Cermin Mata Untuk Silau dengan Lens Alpha Blue 420

Ramai pula yang tanya aku apa kelebihannya cermin mata yang dipasang dengan Lens Alpha Blue 420 ni. Okey, first aku nak tanya korang dulu..Bila korang pergi kedai cermin mata untuk buat spek atau tukar spek..korang pernah tanya pasal lens yang dipasang tak. Ke korang hanya tahu pasal power lens jer. Lepas itu, harga cecah RM500 ke atas.. padahal harga tu mahal giler lah wey.. selama buat spek ni kena tipu hidup-hidup  rupanya..

Lens Alpha Blue 420 Melindungi Mata

Kelebihan Lens Alpha Blue 420 ni ia akan melindungi mata kita dari sinaran lampu atau UV. Macam aku, yang 9 jam bekerja depan komputer boleh merosakkan mata bila pakai cermin mata yang tak sesuai..itu sebab bila terlalu lama, kadang-kadang mata aku sangat letih dan berair.. kepala pun pening-pening. terpaksa rileks kejap.

Dan selalunya, balik kampung memang pilih waktu malam. Terpaksalah Mr.Ery  seorang yang drive…kesian juga kat dia..aku tak boleh bawa kereta malam sebab silau dengan lampu dari arah bertentangan. Berdouble nampak cahaya. Bahayalah kan..

kedai cermin mata viral

Tengok handphone pun bahaya juga…walaupun ada protect dipasang pada screen handphone ia tetap akan menjejaskan mata. Jadi dengan adanya Lens Alpha Blue 420 ia akan melindungi mata kita dan menghalang cahaya masuk terus ke mata.

Selain untuk silau, Lens Apha Blue ini juga kalis air dan sangat nipis. Bila pakai cermin mata, tak rasa pun beban cermin walaupun power sangat tinggi. Korang akan rasa perbezaan bila korang sendiri yang pegang.

Dan inilah satu-satunya kedai yang akan tunjukkan perbezaan lens pada cermin mata yang dipakai dengan Lens Alpha Blue 420 yang ditawarkan oleh mereka. Korang kenalah datang..

Kedai di Plaza Sungei Wang

Kedainya di Plaza Sungei Wang tingkat G. Ada banyak cawangan iaitu Eye Vision Optical (Lot G096), Eye Smart Vision (Lot G070), Eye Smart Concept (Lot G079), Eye Pro Vision (Lot G111).  Boleh siap dalam masa setengah jam jer. Aku punya cermin mata frame + power + Lens Alpha Blue 420 dengan harga hanya RM125 sahaja. murahkan.. berbaloi sangat..

kedai cermin mata viral

Sayangi mata korang tau..pergi cari kedai dia di Plaza Sungei Wang, Kuala Lumpur. Kalau tak jumpa call Mr William (016-377 1304). Kedai buka jam 11 pagi hingga 9 malam setiap hari.. Pergi hari bekerja, tidaklah bersesak sangat.. orang sangat ramai di hari minggu..

Tagged : / / /

Dilema Orang Berkaca Mata Situasi Yang Perlu Dihadapi

Dilema orang berkaca mata.. situasi yang perlu dihadapi bagi orang yang terpaksa pakai cermin mata. Walaupun sekarang dah ada contact lens siap ada power, tapi cermin mata juga yang jadi pilihan. Seriau nak pakai contact lens..fikir macam-macam. Itu sebab sampai sekarang tak pernah try pakai contact lens. Jeles juga dengan orang yang bergaya pakai contact lens..cantik matanya..tukar-tukar warna.

Mata mula rabun selepas SPM..Itupun sekejap pakai..sekejap tak..sebab apa? sebab nak jaga keterampilan gitu..ecewah. gara-gara mata rabun inilah, tak dapat kerja polis walaupun dah cop 10 jari tanda dah lepas. Tapi apakan daya tak lulus semasa medical check-up. Erm, tak ada rezeki.

Nasib orang bertudung yang perlu berkaca mata. Stress woo, time sarung tudung macam dah cantik ayu terletak tudungnya. Tapi bila selit cermin mata, mulalah kembang tudung. Susah benar nak cari bingkai yang memang khas untuk orang bertudung ni. Tak ada orang jual ke? Boleh mendatangkan stress gara-gara kembangnya tudung..hahahaha.

Itu pasal korang jangan pelik bila tengok orang bertudung ni pakai cermin mata letaknya di luar tudung. Cara ini, untuk bagi tudung terletak elok, tak adalah kembang dan kemik. gituu.dan rambut tepi-tepi pun tak keluar. dan bingkai cermin tu, hanya bergantung pada hidung, bukan telinga.

Berkaca mata, situasi yang biasa dihadapi

Selain masalah untuk orang bertudung, situasi yang biasa perlu dihadapi bagi orang bercermin mata bila:

  1. Tak ingat letak mana cermin mata, masa nak guna baru menggagau cari lebih-lebih lagi time nak tengok siaran tv best.
  2. Power bertambah sejak mengadap komputer hari-hari
  3. Bingkai cermin patah tak boleh sambung.
  4. Baring dah tersenget cermin mata.
  5. Keluar bilik yang beraircond, cermin berwap..mulalah tak nampak.
  6. Kena hujan, cermin yang tak ada wiper..korang rasa?
  7. Naik motor awal pagi, sedar-sedar terlekat binatang halus di cermin.
  8. Kesan jari pada cermin.
  9. Lama-lama pakai, mata sepet bila buka cermin mata.
  10. Orang tak kenal..atau tak kenal orang.

Dah uzur pun cermin mata sendiri ni. Usia dah dua tahun lebih. Beli online RM100 termasuk power nya sekali. dah kena tambah power cermin mata ni.. dah kabur tak cukup power. Okey, itu saja nak cerita..jadilah juga satu story kan…terima kasih sudi baca

Tagged : / /