Masakan di Guinea, Ada Boleh Telan Ada Hanya Aku Pandang

Sejak berada di negara Guinea ni, boleh bilang dengan jari berapa kali try Guinea Food

Diaorang pun makan nasi, tapi beras tak sama macam  beras kita.

First aku cuba, masakan Riz Grass di Restoran Africana. Sebiji nasi goreng dengan ayam panggang. Sedap.

restoran africana

Kedua, juga masakan Riz Gras tapi beza sikit dengan restoran Africana.

Baca: Restoran di Guinea

Yang ni salah seorang staff bawa masa buat makan-makan sempena KC nak balik dan KC baru sampai.

guinea food riz grass

Isinya daging, carrot, ubi, kubis.

Pun sedap.

Ikutkan dari Wikipedia:

Riz gras adalah hidangan daging dan berasaskan berasaskan masakan Burkinabé, masakan Burkina Faso, Afrika. Ia juga disediakan di negara-negara Afrika yang lain, seperti Senegal dan Guinea. Ia berasal dari hidangan tiebou djen, hidangan nasi dalam masakan Senegal yang disediakan dengan sejumlah besar ikan dan daging.

Masa pergi majlis menamakan baby, dihidangnya Haricot sebutan arico . Masakan dari biji kacang dengan daging. Makan bersama roti. Rotinya jenis yang keras.

Ada serupa baked beans dalam tin tu.

Okey, boleh telan dan taste pun sedap.

Hidangan 1 lagi Latchiri dari tepung jagung dan susu tepung. Digaul dengan yogurt.

Sangat popular semasa apa-apa majlis.

Yang ni maaf, memang aku tak makan.

Sementalahan ada susu kan.

Guinea Food yang paling suka dimakan adalah Konkoe.

Baca: Masakan Konkoe Yang Digemari

Tapi bukan untuk aku, sebab aku sendiri tak pernah makan, katanya orang yang makan pedas akan kata tak sedap.

Pegawai yang baru datang sini, pertama kali try pun terus kata sedap.

Tagged : / /

Favela Steakhouse- Kira Harga Satu Kepala, Nenas Bakar Sedap

Steakhouse Favela Churrascaria  Rodizio, Conakry.

Dekat juga dengan rumah.

Time KC sebelum ini belum balik, sempat dibawa makan Favela Steakhouse.

Agak mencabar nak masuk ke dalam..jalan tak rata dan gelap.

Siapa sangka, di hujung jalan ada Steakhouse.

steakhouse favela

Dinding dari kayu papan.

Diterangi dengan lampu neon warna warni.

Frame digantung memang tertawan.

Baca: Asam Pedas Guinea

Cara makan buffet tak sama makan buffet di Malaysia.

Sini, mereka akan bawa dish one by one ke meja.

Nak makan, mereka akan potong letak atas pinggan.

Tak cukup, boleh minta tambah.

Nasi pun ada…tapi nasi kosong jer… anak-anak pilih makan fries beserta goreng pisang.

Eh, sedap pula pisang goreng dia..

Goreng pisang ke..pisang goreng, mana satu yang betul.

Nenas bakar dengan kayu manis, sangat special.

nenas bakar

First time makan, sedap. boleh try buat di rumah. 

Erm…entah bilalah nak buat tu..hehehe.

Kat Malaysia tiada lagi buat bisnes nenas bakar ni.

Cer try…meletop bisnes tau!!!

Dapat khabar akan berpindah ke tempat lain.

Tempat sekarang bakal diambil oleh kerajaan.

Banyak juga tempat-tempat makan yang boleh pergi kat Guinea ni.

Kalau restoran, kebanyakkan dari francais luar.

Sama juga supermarket pun majoritinya francais luar

Bila dari luar, maka kena fahamlah harganya.

Agak expensive lah yer.

Tapi portion agak banyak, 1 pinggan makan dua orang pun kenyang.

 

 

 

 

 

Tagged : / / / /

Nak Meraikan Birthday Orang Lain, Sekali Sendiri Pun Kena Surprise

Birthday treats untuk orang lain, diri sendiri pun kena surprise

Asalnya yang diberitahu ada orang nak belanja makan malam.

Yang sebetulnya nak meraikan 2 orang yang sama tarikh lahir 5 November.

Tak sangka pula ada 2 orang yang sama tarikh lahir, ingatkan aku punya SU3 yang dah nak balik Malaysia seorang jer.

Tapi SU3 tak dapat join, sebab dah ada plan lain.

Dinner and birthday treats di Le Special, Conakry.

Satu-satunya tempat makan yang ada nasi berlaukkan kari ala mamak.

Lepas selesai makan tetiba datang 2 kek…tak dapat agak lagi..

Memang duk ingatkan, sebagai pencuci mulut jer.

Sekali bila duk nyanyi lagu “happy birthday”…

Alamak….kena surprise ke ni?

Ini mesti KC punya kerjalah ni.

Terima kasih semua.

Hilang kempunan nak makan kek coklat yang sedap kat Le Special ni.

Dari hari Anniversary minta Mr. Ery pergi beli tapi tak berani nak pergi ke Bandar Kalloum sendiri.

Masih tak fasih dengan jalan untuk masuk ke Kalloum.

Macam mana tahu sedap kek dari Le Special?

Sebab dah pernah makan sekali masa birthday Mr yang belanja dinner ni.

Happy birthday to Mr (berbaju kotak), dan TQ Mr (Berbaju Kemeja) for belanja the dinner and the cakes.

Also, thanks for KC and wife

Merci Boucoup!!!

 

 

Tagged : / / / / /

Tak Ada Mekdi, Kita Makan Cherry..Halal Fast Food di Conakry

Halal fast food di Conakry. Makan di Resto Cherry.

Kempunan nak makan burger mekdi.. kita makan burger di Cherry.

Malas nak keluar, ada delivery.

halal fast food

Ada rupa burger mekdi tak?

Yang ni plate..so, cukup lengkap ada fries, coleslaw, sos, dan sambal lagi. Dia punya sambal memang pedas giler.

Aku memang tak tahan…sebab tak suka makan pedas..

Lainlah yang suka pedas.. sedap katanya.

Mexican Burger Plate – 85,000gnf.

Mexican Burger Sandwich – 60,00gnf

Bezanya,  set plate lengkap..set sandwich sebiji burger saja.

Ada lagi burger-burger lain..harga pun lain-lain.

fast food

Yang ni Calamar frits avee Tartar Sauce…kalau Malay nya..Sotong goreng tepung dengan sos ala-ala mayonis.

Sotong kat sini jenis besar dan isi tebal..silap masak liat macam tiub.

Sedap dan crunchy.

Pizza Pun Ada

pizza halal

Pizza, order through handphone jer…masa birthday Aqeel..

Macam-macam jenis pizza..macam-macam jenis menu. Pizza pun sedap.

Yang aku dah try setakat ni..Sharwarma Poulet – Roti sharwarma yang macam lempeng.. poulet is ayam.

Crispy Poulet – Macam roti john…tapi keras.. isinya ayam.. ini pun sedap..crunchy sungguh. Memang kenyanglah.

Delivery order memang cepat..15 minit dah sampai..

Charge delivery 10,000gnf.

Layan halal fast food sekali sekala..hari-hari konpem botak kepala.

Walau  negara belum lagi maju, tapi tempat makan kira advance lah juga.

Majoriti tempat-tempat makan ni, semua kepunyaan orang luar..bukan dari rakyat Guinea sendiri.

Atas sebab itu, kat sini lambat nak membangun.

Lain-lain tempat makan di negara Guinea ni, aku dah share..

 

 

 

 

 

 

Tagged : / / / /