Buka Puasa di PNB Perdana Sambil Menikmati Pemandangan Indah KLCC dan KL Tower Dari Tingkat 39

Buka puasa di PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur sambil menikmati pemandangan indah bangunan KLCC dan KL Tower di waktu malam dari tingkat 39.

PNB Perdana Kuala Lumpur

PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur (dahulunya dikenali sebagai PNB Darby Park Executive Suites) yang terletak berhampiran Menara Berkembar Petronas dan jalan utama di bandaraya Kuala Lumpur, menawarkan pilihan penginapan sesuai bagi ahli perniagaan dan juga yang berkeluarga. Terdapat 338 unit apartmen terdiri daripada unit ‘Studio’, ‘Superior’, ‘Deluxe’, ‘Premier’ dan ‘Lifestyle Residence’ di mana kemudahan setiap unit dibezakan melalui tingkat ‘Premier dan Club’.

Untuk buffet ramadhan kali ini, PNB mempunyai dua tempat untuk buka puasa iaitu di Restoran 10Binjai yang terletak di aras 1 yang menawarkan selera tempatan dan  antarabangsa . Manakala di The 39 Restaurant di tingkat 39  yang menyediakan masakan Melayu dan menjadi pilihan pengunjung kerana dapat  menikmati pemandangan indah Taman KLCC. Menjamu selera di dalam restoran ataupun di luar restoran yang lebih santai. Terdapat juga ruang makan yang lebih privasi untuk tetamu yang inginkan suasana romantik.

Menu Bufet Ramadan

Seleksi menu yang mampu membangkitkan selera menu utama yang terdiri daripada Nasi Minyak Badam, Ayam Masak Merah, Daging Salai Percik, Ikan Pari Asam Pedas, Sotong Lemak Cili Padi dan Kacang Panjang goring taugeh tidak dilupakan kambing bakar bersama sos istimewa, Ayam Golek Madu Lembah Pantai serta seleksi pilihan seafood untuk sajian grill.

Aneka sajian kerabu yang terdiri daripada buah-buahan dan salad juga disajikan. Pastinya terasa teruja untuk merasai hidangan makanan lazat penuh khasiat sebagai menu berbuka puasa untuk seisi keluarga dan rakan-rakan.

Yea, dan itu semestinya. Semalam aku bersama keluarga menikmati juadah berbuka puasa di 39 Restaurant, Tingkat 39. Aku saja pilih untuk tingkat atas sebab nak bagi anak-anak tengok panorama bandaraya Kuala Lumpur yang pesat ini. Antara menu yang aku snap untuk goda korang yang baca entri ini.

buka puasa pnb perdana kuala lumpur

buka puasa pnb perdana kuala lumpur

buka puasa pnb perdana kuala lumpur

buka puasa pnb perdana kuala lumpur

buka puasa pnb perdana kuala lumpur

Anak-anak suka makan nasi lemak

Bukan anak-anak jer, aku pun makan nasi lemak. Sambal sotongnya sangat sedap. Ambil sedikit-sedikit untuk rasa semua juadah, tapi itupun ada yang tak dapat nak rasa sebab perut dah kenyang. Tak baik membazir tau.

buka puasa pnb perdana kuala lumpur

Sate ayam dan daging berulang-ulang aku ambil. Kuah kacangnya pun sedap.

buka puasa pnb perdana kuala lumpur

Pilihan Mr. Ery semestinya yang grill

buka puasa pnb perdana kuala lumpur

Anak, makanan yang diterkam dulu adalah cake. Handsome pula tengok abam Aqeel kan…eh.

buka puasa pnb perdana kuala lumpur

Bagusnya, dibahagikan bahagian mengikut menu. Barulah tidak sesak bila masing-masing mengambil makanan.

buka puasa pnb perdana kuala lumpur

Nasib tak jatuh hanpdhone masa snap gulai kawah dan kari kepala ikan dalam periuk besar

buka puasa pnb perdana kuala lumpur

buka puasa pnb perdana kuala lumpur

Ada privacy

Sesetengah orang tidak suka dengan tempat yang sesak dan menjadi laluan orang untuk mengambil makanan. Tapi tidak di 39 Restaurant. Sangat tenang dan ada bilik yang privacy dan ada ruang santai di luar. Boleh pilih nak suasana bagaimana. Anak-anak pun behave dan dapat menikmati juadah di atas meja. Kredit gambar pada Kak Azni

Kemudahan solat berada di aras 5. Tinggalkan sekejap meja makan, selesaikan perkara wajib dulu dan sambung balik menikmati juadah. Alhamdulillah, PNB Perdana menyediakan kemudahan solat yang selesa dan luas tidak seperti hotel-hotel bertaraf 4 bintang yang lain. Kita sambung pula dengan makanan pencuci mulut yang ada.

buka puasa pnb perdana kuala lumpur

buka puasa pnb perdana kuala lumpur

buka puasa pnb perdana kuala lumpur
Ais krim potong pelbagai perisa

Dah berapa batang aiskrim Ayra makan ni? 3 batang aiskrim potong perisa teh tarik dia habiskan. Bila tanya sedap ke dik “dapp, sambil tunjuk isyarat best”.

buka puasa pnb perdana kuala lumpur

Aku suka, bila di tempat makan tergantungnya persijilan halal. Tak adalah perasaan was-was terhadap penyediaan makanan halal di sini.

buka puasa pnb perdana kuala lumpur

The 39 Restaurant memenangi ‘Best Restaurant 2010’ bagi The 39 Restaurant oleh Malaysia Tatler. Pada tahun 2011, anugerah yang diterima adalah ‘#1 Serviced Residences in Malaysia’ oleh Maverick Media, ‘Best Restaurant 2011’ bagi The 39 Restaurant oleh Malaysia Tatler, MS1900 : 2005 QMS dari Perspektif Islam, MS 9001 : 2008 Pensijilan oleh SIRIM  dan MS 9001 : 2008 Pensijilan oleh SIRIM dan IQNET.

 

Terbaru di tahun 2014, The 39 Restaurant memenangi anugerah Restoran Terbaik bagi kategori Restoran Melayu daripada Anugerah Pelancongan Malaysia 2012/2013 dan MS1900:2014 dari perspektif Islam oleh SIRIM QAS International.

 

Tiada Persembahan Pentas

Walaupun tiada persembahan pentas, setiap hari ada imam dan bilal dari Masjid Asy Syakirin, KLCC yang akan mendendangkan zikir sepanjang bulan ramadan ini. Mereka juga baru sahaja mengeluarkan sebuah album Zikir & Fikir “Suci & Dosa”. Boleh dapatkan cd ini di Masjid Asy Syakirin, KLCC. Solat terawih di sana.

Kami sekeluarga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur kerana menyediakan juadah berbuka puasa yang sedap sekali. Balik rumah, masing-masing kekenyangan sangat. Alhamdulillah.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut:-

The 39 Restaurant        : 03-7490 3939

Restoran 10Binjai         : 03-7490 3838

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.pnbperdanaonthepark.com/

 

 

Tagged : / / /

Jom Buka Puasa Di Cheese Banjir, Kuala Lumpur

Dah jemu buka puasa dengan kambing golek dan nak cari kelainan menu untuk tahun ini, jom buka puasa di Cheese Banjir, Desa Pandan, Kuala Lumpur. Bukan sekadar nama cheese banjir, terbukti memang meleleh melimpah ruah cheese dalam makanan.

Buffet Ramadhan Tema Cheese

50 menu terbaik disediakan…fuhh, banyak tu 50 menu antaranya Meatza, Spageti Bolognese + Cheese, Seafood Spageti Carbonara + Cheese, Beef Grill, Chicken Grill, Dory Fillet, selera kampung Nasi Goreng Cina, Mee Goreng Daging, Asam Pedas Tetel, Ayam Goreng Berempah, Sotong Goreng Tepung dan banyak lagi. Menu dessert pula ada mushroom soup, bubur kacang, bubur gandum, garlic bread, kuih-muih, kurma dan sebagainya. Tak percaya? ini aku letak gambar kasi korang tergoda.

Cheese Banjir

Eh, silap. Korang jangan pula tergoda dengan gambar di atas tu. Aku letak nak tunjuk dekorasi di Cheese Banjir ini, di dinding sebesar alam poster Avengers..meja makan pun ‘rare’ giler. Yang di bawah ini, gambar makanannya…tengoklah puas-puas.. tapi tengok saja tak dapat nak puas hati juga, melainkan korang kena try sendiri.

Cheese Banjir

Cheese Banjir

Cheese Banjir

Cheese Banjir

Cheese Banjir

Cheese Banjir

Cheese Banjir

Cheese Banjir

Cheese Banjir

Cheese Banjir

Sini tak akan jumpa fountain chocolate, hanya ada fountain cheese sahaja. Tak cukup cheese korang tambahlah sendiri.

Cheese Banjir

Baru aku tahu cheese ni sedap sebenarnya. Sebelum ini memang aku tak pernah try pun makan makanan yang ada cheese sebab dalam pemikiran, aku dah set ‘tak sedap dan muak’. Padan muka aku, tak makan awal lagi…sedap ya amat rupanya cheese ni. Masa aku pergi preview buffet ramadhan, berulang-ulang aku makan spageti dan mushroom soup dia.. kenyang aku sampai ke pagi esok.

Cheese Banjir

Harga buffet ramadhan cheese

Mesti korang tak sabar-sabar nak tahu harga buffet ramadhan kat sini kan. Murah beb, bukan RM100, bukan RM90, bukan RM80 dan juga bukan RM70…hahaha, harga macam iklan bisnes. saja aku main-main. Okeylah, harga untuk dewasa RM59 dan kanak-kanak RM39 sahaja. Tapi korang whatsapp Brader Din 013-4153145 atau Brader Amir 018-2036070 untuk harga diskaun. Cepat sebelum 17 Mei ni, kalau tidak harga RM59 lah korang kena bayar.

Lokasi

Lot G10, G-Village , Jalan 1/76 , Desa Pandan , Kuala Lumpur.

Insta www.instagram.com/cheesebanjir
Facebook www.facebook.com/CheeseBanjirOfficial

Jangan risau tentang parking dan surau, semuanya tersedia. Di Cheese Banjir ini boleh memuatkan dalam 150 orang. Meriah buka puasa korang di sini.

 

 

 

Tagged : / / /

Buffet Ramadhan Island BBQ Steamboat

Island BBQ Steamboat, Subang Jaya, Selangor.

Buffet ramadhan dengan harga yang murah. Hujung-hujung ramadhan, nak masak-masak untuk berbuka di rumah dah rasa macam malas-malas jer kan. Nak berbuka di luar. Dalam hati tak sabar nak balik kampung jea. Betul tak? Berbuka puasa dengan kawan Mr. Ery. Dulu satu tempat kerja, sekarang kawannya dah kerja tempat lain. Tak lupa kawan, setiap bulan ramadhan memasing plan untuk berbuka bersama. Yang ni pergi masa minggu pertama bulan ramadhan lagi.

Island BBQ Steamboat lokasinya macam di kawasan taman perumahan. Asal rumah dan dijadikan tempat makan di luar. Jangan risau untuk parking kereta sebab kawasannya memang luas. surau pun sangat-sangat selesa. Mr Ery ni hantu seafood. memang syoklah dapat makan steamboat. Yang aku pula awal-awal lagi dah ambil mee kari. belum letak kuahnya takut kembang kan.

hak ni dah letak kuah karinya…mee kari sedap.

Selain mee kari ada lagi makanan lain. nasi ayam, spaghethi, putu mayam, laksa, bubur, kuih-muih, ais krim pun ada.

Yang terlebihnya nak makan steamboat.. satu kuah sup satu lagi kuah kari. Ambillah seberapa banyak yang nak. Janji kena habiskanlah. Jangan tamak dan membazir.

Bagi aku, inilah antara buffet ramadhan paling termurah sekali. Dewasa RM 31.90 dan kanak-kanak cuma RM9.90 untuk 6 tahun ke atas. Murahkan. Nak berbuka puasa di sini kena tempah awal-awal. sebab sentiasa penuh.

Boleh buat reservation di no-012-6800041 atau pm kat fanpage Island BBQ Steamboat. Dan setahu aku, minggu ni dah fully booked pun.

Tagged : / / /