Anniversary 11 Tahun

Anniversary yang ke-11. Sempoi sambut anniversary tahun ini. Masing-masing pakai t-shirt dengan muka kusut masai badan berlengah tak mandi lagi.. nak buat camana baru sampai dari KL.  Terima kasih cikngah dan ciksu beli kek untuk kaklong dia. anniversary

Potong kek sambil berdukung Ayra yang tengah teriak siap teresak-esak. celik mata bunyi bising memang terkejutlah dia. Mula dah kenal orang. dah tak mahu dengan orang. terpaksalah mamanya yang kena dukung dan pujuk. habis kena spray dengan anak-anak buah.

anniversary2Kek surprise dari adik.

kek anniversary copyBBQ

Siap ada bbq bagai. kan beruntung orang tinggal jauh. tak dapat balik raya haji baru-baru ni, demi adik yang buat kenduri doa selamat, dapat juga balik.

Tengah lapar sangat ni. Ratah ikan berekor-ekor habis.

Terima kasih banyak cik ngah, ciksu dan my mom. pejam celik pejam celik dah 11 tahun berumahtangga dengan 3 cahaya mata.  Dia lah teme kekoh, teme gurau, teme ngaju, teme mujuk, itulah realiti di alam rumahtangga.

Tagged : / /

Kejutan Bulan Oktober

Assalamualaikum.

Holla..holla…baru nak timbul balik setelah tenggelam lama sangat. Bulan Oktober yang hampir ke penghujungnya sedangkan bulan oktober adalah bulan yang banyak peristiwanya untuk aku. Kejutan dari si suami yang kirimkan bunga dan teddy bear dua ekor sempena hari ulangtahun ke-10 pada 10.10.2014 (Jumaat). Hari Jumaat tu, aku masuk pejabat lambat sebab pergi singgah satu tempat dulu. Masa on the way ke pejabat, aku terima panggilan dari seseorang nak hantar satu kiriman, dia telefon nak confirmkan alamat pejabat. Aku cakaplah, boleh hantar saja lagipun ada orang di pejabat. Memang dalam otak pemikiran langsung tak terfikir kiriman apa, yang aku fikir hadiah contest mana pula kali ini. Sebab aku pernah terima kiriman dari fair & lovely yang aku masuk contest bulan puasa lepas sampai aku terlupa.

Surprise dari Suami

Bila sampai pejabat, kawan ada bagitahu ada special hadiah depan kaunter. Tak aku sangka hadiah sempena ulangtahun dari suami. wah, romantik juga laki aku ni yer. Maklumlah mana pernah dapat bunga lagi setiap tahun hari ulangtahun perkahwinan. Tahun ini yang istimewa, so dapatlah istimewa. Patutlah sebelum pergi kerja suami asyik tanya tak ada special hadiah ke hari ini?

present wedding anniversaryKembang kempis jugalah hidung aku bila dapat bunga. rakan opis ingatkan hari lahir aku siap ada yang wish happy birthday maklumlah hari lahir aku pun bulan 10. Bila dah dapat hadiah istimewa ini, aku mulalah tak senang duduk. Takkan suami je yang bagi hadiahnya, aku langsung tidakkan. Memang aku langsung tak ada plan apa-apa pun. Sebab nak sama rata, last minit aku google tempat untuk dinner yang istimewa. Bila aku jumpa restoran berputar atas menara KL tu, ya ampun mahalnya untuk satu kepala. Last-last aku jumpa satu tempat yang dalam bajet aku, terus aku call untuk booking. risau juga takut dah penuh sebab last minute sangat. Alhamdulillah, masih ada kekosongan.

Dinner at Flora Kafe Ampwalk

Di sinilah makan malam special kami sempena ulangtahun perkahwinan di Flora Kafe Ampwalk. Terima kasih team Flora Kafe. Tempat romantik, penuh dengan bunga-bunga. Elok juga, meja kami di luar, mudah untuk suami aku sedut asap. Aku ambil pakej RM 192.50 ada 5 jenis lauk pauk seperti asam pedas ikan, daging masak kicap, udang masak lemak, ayam goreng, sayur dan pencuci mulut bubur kacang serta air sirap termasuk kek coklat sekali. Banyak lauk tak habis, siap boleh tapau bawa balik. Kek pun makan sikit sebab dah kenyang sangat pun boleh bawa balik.

wedding anniversary at flora cafeLagi satu, pihak Flora Kafe ada photographer sendiri untuk snap gambar dan dipostkan di facebook mereka. Gambar-gambar ini pun dari facebook Flora Kafe.

wedding anniversary1

wedding anniversaryKek coklat mereka sediakan pun memang sedap. Masa buat tempahan diaorang akan tanya ada special apa-apa ke untuk dinner ini. sebab diaorang akan bagi kek coklat ini percuma saja.

wedding anniversary cakeSenang nak cari tempatnya. Lagipun aku pergi dengan motor. Anak-anak tumpang rumah pengasuh. Itupun agak susah nak tinggal kejap sebab suami kesian tak bawa anak-anak. Alhamdulillah, anak-anak dapat juga merasa makanan yang mama dan ayahnya makan, cuma tak join sekali saja. InshaALLAH lain kali akan bawa anak-anak pula ke sini. Ini alamatnya kalau korang nak merasa tempat romantik seperti kami juga.

 

Ground Floor,The AmpWalk 218, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur, Malaysia
012-2070166 / 03-2181 0986 (mel)

 

 

Selain makan malam romantis ini, ada hadiah lain lagi istimewa untuk suami aku sebenarnya.

Tagged : / / /

Sempena Anniversary, Couple Sejak Zaman Study.

Sempena Anniversary.

Tang mana nak mulakan dulu ni…nak kongsi rasa segan..tapi ada juga blogger yang nak tahu.. blogger anum memang dah tahu.. sebab belajar sama bidang dan tempat.

kenal dengan mr.ery masa sama-sama belajar di Kuantan, Pahang. ema masuk tahun 1999, mr.ery masuk tahun 2000..so, mr.ery ini my juniorlah..dan study dalam bidang yang sama..bidang teknologi elektronik..

Ulangtahun Perkahwinan.

ramai yang tak sangka kami bercouple sehingga mendirikan rumahtangga lebih-lebih lagi my lecturer…kawan-kawan sekelas ema pun ingat ema dan mr.ery ni dah kenal lama..mentang-mentanglah mr.ery pun orang kelantankan..walaupun sama negeri..kami memang tak kenal..di Kuantan adalah tempat jodoh kami bertemu…..

hari konvokesyen kami pun sama.. kami konvo di UTM, Skudai, Johor.

sempena anniversary

Setelah bercinta hampir 3 tahun, bertunang hampir setahun, kami disatukan di Kuala Lumpur bukan di Kelantan..sebab time tu, ema baru dapat kerja kerajaan..sebelum transfer ke KL, ema ulang-alik dari rumah FIL ke Putrajaya…ema tak ada saudara yang ada di KL..lagipun nak dapatkan rumah pun susah..dan nak sewa rumah pun payah..akhirnya, ema dinikahkan di Kuala Lumpur pada 10/10/2004…abah datang sebagai wali…dan tiga orang rakan sama belajar. Ely, Wafa dan Azura pun sama meraikan…kawan rapat mr.ery pun ada…sepupu ema dari Kluang, Johor pun sanggup turun ke KL..dan mom ema yang make-up ema..majlis 10hb itu semata-mata majlis akas nikah dan jamuan makan sederhana di rumah keluarga FIL…ema ambil cuti hanya 3 hari saja untuk majlis nikah ini…bila pergi ke pejabat, ramai yang pelik tengok inai merah dijari..dan mereka dah dapat agak.

Selepas seminggu nikah, ema kena pergi kursus induksi selama seminggu..kesiankan..mr.ery asyik kena tinggal je…hehehehe

Majlis kenduri belah ema adalah bulan Mac 2005..itupun ema buat di rumah mak saudara di Jerteh, Terengganu..perkahwinan kami pelik sikitlah…lepas majlis kenduri belah ema, dah tak ada majlis menyambut menantu.

anniversary perkahwinan

Selepas Setahun

Setahun bersama, masih belum ada tanda-tanda untuk cahayamata..perasaan takut itu ada sebab keturunan belah mom ema ada yang tak boleh dapat anak…dan ada yang bertanya bila nak ada anak…kami memang tak merancang pun…masih belum ada rezeki masa tu..

Alhamdulillah, setahun lebih menunggu ema disahkan mengandung….perasaan happy dah tak dapat dinilai bila disahkan mengandung…dan sepanjang mengandung anak pertama, ema tak alami alahan yang teruk…cuma teringin nak makan nasi berlauk (nasi putih lauk ikan kuah kuning)..susah nak cari di KL masa itu.

Dan atas rezeki yang ALLAH berikan..ema menerima Anugerah Pekerja Cemerlang (APC) ketika sarat mengandung Azwa Safriena…

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Majlis APC 2005 ketika sarat mengandung Azwa

Melahirkan anak

Selepas Azwa Safriena dilahirkan, ema merancang untuk kelahiran yang seterusnya…sara hidup di KL ini sangat tinggi.. tapi setelah Azwa berumur 3 tahun, naluri ingin tambah lagi seorang anak untuk buat teman si kakak timbul…

Lepas berhenti makan pil perancang, Alhamdulillah ema disahkan mengandung lagi…dan tidak juga alami alahan yang teruk…cuma tak boleh tengok dan makan ayam…paling gembira anak yang dikandungkan adalah anak lelaki….yang kini diberi nama Aqeel Syafiq..

Setakat ini anak-anak ema memegang rekod…. Azwa Safriena adalah satu-satunyanya cucu perempuan belah keluarga FIL dan Aqeel Syafiq adalah satu-satunya cucu lelaki belah keluarga ema.

Tunggulah siapakah yang akan pecahkan rekod ini….hehehehe

Pregnant Mom

hidung kembang semangkuk..pregnant kan aqeel syafiq

8 tahun bersama mr.ery…ema sangat-sangat bersyukur dikurniakan anak-anak yang sihat.

sempena anniversary

Kakak dah besar..aqeel pun dah 3 tahun…

dah elok dah nak tambah sorang lagi kan…

Itu saja sedikit coretan sempena anniversary kami.

Tagged :

Genap 8 tahun bersama hari ini….

Hari Ulangtahun Perkahwinan hari ini. Syukur Alhamdulillah..

Hari ini genaplah 8 tahun usia perkahwinan kami.

Pahit manis dah dilalui bersama.

Doakan hubungan kami berkekalan sehingga ke syurga..INSYAALLAH.

ulangtahun perkahwinan
10/10/2004 – Setelah sah menjadi suami ister

Nanti ema akan kongsikan kenangan bermulanya kenalan sehingga menjadi suami isteri hingga kini.

Tagged : / / / /

Bila Sudah Dijemput…

Hari Ulangtahun Perkahwinan. Bila sudah dijemput tanpa segan silu akan kami terjah punya. terjah ke rumah adik iparku kat alam damai sana. ada makan-makan sempena hari ulangtahun perkahwinan adik ipar aku yang kedua a.k.a adik mr. ery yang ketiga la. semua keluarga ada kecuali suami k.ma (outstation) dan adik hazirah jea. banyak betul hari-hari sambutan untuk bulan oktober nie. antaranya hari jadi FIL, anak buah dan of coz lah hari jadi aku juga. hari ulangtahun aku dengan mr. ery pun pada bulan oktober juga. aku tertunggu-tunggu apa hadiah untuk harijadi aku nanti.

sambil menunggu makanan sampai tu. biasalah anak-anak akan buat sepah segala mainan yang ada dan kitaorang sambil tengok tv sambil pot pet pot pet ler. begitulah kemeriahan keluarga FIL aku nie.

wah, adik bergaya dengan topi ala-ala apa erkh…

tak pandang ke mana dah bila masing-masing kelaparan. lama tunggu tau….

lamb chop

aku pilih chicken chop

lazat..licin semua…

diaorang nilah yang belanja kitaorang semua makan-makan

SELAMAT HARI ULANGTAHUN KEPADA HAFIS DAN AYIN. SEMOGA DAPAT MELAYARI BAHTERA DENGAN PENUH KESABARAN DAN KEBAHAGIAN YANG BERKEKALAN.

nota hati : menunggu sesuatu yg istimewa

Tagged :