya muda2 dulu ni (sekarang pun still muda lagi tau) isshhh..tak nak mengaku lagi..umur dah nak masuk angka 3…..hehehe….biasalah namanya perempuan kan….

gambar-gambar ini semasa kat kolej…nanti saya buat entri semasa sekolah pula..banyak bezanya…. sebelum tu terima kasih kat wafa kerana sanggup scan dan upload gambar2 ni kat fb… dulu mana ada kamera digital lagiii…..

hah, yang mana satu saya erkh??….alaaa…yang tu..yang barisan no. 2..ke 2 belakang..yang pakai baju kuning tu…tudung pun entah apa2…tak kena langsung…. time ni kursus BTN kat Maran. diaorang cakap time ni saya kena sengat kat lebah. gara2 terlebih pakai minyak wangi manis perisa strawberry. tapi saya pun dah lupa..ahaks….

still lagi kat BTN…4 dara pingitan..itu dulu ler…sekarang 3 mama…dan sorang still lagi belum ada rezekinya…InsyaAllah wafa yer….. kami doakan…. korang pun doakan sekali yer….

undilah kami!!..undilah kami!!!

kalau tak undi kami…anda menyesal….hehehe…saja gempak…

ini masa pilihanraya wakil pelajar… perang poster…

malu sey, kena ucap kat depan2 student…

akhirnya saya yang terkandas…. tapi pengalaman yang bermakna…semua sporting2 giler….

kami juara Nasyid Perempuan…siap ada bungkusan mayat lagi kat depan..entah siapa punya bantal peluk tu…

kelakar sungguh time ni…ada suara latar..tetiba masing2 semua terkejut dengar suara latar…ma robbuka…. tak tahan nak gelak rasanya… terlampau kuat…tapi bestlah ko wan….

mak aiii, saya yang paling tinggi tue….

time ni lepak kat Megamall..selepas berhempas pulas menjawab final exam…. semua slim2 saja kan….

dan akhirnya kami semua berjaya menggulung sekeping diploma. konvo kat UTM Johor.

Tagged : / /