Senarai Harga Buku Teks Sekolah Kebangsaan Tahun Satu Hingga Tahun Enam

Pejam celik pejam celik, dah hampir hujung tahun. Anak-anak pun dah habis peperiksaan akhir tahun. Tengah tunggu result keluar di saps. Semak tadi, belum lagi keluar. Tak sabar nak tengok keseluruhan markah anak. Ada juga yang dah tahu result beberapa kertas yang anak bawa balik.

Harga buku teks sekolah kebangsaan

Minggu ini, anak-anak kena pulangkan balik buku-buku teks yang dipinjamkan. Yang mana hilang kena berganti, yang mana rosak pun kena berganti. Pihak sekolah berikan senarai semak harga buku teks dari tahun satu hingga tahun enam. Ibu bapa bolehlah semak harga buku teks sekolah jika perlu ganti. MamaEma tak pasti pula harga buku ini sama atau tak dengan sekolah-sekolah yang lain.

MamaEma pernah beli buku Teks Bahasa Malaysia tahun 5 awal tahun ini. Entah mana hilangnya, sampai sudah tak jumpa-jumpa. MamaEma beli di Pustaka Seri Maju, Bandar Permaisuri. Boleh dikatakan harga buku teks di sana murah. Beberapa hari lepas, ada terima satu mesej bertanyakan tempat untuk mencari buku teks murah. MamaEma syorkan di Pustaka Seri Maju memandangkan dia kena beli semua subjek kerana anak yang bersekolah itu adalah anak angkat yang belum terima permastautin. Kesiankan, dengan keadaan ekonomi sekarang, kena beli buku teks pula. Korang yang baca entri ini, kalau ada yang nak jual buku teks terpakai..maklumkan pada MamaEma. Beliau mencari buku teks untuk tahun 6.

 

Tagged : / / /

Ganti Buku Teks Sekolah Yang Hilang

Buku Teks Sekolah Hilang

Kisahnya, awal tahun dah hilang buku teks sekolah si kakak ni. Nak kata tertinggal di sekolah tak mungkin sebab belum buka sekolah dah tak jumpa. Dalam rumah pun dah merata carinya, tetap tak jumpa. Ada tu terselit di celah mana-mana. Dua minggu juga, kakak share buku teks sekolah dengan kawannya. Minggu ketiga cikgu dah tanya “bila, nak beli buku?”.

Buku Teks Bahasa Malaysia

Buku teks yang hilang subjek Bahasa Malaysia. Dalam jadual setiap hari ada subjek Bahasa Malaysia. Tak pernah lagi anak-anak hilangkan buku teks, ini kali pertama. Maka, jenuhlah nak kena cari kedai buku yang ada jual buku-buku teks ni. Kedai buku yang dekat rumah tak ada pula jual buku teks…buku latihan berlambaklah.

Hari sabtu lepas, baru mula cari. Anak-anak ke sekolah ada gotong royong. Mr.Ery ke Pudu..yang tinggal MamaEma dengan Ayra. Kebetulan nak masuk rumah, kunci tak ada. Terus teringat buku teks tak cari lagi. Sekarangkan zaman teknologi, nak cari lokasi mudah sangat. Pakai waze..pakai google maps jer. dah dapat lokasi yang dekat, pergilah bertemankan Ayra. Nasib baik dia duduk diam dalam kereta.

 

Sampai kedai terus naik ke tingkat atas. Macam tahu jer buku ada kat atas. Tekaan terus betul. Nampak banyak buku teks yang dijual dari tahun 1 hingga tingkatan 5..semua subjek ada. Cari-cari buku teks Bahasa Malaysia tahun 5, berasa debar juga macam tak ada. Akhirnya, jumpa terselit dengan subjek lain. Itupun tak banyak tinggal, ada 2 sahaja.

Rambang mata tengok buku latihan

Paling banyak buku latihanlah. Sampai rambang mata nak beli yang itu yang ini. Tapi memandangkan anak-anak ni, susah sangat nak buat latihan..kita hold dulu. Susah bukan apa, susah sebab tak rajin sangat nak buat latihan. kerja sekolah pun setiap hari ada. Yang mudahnya kalau nak carikan buku latihan, datang lagi ke sini. Ada yang murah ada yang mahal.

Kedai buku yang dimaksudkan adalah Pustaka Seri Maju. Bukan pustaka tempat membaca buku yer, tapi tempat membeli buku. Di tingkat atas, boleh lama-lama nak cari buku yang mana berkenan dan sesuai. Lokasi kedai buku ni di Bandar Permaisuri, tepi jalan sahaja. Paling senang nak cari, sebelah Maybank.

Anak-anak jagalah buku teks sekolah baik-baik yer. Nasib baik harga buku teks ni murah. Macam buku Bahasa Malaysia ni cuma RM13.20 sahaja. Itu baru sebuah, kalau banyak buah, pening nak cari duit beli buku teks pula. Ekonomi sekarang pun dah tak menentu.

 

Tagged : / / / /