Masakan di Guinea, Ada Boleh Telan Ada Hanya Aku Pandang

Sejak berada di negara Guinea ni, boleh bilang dengan jari berapa kali try Guinea Food

Diaorang pun makan nasi, tapi beras tak sama macam  beras kita.

First aku cuba, masakan Riz Grass di Restoran Africana. Sebiji nasi goreng dengan ayam panggang. Sedap.

restoran africana

Kedua, juga masakan Riz Gras tapi beza sikit dengan restoran Africana.

Baca: Restoran di Guinea

Yang ni salah seorang staff bawa masa buat makan-makan sempena KC nak balik dan KC baru sampai.

guinea food riz grass

Isinya daging, carrot, ubi, kubis.

Pun sedap.

Ikutkan dari Wikipedia:

Riz gras adalah hidangan daging dan berasaskan berasaskan masakan Burkinabé, masakan Burkina Faso, Afrika. Ia juga disediakan di negara-negara Afrika yang lain, seperti Senegal dan Guinea. Ia berasal dari hidangan tiebou djen, hidangan nasi dalam masakan Senegal yang disediakan dengan sejumlah besar ikan dan daging.

Masa pergi majlis menamakan baby, dihidangnya Haricot sebutan arico . Masakan dari biji kacang dengan daging. Makan bersama roti. Rotinya jenis yang keras.

Ada serupa baked beans dalam tin tu.

Okey, boleh telan dan taste pun sedap.

Hidangan 1 lagi Latchiri dari tepung jagung dan susu tepung. Digaul dengan yogurt.

Sangat popular semasa apa-apa majlis.

Yang ni maaf, memang aku tak makan.

Sementalahan ada susu kan.

Guinea Food yang paling suka dimakan adalah Konkoe.

Baca: Masakan Konkoe Yang Digemari

Tapi bukan untuk aku, sebab aku sendiri tak pernah makan, katanya orang yang makan pedas akan kata tak sedap.

Pegawai yang baru datang sini, pertama kali try pun terus kata sedap.

Tagged : / /

Favela Steakhouse- Kira Harga Satu Kepala, Nenas Bakar Sedap

Steakhouse Favela Churrascaria  Rodizio, Conakry.

Dekat juga dengan rumah.

Time KC sebelum ini belum balik, sempat dibawa makan Favela Steakhouse.

Agak mencabar nak masuk ke dalam..jalan tak rata dan gelap.

Siapa sangka, di hujung jalan ada Steakhouse.

steakhouse favela

Dinding dari kayu papan.

Diterangi dengan lampu neon warna warni.

Frame digantung memang tertawan.

Baca: Asam Pedas Guinea

Cara makan buffet tak sama makan buffet di Malaysia.

Sini, mereka akan bawa dish one by one ke meja.

Nak makan, mereka akan potong letak atas pinggan.

Tak cukup, boleh minta tambah.

Nasi pun ada…tapi nasi kosong jer… anak-anak pilih makan fries beserta goreng pisang.

Eh, sedap pula pisang goreng dia..

Goreng pisang ke..pisang goreng, mana satu yang betul.

Nenas bakar dengan kayu manis, sangat special.

nenas bakar

First time makan, sedap. boleh try buat di rumah. 

Erm…entah bilalah nak buat tu..hehehe.

Kat Malaysia tiada lagi buat bisnes nenas bakar ni.

Cer try…meletop bisnes tau!!!

Dapat khabar akan berpindah ke tempat lain.

Tempat sekarang bakal diambil oleh kerajaan.

Banyak juga tempat-tempat makan yang boleh pergi kat Guinea ni.

Kalau restoran, kebanyakkan dari francais luar.

Sama juga supermarket pun majoritinya francais luar

Bila dari luar, maka kena fahamlah harganya.

Agak expensive lah yer.

Tapi portion agak banyak, 1 pinggan makan dua orang pun kenyang.

 

 

 

 

 

Tagged : / / / /

Guinea Cuisine “Konkoe”, Macam Asam Pedas

Masakan dari Guinea, “konkoe”, macam asam pedas.

Konkoe ni adalah sejenis nama ikan.

Aku tak pernah try, katanya pedas sangat.

Tapi sekali try, mesti nak makan lagi

Penangan makan ‘konkoe’, nak makan hari-hari..katanya Mr. Ery.

Hahahaha, parah.

Masa SU3 dan KC dulu ada, selalu juga makan ke sana.

Dengan KC baru, belum lagi cuba

 

Makan Jangan Tengok Suasana

 

Kat restoran pun ada, tapi tak sesedap aunty yang tepi jalan ni niaga

Bila dah gerai di tepi jalan ni, so faham-fahamkan lah yea.

konkoe rice

Kot tak lalu pula nak makannya.

Tapi, bila dengan Mr Ery bercerita..kemain berjelira.

Baca: Fast Food di Conakry

Makan pun tanpa meja, hanya ada bangku saja.

Cara hidang, 1 pinggan makan untuk 3 atau 4 orang.

konkoe guinea cuisine

Ala, macam makan dalam dulang tu.

Siapa yang makan pedas konpem sukalah.

Yang jarang makan pedas pun, dah tersangkut ni.

Pedasnya, memang keluar peluh jantanlah.

Nikmat  pedasnya,  bila makan akan stop kejap..

Then, sambung lagi makan..stop kejap..

Hidangan, atas pinggang besar, kuah banyak, ikan, dan potongan ubi kayu.

Aku tengok hidangan pun dah seram, kalau aku tak tahulah boleh telan ke tidak.

Hilang terus pandangan nasi atas pinggan

Mr. Ery cakap, makan tak kena  sakit perut tu…kira okeylah.

Hurm, terpulang…sakit perut sendiri tanggung.

 

 

Tagged :