Belanja Birthday Boy Through Phone

Sambut Birthday Boy pula kali ini.

Selang 3 minggu dari birthday kakak.

HAPPY BIRTHDAY ABANG – 12 August 2019 (10 Tahun)

Kakak punya birthday, aku order kek ikut whatsapp.

Aqeel? Through phone jer.

Bukan order kek..tapi order pizza dan burger.

Kira makan dinner terus.

Baca: Kek Birthday Kakak Special

Order di Cherry Resto Cafe

Beginilah bila sambut birthday boy di tempat orang.

Test call, ada orang jawab.

Nasiblah ada yang boleh speaking english.

Tidak, aku yang penat nak order ikut French ni. Mahu tak terorder.

Menu memang dah simpan kat handphone.

So, senanglah pilih dulu nak order apa.

“Hello, Cherry Resto?”

“Hello, yes madam”.

“anyone can speak english”

“yes, madam”

“I want to make order, do you have delivery”

“Yes, madam”

“I want one pizza and one zinger burger”

“okey madam, where to send it?”

“Residence …….., 7th Floor”

“Okey, madam”

“how much is all”

“we’ll call you later”

.

Phone letak…tetiba….

.

Baru aku ingat, tak bagi nama pun.

.

Dan tu…tak ada pun call balik..

.

.

Kat luar pula hujan..

.

.

Kesian birthday boy….tak dapat makan burger.

.

.

.

Selang 15 minit….

.

.

.

.

Ding Dong…bell rumah bunyi…

.

.

Mr Ery buka pintu..

.

Yeah, sampai juga order.

.

birthday boy

So Total 170,000gnf (80,000gnf (pizza) + 80,000gnf (burger) + 10,000gnf (cas delivery))

Kena bayar cukup-cukup..

Kalau tidak, tak ada duit baki nanti..

Dia punya pizza boleh tahan juga sedap.

Tak dapat nak habiskan sekali hadap.

Lastly, sambung makan ke esok hari.

Tagged : / /

4 Tahun Hari Ini, Happy Birthday Ayra Sufia

Dah 4 tahun Ayra Sufia. Selamat hari lahir anak ke-3 mama. Anak yang paling manja..yealah dah bongsu kan. Paling kuat merajuk dan paling suka cakap “tak sayang mama’ “tak sayang ayah” kalau mama dan ayahnya usik “Ayra tak cantik”.

Kalau mama dan ayah peluk kakak dan abang pun kemain sedih sangat mimik mukanya, konon orang tak sayang dia..gituu. Ayra Sufia ni ada rekod lambat bercakap.nak apa-apa banyak tunjuk dengan tangan jer..dah umur 3 tahun masih tak boleh cakap 2 ayat. Pergi check-up di PPUM resultnya okey..tiada masalah pendengaran pun.

Alhamdulillah, sekarang dah nampak kemajuan… bercakap dah banyak walaupun pelat yang lebih.

Cik Ngah Beli Kek

Terima kasih cikngah belikan kek untuk Ayra..Terkejut dia malam tu tiba-tiba cikngah keluar bilik bawa kek dengan lilin. Boleh pula dia nak nangis..suruh tiup lilin pun tak mahu. So Ayra terima kasih kat cikngah yer. Doa untuk cikngah murah rezeki.

Semoga anak-anak mama berjaya di dunia dan akhirat. Amiin.

 

 

 

Tagged : / /

Birthday Adik Manja Hari Ini

Happy Birthday Kak. ‘Kak’ nama panggilan untuk adik manja MamaEma. Dari kecil memang manja sangatlah…selalu demam sebab tak ngam dengan nama sebenar. Last-last, tukar nama panggilan kepada Fatihah, barulah okey. Nak tukar nama pada IC lecehlah kan. Ustaz pun cakap, cuba tukar nama panggilan dulu..

Bila dah besar panggil nama Fathira. Dah tak demam-demam. Tapi kami adik-beradik panggil “kak’ biarpun dia adik bongsu dari satu abah dan satu mom. Manja-manja dia pun, hati paling keras antara kami 3 beradik. Hahaha. Yang paling garang si angah, yang sulung paling baik gitu…siapa? MamaEma lah…Kalau dua beradik baca ni pasti dia cakap..ala along tu yang paling slow.

Majlis Kecil Disambut

Dah besar panjang, bini orang pula tu, mama orang pun.. tak adalah nak sambut besar-besar. Sekadar titipan doa untuk adik manja MamaEma ni. Tapi, malam tadi ada dihantar whatsapp gambar sepotong kek. Sambil makan-makan colek bulan Ramadhan ni. Asyiklah kena tinggal MamaEma..

Apapun, MamaEma doakan semoga adik MamaEma iaitu Emma Fathira diberi kesihatan yang baik dan dilimpahi rezeki yang meluas dan dipermudahkan segala urusan yang dilakukan. Happy Birthday Adik Manja. Hadiah klim tahun depan..Sebab tahun ini kita berpuasa..

Tagged : / /

ALLAHUAKBAR, Semoga Perkara Yang Berlaku Hari Ini Berterusan, Indahnya Rezeki Yang Kau Beri

ALLAHUAKBAR … Allah Maha Besar… Syukur Alhamdulillah.

Alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik untuk bekerja hari ini dan ramai yang sambung cuti. Esok kembali cuti hari wilayah.

Hari Lahir Suami

30 Januari semalam hari lahir suami mamaema. Selamat hari lahir suami. Tiada hadiah, tiada kek, tiada majlis. Cuma dititipkan doa untuk suami semoga dimurahkan rezeki dalam bisnes bundle, dipanjangkan umur, diberkati, disayangi dan menyayangi.

rezeki

Rezeki tidak datang bergolek, tapi datang tidak disangka.

Sebab tak ada hadiah, tak ada kek dan tak ada majlis, mamaema nak belanja Mr.Ery makan di Abah & Son. Di Abah & Son, terserempak dengan dua keluarga dari Geng UC. Duduk satu meja dengan mereka lagipun meja tak ada kosong. Full house Abah & Son malam tu. Rezeki malam hari lahir mr.Ery dari mamaema nak belanja, ada orang lain yang dah bayarkan dulu. Terima kasih.

Datang rezeki lain hari ini.

Indahnya hari ini, rasa macam lain sangat. Otak selalu berfikir. Apa yang aku nak buat lagi..untuk cari side income sendiri… selain ada OT, jual Foundation C3, jual tudung, jual baju. Bukan tidak mensyukuri dengan gaji yang diterima, gaji yang diterima dengan perbelanjaan yang keluar, untuk menyimpan itu amat sulit sekali. Pagi tadi, sebab malas nak cucuk ATM, minta duit RM20 dengan Mr.Ery untuk isi petrol. Sebelum pergi kerja, hantar anak ke rumah pengasuh, pergi beli nasi lemak untuk Kakak dan Abang. Tengah jalan kaki balik rumah, terjumpa RM20 tepi jalan. Masa pergi tak nampak, masa balik boleh nampak. Mamaema ambil duit RM20 tu…nak pass kat Mr. Ery balik nanti, bukan untuk ganti duit tau tapi nak masukkan ke tabung surau.

Terima emel rezeki pagi ini.

Datang kerja hari ini pejabat sunyi sepi. Kat bahagian mamaema cuma ada 3 pegawai saja. Yang lain masih sambung cuti. Buat penggilan untuk feedback peserta bengkel minggu depan ramai yang tak berjawab. Syukur Alhamdulillah, otak tengah fikir macam-macam nak buat side income, terima emel dari agensi untuk collaborate dengan syarikatnya. Jika ada rezeki InshaALLAH rezeki akan berpihak pada mamaema. Doakan untuk mamaema yer korang.

Selamat bercuti, selamat kembali bertugas yer..Sambung kerja dulu..Assalamualaikum.

Tagged : / / / / /

1st Birthday for Ayra Sufia

1st Birthday for Ayra Sufia. Pejam celik pejam celik dah setahun anak dara mama ni. Hari Jumaat lepas 25 Mac 2016, genap setahun Ayra Sufia. Sekarang tak pandai jalan lagi, berdiri pun kejap-kejap. Time orang tak layan dia,  time itu lah dia berdiri sendiri sambil sengih-sengih.. Bila cakap “tatih”, terus duduk, bukan nak melangkah kaki tu.

birthday cake

Orang cakap kalau nak cepat jalan letak dalam ‘walker’, tapi Ayra Sufia nampak ‘walker’ terus nangis..langsung tak nak. Orang cakap kalau tumbuh gigi dulu, jalan kemudian lah… gigi atas dah ada 4 batang, bawah dah ada 2 batang.

1st Birthday Cake, mama beli kek  aiskrim tau. Kek kecil sesuai dengan usia setahun tu kan..hai, tengok mama macam tak puas hati dengan kek tu jer….tapi orang yang menghabiskannya si kakak dan abang…Ayra Sufia masuk jer dalam mulut sekali, terus tolak dengan lidah. tak sedap ke dik? Untuk 1st Birthday ni, mama tak buat parti bagai…malam tu, makan kat Perantau Hill, Putrajaya.. kebetulan ada cake aiskrim..teruslah beli.

Mama, ayah, kakak dan abang doakan Ayra Sufia membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah. Terima kasih pada Cik Ngah yer siap transfer duit untuk Ayra Sufia punya 1st birthday ni.. tak sempat nak jumpa cik ngah pula masa hari lahir Ayra Sufia ni.

 

 

Tagged : / / /