Air Tuak Kelantan dan Ayam Kampung

Air Tuak Kampung Kulim, Pasir Puteh. Setiap kali balik Kelantan bulan puasa, memang akan cari air tuak kulim kak dah ni.  Beza sangat dengan KL, plastik cinonet jual dengan harga RM5 sebungkus itupun campur, tapi air tuak Kak Dah Kulim plastik besar penuh ni RM9 saja di bulan puasa. tapi kalau hari biasa harga RM7. Memang puas hatilah minum.

Air tuak kelantan

Aktiviti DI Kampung

Aqeel ni, suka kejar ayam. Hari tu, tok bah dan tokma nak sembelih ayam kampung. sekali dia laung “janganlah tok bah, ayam pun nak hidup juga”. Tetap juga tok bah sembelih tiga ekor ayam kampung. Aqeel lah yang angkat ayam bawa ke dapur. berani sungguh. Bila tanya adik nak makan tak ayam ni…terus dia cakap tak nak. Dialah yang sibuk nak buang bulu-bulu ayam.

Ayam sembelih Sembelih Ayam

ayam kampung

Raya kedua, adik bongsu buat mee kari. first time, dapat rasa masakan dari adik bongsu. Biarpun pergi beraya di rumah adik, tetap juga tak bergambar dengan adik. Itu yang rasa ralat sikit.

open house

Ada yang tegur aku kurus dan apa rahsianya. Aku sendiri tak tahu jawapan yang pasti. Mungkin masa bulan puasa, waktu berbuka aku tak makan nasi terus. hanya jamah kuih dan air. Lepas terawih, rasa lapar baru makan nasi. kalau tak lapar, jumpa sahurlah baru makan nasi. Sekarang kuruslah, tunggulah beberapa bulan nantii….

Tagged : / /

Entry Raya Pengganti Diri | Selamat Hari Raya Aidilfitri

STICKY POST

UCAPAN HARI RAYA

(new entry ada di bawah..itupun kalau sempat nak buka blog bila di kampung nanti)

kad raya

DI KESEMPATAN INI SAYA (MAMAEMA) MEWAKILI KAUM KELUARGA SAYA DENGAN SEIKHLAS HATI MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA YANG MENGENALI SECARA REALITI MAHUPUN FANTASI (MAYA). MOHON KEMAAFAN JIKA TERKASAR BAHASA KETIKA MEMBALAS KOMEN ATAU MEMBUAT ENTRI.

DIDOAKAN KEPADA YANG JAUH MAHUPUN YANG DEKAT PERJALANANNYA, SEMOGA SELAMAT SAMPAI KE KAMPUNG DAN SELAMAT KEMBALI.

SALAM KEMAAFAN DARI KAMI UNTUK KORANG SEMUA

DOAKAN PERJALANAN KAMI PERGI DAN BALIK LANCAR

Naik sampan mudik ke hulu, 

Singgah sebentar di Pekan Tampin,

Sebulan berpuasa sudah berlalu,

Menyusun jari memohon ampun. 

 

 

Tagged :

Motosikal Terbakar Depan Rumah Di Hari Raya

Kejadian buruk di pagi raya, Pagi raya ketiga dikejutkan bunyi bising di depan rumah.

Rupa-rupanya ada kebakaran pada sebuah motosikal

Khabar puncanya disebabkan tumpahan minyak.

kejadian di pagi raya

Kepunyaan siapa motosikal ini?

Nasib baik balai bomba pun dekat..hanya seberang jalan.

Tengit masuk hidung gas pemadam.

Hangus depan.

Enterprem dengan lori bomba.

Sila abaikan si aqeel pakai selipar terbalik itu.

Kemudian cerita raya kami sekeluarga yer…

Tagged : /