Favela Steakhouse- Kira Harga Satu Kepala, Nenas Bakar Sedap

Steakhouse Favela Churrascaria  Rodizio, Conakry.

Dekat juga dengan rumah.

Time KC sebelum ini belum balik, sempat dibawa makan Favela Steakhouse.

Agak mencabar nak masuk ke dalam..jalan tak rata dan gelap.

Siapa sangka, di hujung jalan ada Steakhouse.

steakhouse favela

Dinding dari kayu papan.

Diterangi dengan lampu neon warna warni.

Frame digantung memang tertawan.

Baca: Asam Pedas Guinea

Cara makan buffet tak sama makan buffet di Malaysia.

Sini, mereka akan bawa dish one by one ke meja.

Nak makan, mereka akan potong letak atas pinggan.

Tak cukup, boleh minta tambah.

Nasi pun ada…tapi nasi kosong jer… anak-anak pilih makan fries beserta goreng pisang.

Eh, sedap pula pisang goreng dia..

Goreng pisang ke..pisang goreng, mana satu yang betul.

Nenas bakar dengan kayu manis, sangat special.

nenas bakar

First time makan, sedap. boleh try buat di rumah. 

Erm…entah bilalah nak buat tu..hehehe.

Kat Malaysia tiada lagi buat bisnes nenas bakar ni.

Cer try…meletop bisnes tau!!!

Dapat khabar akan berpindah ke tempat lain.

Tempat sekarang bakal diambil oleh kerajaan.

Banyak juga tempat-tempat makan yang boleh pergi kat Guinea ni.

Kalau restoran, kebanyakkan dari francais luar.

Sama juga supermarket pun majoritinya francais luar

Bila dari luar, maka kena fahamlah harganya.

Agak expensive lah yer.

Tapi portion agak banyak, 1 pinggan makan dua orang pun kenyang.

 

 

 

 

 

Tagged : / / / /

Tak Ada Mekdi, Kita Makan Cherry..Halal Fast Food di Conakry

Halal fast food di Conakry. Makan di Resto Cherry.

Kempunan nak makan burger mekdi.. kita makan burger di Cherry.

Malas nak keluar, ada delivery.

halal fast food

Ada rupa burger mekdi tak?

Yang ni plate..so, cukup lengkap ada fries, coleslaw, sos, dan sambal lagi. Dia punya sambal memang pedas giler.

Aku memang tak tahan…sebab tak suka makan pedas..

Lainlah yang suka pedas.. sedap katanya.

Mexican Burger Plate – 85,000gnf.

Mexican Burger Sandwich – 60,00gnf

Bezanya,  set plate lengkap..set sandwich sebiji burger saja.

Ada lagi burger-burger lain..harga pun lain-lain.

fast food

Yang ni Calamar frits avee Tartar Sauce…kalau Malay nya..Sotong goreng tepung dengan sos ala-ala mayonis.

Sotong kat sini jenis besar dan isi tebal..silap masak liat macam tiub.

Sedap dan crunchy.

Pizza Pun Ada

pizza halal

Pizza, order through handphone jer…masa birthday Aqeel..

Macam-macam jenis pizza..macam-macam jenis menu. Pizza pun sedap.

Yang aku dah try setakat ni..Sharwarma Poulet – Roti sharwarma yang macam lempeng.. poulet is ayam.

Crispy Poulet – Macam roti john…tapi keras.. isinya ayam.. ini pun sedap..crunchy sungguh. Memang kenyanglah.

Delivery order memang cepat..15 minit dah sampai..

Charge delivery 10,000gnf.

Layan halal fast food sekali sekala..hari-hari konpem botak kepala.

Walau  negara belum lagi maju, tapi tempat makan kira advance lah juga.

Majoriti tempat-tempat makan ni, semua kepunyaan orang luar..bukan dari rakyat Guinea sendiri.

Atas sebab itu, kat sini lambat nak membangun.

Lain-lain tempat makan di negara Guinea ni, aku dah share..

 

 

 

 

 

 

Tagged : / / / /