Aksi Lucu Hari Sukan Kanak-Kanak Ribena

Sabtu, 24 April bertempat di Stadium Badminton Kuala Lumpur diadakan Hari Sukan Tabika Perpaduan Daerah Cheras. Tempat ni dah pernah pergi masa kakak Azwa bersukan dulu, tapi tak tahulah macam tak ingat langsung. Ingatkan dewan ni belaka bangunan PGRM. Rupanya dewan ini dewan badminton seberang jalan dari PGRM. Berpusing-pusing aku dengan kakak Azwa. Dahlah jalan banyak lencongan.

Sukan Tahunan Tadika Perpaduan

Hari Sukan Tabika Perpaduan Daerah Cheras

Sampai sana, majlis perasmian belum mula. Masih menunggu ketibaan VIP.  Kanak-kanak ribena, tengah beratur menunggu. Tak susah pun nak cari kumpulan dari Sekolah Tadika Perpaduan Kamara sebab dah dimaklumkan cikgu team Purple. Nampak belon purple tergantung. kat situlah tempatnya.

Hari sukan sekolah

Lepas bacaan doa, perasmian semua. Persembahan senamrobik dari cikgu-cikgu sambil diikuti pembantu cikgu dan kanak-kanak. Mak bapak pun boleh ikut tapi masing-masing sibuk ambil gambar dan video anak-anak termasuk aku. Aku ada videokan masa tarian Aqeel ni. ikut suka hati dia jer…Ini LINK video tarian senamrobik dia. Buat kenangan aku sekeluarga.

Tarian sekolah tadika

Menyesal tak bawa kamera gedabak. Bawa kamera kompak yang dah nak habis bateri. Handphone pun habis bateri.  Semua kualiti gambar tak cantik.

Kanak-Kanak Senamrobik

LINK ini senamrobik dari cikgu-cikgu

Sekolah tadika perpaduan

Aqeel senamrobik

Sukan Anak-Anak Tadika

Kakak Azwa, dia sangat agresif bila bersukan walaupun masa itu umur baru empat tahun. semua acara dia nak masuk. Tapi Aqeel ini lain sikit. Kurang agresif bab sukan. Itu pasal dia hanya dapat masuk acara sukan terbuka.

Aqeel happy

Acara terbuka seperti berebut gula-gula. Acara yang selalu dia masuk masa hari keluarga. Cikgu cakap, masa latihan untuk acara terbuka acara straw dan getah. Tapi hari kejadian, last minit tukar kepada acara rebut gula-gula.

Acara rebut gula-gula

Mak-mak tak boleh dekat pun masa acara sukan. hanya cikgu dan AJK terlibat saja. Tengok Aqeel, orang semua tangkas rebut gula-gula. Dia rileks perhatikan orang. sampai cikgu bantu dia masukkan gula-gula dalam baju.

 

Aqeel rebut gula-gula

Orang masih berebut dia dah bingkas bangun keluar.

 

Berebut gula-gula

Dapatlah dua tiga jajan dan gula-gula. Sukalah tu boleh makan kan.

 

Aqeel puas hati

Satu acara je yang Aqeel masuk. Aku tengok kanak-kanak lain. Banyak mencuit hati. Sampai ada cikgu jatuh bersama murid gara-gara nak betulkan laluan larian. Budak itu menangis, sebab tangan terkepit celahan kaki cikgu.  Cikgu excited nak menang.

 

Acara gelung

Ada yang jatuh sebab licin. Tapi laju bangun balik. Sebab dengar sorakan cikgu lebih kuat suruh lari..lari..lariii.

 

Anak kecil beraksi

Kenapa ni dik? Mahu gaduh ke? Ini sebab salah laluan untuk pusingan kon. Laluan sebelah-sebelah dekat sangat sampai anak-anak keliru yang mana satu mereka punya.

Acara sukaneka tadika

Ada tu sampai ketuk-ketuk gelung sebab bola tak keluar. Ini LINK video anak-anak ribena bersukan.

Tagged : /

Sports Day Tadika Perpaduan Daerah Cheras 2012

As Salam Semua!!

Terima kasih pada u all kerana merindui ema..eh3x..merindui entry ema ni….terharu tau..

Menghilang selama 10 hari tak disangka ramai yang bertanya ke mana hilangnya..si jelitawan ini..ceh perasannya.

Hilangnya selama 10 hari, ema tak ke mana pun, cuma seminggu ema outstation. walaupun outstation hanya di KL tapi nak beronline sangat-sangat terbantut..lagipun urusan kerja mesti diutamakan..seminggu ema berada di Hotel Renaissance Kuala Lumpur. walaupun di rumah ada line internet..masa di rumah adalah lebih kepada bersama suami dan anak-anak.

Sukan Tahunan

Oklah, kita lupakan pasal entry yang panas sebelum ini..ema kongsikan entry gembira sempena sports day tadika perpaduan daerah cheras 2012 pada hari sabtu 23/06/2012 jam 2.00 petang… salah satu sebab kenapa ema gembira kerana azwa akan bertanding dalam beberapa acara dan inilah kali terakhir azwa bermain sukan antara tadika perpaduan. tahun depan dah mula sekolah baru.

Sukan tahunan kali ini diadakan di stadium titiwangsa…elok sangat buat kat dalam dewan camni..sekarang kalau buat aktiviti di luar tak elok sangat….kualiti udara tak memuaskan.

hari sukan sekolah
Masuk ke dewan..puaslah kami terdongak-dongak kepala mencari kat mana team sekolah azwa berada. dan rupanya kami lewat sikit saja…azwa punya acara dah terlepas satu…. seronok azwa dan kawan sebab dapat nombor satu….

hari sukan sekolah
Kami cari tempat duduk dan tunggu acara seterusnya…asalnya azwa hanya masuk dua acara saja..tapi entah kenapa kena masuk ketiga-tiga acara…katanya pemain harapan cikgu…bangga kejap.

hari sukan sekolah
Setiap tadika perpaduan dibahagi-bahagi acaranya..setiap tadika akan bermain dalam tiga acara sahaja….dan setiap tadika akan berlainan acara.

Seronok dapat lihat gelagat diaorang bermain sukan..ada yang tersalah masuk line orang..ada yang tersalah isi bola ke dalam bakul sekolah lain..ada yang jalan melenggang padahal yang lain berlari sakan…ada juga yang kena marah dek cikgu…haru sungguh.

hari sukan sekolah
Walaupun makan nasi lebih dari kami…azwa tetap nampak kurus..atau mungkin sebab potongan rambut agaknya..

hari sukan sekolah
Tengah tunggu giliran acara..

hari sukan sekolah
Dua acara lagi sempatlah tengok azwa beraksi..kena tunggu sehingga 15 acara tau..fuhh, bukan main laju lari si azwa ni..teringat ema masa sekolah dulu-dulu..lari dalam acara 100m, 200m.

hari sukan sekolahAlhamdulillah..ketiga-tiga acara dipertandingkan..azwa dan rakan-rakan berjaya mendapat nombor satu…harapan cikgu untuk membawa pulang rantai bulat berwarna emas akhirnya tercapai….tahu tak apa benda rantai bulat warna ema tu…medal lah..

Tiga kali naik stage.

hari sukan sekolah

Azwa gembira, kawan gembira, cikgu gembira dan ibu bapa pun gembira

Tahniah untuk azwa…mama bangga dengan pencapaian kamu!!!

Piala kepada juara keseluruhan jatuh kepada Sekolah Tadika Perpaduan Jelatek A…Tahniah.

Tapi tak dipastikan bagaimana kiraan untuk juara keseluruhannya..sebab masing-masing antara sekolah azwa dengan jelatek A adalah sama. kutip emas dalam ketiga-tiga acara. mungkin rezeki berpihak kepada mereka.

Walaupun ada sedikit kekecewaan bila nama sekolah diumumkan untuk juara keseluruhan… diucapkan tahniah dan syabas kepada cikgu Nur Lias dan cikgu Shima kerana berjaya melatih anak-ana
k untuk semangat kesukanan.

nota jari : entri auto publish…sekarang berada di Hotel Berjaya Times Square.

Tagged : /