Suasana riang di hari raya | Acara bermaafan yang melucukan….

Orang yang buat lucu time salam adalah si Aqeel Syafiq.

Sebab Aqeel buat muka selamba bila bersalam dengan mamatok dan ayahtok.

Buat muka 10 sen tu..memang kelakar saat-saat itu.

suasana hari raya

Tengoklah aksi badan dia bila ayahtok minta kiss

Salam dengan mamatok..hulur tangan jer..bila cakap..adik, cakap selamat hari raya..dia sengih je

Sampul duit tahu pula dia ambil

Aqeel oh Aqeel

“Selamat Hari Raya, Ma..minta maaf minta ampun”

Yang ini iklan raya SSPN tu..si bapak tanya ” aii, maknya saja”

Sempat lagi tu toleh kamera

Pesanan apakah itu?

Si angah dan si adik

Cucu pertama

Cucu kedua

Cucu ke-4

Cucu ke-5

Rayakan nak hepi-hepi….

Tagged : /

Menjelang Raya dan Pagi Raya 2011

Malam Raya (29/08/2011)

~ Sibuk kat dapur tolong mom siapkan masakan untuk pagi raya. Kemas rumah. Alih sofa, meja, rak tv dan sebagainya. 2 orang menantu (mr. ery dan pok die) bersihkan ruang legar depan rumah yang diperintah oleh bapak tiri. habis di clearkan barang-barang termasuklah benda yang patut saya pakai hari raya nanti. eeeiii..geram bila diingati…punyalah sibuk kat dapur..langsung tak dengar takbir raya malam tu.. “ma, kita ni beraya ke esok?..tak dengar takbir raya pun” .. surau kat depan tak bertakbir ke?. sebelum tidur gosok semua pakaian raya tak mahu kelam ribut di pagi raya.

Raya Pertama (30/08/2011)

~ Siapkan anak-anak dan uruskan makanan kat dapur.. sembahyang raya kat surau seberang jalan saja… itupun hanya orang lelaki yang pergi…saya tak berkesempatan nak pergi…huhuhu…

~ Setiap kali hari raya, mom akan buat nasi dagang, itik ghutuk, kari udang, acar timun, telur rebus, dan nasi impit bersama kuah kacang dengan isi ayam… nasi dagang mom memang tak dapat ditandingi. sedap wooo makan dengan itik tu… rugi betul mr. ery tak makan itik….

~ Aqeel mahu makan nasi impit sendiri…terus saya letak tisu kat baju melayunya..kan belum sempat beraya baju dah kotor..tak suka la… kalau letak apron apa yang dikata oleh Tukang Karut ni hanya sesuai untuk orang yang badan besar saja tau…hehehe….

~ Aqeel dah pandai gaduh-gaduh dengan ayahsunya…. gaduhlah dulu yea..kejap lagi nak bermaaf-maafan pula.

~ Ini adik saya yang ketiga (bongsu)…kami panggil dia ‘kak’..bongsu antara kami tiga beradik dengan bapa yang sama…masih muda lagi.. jodohnya cepat sangat ni…

~ Inilah adik saya nombor dua..kami panggil ‘angah’… dan paling garang antara kami tiga beradik…saya yang sulung pun mengalah dengan dia ni…

~ Segarang-garang dia pun, mestilah kena hormat dan minta maaf dengan kakak yang sulungkan…hehehe…. sorry yer duit raya tak ada…

~ Minta maaf banyak-banyak tau… walaupun masih muda tapi sebab dah kahwin tak dapat duit raya juga….kasi kat anak saja…

~ Kan dah cakap temanya mahu kuning…tapi tak dapat nak sedondon juga…aqeel punya terus tersasar kaler baju melayu…kita hanya merancang…. hijau dengan kuning tak jauh bezanyakan…

~ Inilah keluarga mom dan bapa tiri…ayahsu tu adik tiri sayalah… dapatlah juga mom saya nak anak lelaki… saya anak-beranak tak ready sebab aqeel marah kat kakak dia yang nak ambil beg kat tangan tu…beg tulah aqeel isikan sampul duit rayanya.

~ Masa ambil gambar ni..aqeel pula lari… takut orang lain nak ambil duit rayanya…

~ Serba oren mom sekeluarga tahun ini..
Tagged : / / /

persiapan raya

Meriah sungguh kalau nak sambut raya erkh… semua orang bergumbira. persiapan kali ini bukan persiapan raya kat rumah tapi persiapan raya untuk opis. inilah kali pertama diadakan secara besar-besaran sejak bertukar2 KP ni. maybe bila dah ketuanya perempuan maka ginilah hendaknya… apa yang penting kerjasama.

Persiapan hari Raya.

kebetulan pada hari persiapan raya ni, berlaku blackout. so kerja di opis dah tergendala. makanya bersepakat ramai-ramai bekerjasama menyiapkan segala hiasan bagai. last2 minit pun sempat lagi pergi beli bahan-bahan yang tidak cukup. aku dengan k.is lah yang rajin sangat pergi beli bahan2 tu. kitaorang zass ke chow kit kejap.
apa pulak mata aku ni katup. bukan ngantuk erkh. orang yang amik gambar ni time mata aku kelip tau. bukan main besar ketupat hias ni. tapi bukan aku yang jalinkan. itu hasil tangan member2 opis aku.

rajin sungguh diaorang ini semua. masing-masing pandai-pandai buat kerja itu dan ini tanpa di suruh. bukan tahu mengarah macam sesetengah orang tue.

 

excited sungguh diorang ni bila bergambar. memasing memang giler kamera gitu. tapi bila bab kerja yang disuruh memang dibuatnya. bukan kat gambar ni jea diaorang ni tunjuk buat kerja. betul tak kekawan semua??

sebahagian hiasan yang digantung. ini hasil kerja iffah, naza, jureemi dan kak nor.

hiasan sepenuhnya akan aku update the next entry yea…sayonara…
Tagged : / /

raya kat rumah – Part 2

kita lupakan entri pasal makan2 mood raya dulu. kita sambung entri makan2 sempena sambut hari lahir. sebelah petangnya ada buat sedikit majlis tiup lilin dan potong kek. menyambut hari kelahiran dari bulan 8, 9 dan 10. bulan 8 aqeel, bulan 9 amsyar dan bulan 10 sepatutnya airil..tapi dah tertulis nama tok bah (bapa mertua) pula kat kek tue. asalnya nak sambut birthday untuk budak2 kecik terus dah menjadi untuk orang dewasa sekali. makanya yang tertinggal nama adalah nama airil ngan nama akulah. aku pun lahir bulan 10 jugak..hehehe….

Birthday Boys

Ejaan nama aqeel syafiq dah jadi macam akhil hail pulak… tak apa janji sebutannya samakan…

inilah budak2 yang sambut birthday tue termasuklah datuk budak2 nie…bermula sebelah kiri tue bapak mertuaku, amsyar, ayin, asma, airil, aqeel dan aku.

dah get ready semua mak2 budak nie ini siapa yang excited nak tiup lilinnya… budak2 atau mak2 budak

konpem mak2 budak yang excited sesangat…asma (adik ipar aku yang pertama) amsyar ( anak buah yang bongsu tika ini) dan ayin (isteri kepada adik iparku yang kedua)

budak demam tak mahu pakai topi besday… muka masam saja..jeng..jeng…jeng… hafis (adik iparku yang kedua)..nak buat show… tunggu….

hah, inilah shownya. habis sepah2 segala cebisan2 reben kat atas karpet malah kat dalam pinggan yang aku tengah makan ni pun ada…

barulah ada sekeping gambar mr. ery dengan anak kesayangannya…tak malu pulak aqeel nie bermanja2 ngan mak tehnya. mahu makan kek.

selalu susah sangat dia dengan orang luar. dengan tok ma ngan tok bah nya pun susah nak dekat. tapi ngan maktehnya eloklah pulak. sebab maktehnya ada makanan. kalau tak, mesti tak mahu kot…

aqeel terliur nak makan buah kat dalam mulut aku ni. aqeel tak boleh makan ni sebab masih lagi demam.

Tagged : / / /