Koleksi Jubah Untuk Dijual

Koleksi jubah untuk dijual. Inilah koleksi jubah yang ema jual ye. Banyak rintangan nak buat jubah ni. Macam tahun lepas walaupun tak keluar modal tapi tanggung rugi beribu akibat kena tipu dengan mereka ni. Terduduklah masa tu.

Yang ni, first time pergi cari kain sendiri untuk dijadikan jubah. cuma jahitlah upah orang. ema ni tak reti nak menjahit. kalau reti dah jahit sendiri. Tapi puas hati sangat jahitan jubah ni. Jahitannya sangat kemaslah.

Selain jual online, ada buka booth di depan Econjaya, Bandar Jerteh. Kongsi booth dengan sepupu. Adik yang tolong jagakan booth. Tak sabar nak balik raya, nak merasa niaga di booth.

Jubah 3

Koleksi jubah yang baru siap dijahit. Plastik pun belum sempat beli lagi.

Jubah 2

Nak upah model belum cukup modal. Nasib ada modal patung ni dulu..hehehe. Jubah ni wudhuk friendly. Ada zip dua-dua tangan. Paling suka, zip untuk mommy breastfeeding ni.. zipnya panjang dan tahan lasak. Jenis kain moss crepe, gosok pun mudah dan tak perlu ion beria-ia.

IMG20160509212507

Jubah Emarieys 12

Jubah Emarieys 10

IMG20160509212120

Jubah Emarieys 09

Jubah Emarieys 06

IMG_20160509_205520

Jubah Emarieys 15

Pelbagai warna ada. Purple, Pink, Hitam, Merah, Cream, Hijau (ke arah biru). dan belah tepi kiri kanan ada letak pelbagai warna.. contohnya ada yang hitam + merah, hitam+purple, pink+purple, cream+purple dan lain-lain lagi.

Dan yang ni jenis kain Valentino Satin. Idea design dari my mom sendiri.

Jubah Emarieys 02

Nasib baik ada adik yang nak jadi model tak berbayar kejap…hehehe

Jubah Emarieys 04

Jubah Emarieys 17

Jubah-jubah yang ema jahit dari saiz 34 – 42 sahaja. Boleh tengok chart ukuran di bawah ni.

Jubah 1

Siapa yang berminat nak dapatkan koleksi jubah boleh whatsapp ema 019-2496678. Harga ema jual di booth RM 129. Nak dapatkan harga special dari ema. Whatsapp saja. Terima kasih.

Tagged : / / / / / /

Family Raya 2015

 Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

artis beraya10

Macam mana raya korang? Layan kat facebook macam-macam fesyen dan tema warnanya. Aku tak nak kongsi kat fb, nak kongsi kat blog je. Tema pilihan kaler purple gelap. Inipun last minute cari. Mr.ery plan nak pakai jubah tapi aku yang suruh beli sepasang baju melayu biar sama dengan anak teruna. Nak sedondon bukannya selalu, setahun sekali je. Baju jubah kakak dan ayra aku beli online. Yang jadi kaler purple sebab baju jubah untuk Ayra warna biru pink tak ada. Aku punya baju, MIL yang jahitkan, nak pakai raya kedua terpaksa pakai raya pertama.

Moody Di Hari Raya

Kalau korang perasan, aku punya gambar raya langsung tak bermaya. Memang tak ada mood nak raya pun. Seminggu sebelum raya aku kena tipu hampir 4 ribu oleh seller online. Terpaksa aku refund duit pembeli. Dalam pada aku wujudkan group whatsapp untuk refund, ada juga yang mengambil kesempatan. Dugaan di bulan puasa tapi aku belajar dari kesilapan.

artis beraya02

Raya kali ini bermakna bagi kami tiga beradik sebab ada abah beraya sekali. Aku pun tak tahu apa yang sedih sangat abah masa ni. Mungkin gembira tengok kami berkumpul. Kebiasaannya aku dan adik-adik akan pergi rumah abah selepas sembahyang raya. Tapi abah yang suruh kami tunggu saja kat rumah mom. Abah dan mom dah lama berpisah, abah dah kahwin lain mom pun dah kahwin lain.. abah masih ada isteri cuma mom ibu tunggal selepas bapa tiri meninggal hari raya haji tahun lepas.

artis beraya06Masih berair lagi mata abah menahan sebak. dalam sedih ada gembira.

raya kelantan

Nampak aku lebih tua dari mom..huawaaa nak nangess.

artis beraya17

Juadah pagi raya pertama mom buat nasi impit dan tempah roti jala. Yang menolong mom adik perempuan bongsu aku. Tahun ini aku lepas tangan sebab malam raya baru sampai Kelantan.

artis beraya13

artis beraya20

Jubah Ayra ni dah tak boleh pakai walhal size 6 bulan ke atas dah aku ambil. Bila pakai dah macam balut nangka. Nasiblah kainnya jenis memeri.

Bersalam-salaman minta maaf tak sampai sejam gaduh balik dua beradik ni. Baru teringat duit raya untuk anak-anak tak bagi pun lagi. Tak bagi pun tak apa. Kakak Azwa klim nak kasut roda sebab puasa penuh. Yang abang tak kisah pun sebab memang langsung tak berpuasa.

artis beraya18

Orang bising bergambar sana sini, si kecik Ayra sedap jer tidurnya. Inilah kami satu keluarga Anak Menantu dan Cucu.

Tagged : / / / / / / / / / /