Buffet Buka Puasa Di Semanis Aroma UPM | Berbaloi

Adeh, nape rasa cam malas sangat nak buat entry hari ini.. adakah sebab dah terfikir nak balik raya?

Siapa dah dapat bonus terrrr… dah dapat bonus pergilah makan kat sini.. macam-macam jenis lauk ada tau. puas hati makan sampai kenyang tapi bayar dengan harga separuh…oppsss, itu masa buat entry pasal buffet ini kat SINI. tapi sekarang rasanya dah ditutup untuk penyertaan.

Ema booked makan kat sini hari ahad baru-baru ini..dari rumah ke sini memang senang. nampak saja banner just follow.

So, meh layang beberapa keping gambar yang sempat ema snapkan untuk u all tontonkan.

Peringatan : Banyak gambar yang dipost adalah gambar makanan yer.

Parking kereta yang agak luas dan selesa.

Pendaftaran di depan pintu masuk.. bagitahu nama dan dari peserta blogger.. dah tertera my name kan…inilah keluarga besar belah mr.ery. semua ada….oppss, silap. sorang baby tak datang..huhuhu hanya 5 orang saja untuk menikmati diskaun yang selebihnya bayar dengan harga biasa. paling seronok anak-anak yang kami bawa semua free sebab belum cecah umur 7 tahun..

Jeng-jeng…inilah makanan yang tersedia

segala jenis pencuci mulut dan kek..kek dia sedap

segala jenis lauk dan nasi minyak

segala jenis kerabu

buah-buahan tak banyak sangat..tapi kami kaut banyak..huhuhuhu

tujuan utama adalah kambing panggang ini…meja kami dekat dengan kambing panggang ini. mr.ery berulang sehingga 3 kali…

sotong seafood… ada juga jenis goreng seperti mee goreng…tapi tak merasa pun

sate ayam dan sate daging

hah, ambik ko..baru pusingan pertama

menunggu dengan sabar sambil diiringi alunan muzik di atas stage.

mr.ery punya

suasana di dalam dewan

ikan sebesar-besarnya. meja sebelah ambil kepala ikan tu buat ratah.

Inilah FIL dan MIL ema bersama anak perempuan nombor dua.

So, camana? okey tak?

Makanannya memang banyak..lepas solat sambung balik makan..ema tak jamah nasi pun..hanya meratah lauk, kerabu..paling suka tengok si azwa..bila berulang kali pergi ambil hotdog..suka betul makan hotdog dia.

Citarasa masing-masing lainkan..tapi bagi ema puas hati sangat.

Tagged : /

Buffet Ramadhan Semanis Aroma| 50% Diskaun Peserta Blogger

Buffet Ramadhan Semanis Aroma. Gara-gara baca entry dari blog Mr.Eady. terus kepingin nak makan buffet di sini. Lagipun dah dekat rumah ema dengan UPM ini. Lebih-lebih lagi bila dapat diskaun 50% promosi diblog sendiri.So, u all jangan tunggu lagii..buatlah entry ini.

Copy dari FB Semanis Aroma Buffet Ramadhan

Nikmati juadah berbuka puasa bertemakan ‘Aroma Buffet Ramadhan’ di Dewan Banquet UPM, Serdang mulai  23 Julai hingga 16 Ogos 2012 bermula jam 6 petang hingga 10 malam. Bagi pelanggan yang pernah berkunjung ke Restoran MAEPS Serdang,  restoran tersebut telah berpindah tempat ke Dewan Banquet UPM, Serdang. Diuruskan oleh D’Kayangan Buffet Steamboat yang berkecimpung dalam bidang pemakanan dan minuman  lebih daripada 15 tahun pengalaman. D’Kayangan dikenali sebagai salah satu panel katering untuk dewan-dewan terkemuka di Putrajaya dan mempunyai rangkaian restoran steamboat di Shah Alam. Chef-chef bertugas yang berpengalaman lebih daripada 25 tahun bergabung dalam menyediakan juadah-juadah yang enak.

Dewan yang dilengkapi dengan penghawa dingin ini amat selesa dikunjungi dengan ruang yang mampu menampung seramai 2000 orang pada satu masa yang sama. Anda tidak perlu risau untuk memarkir kereta kerana di disini kawasan untuk parkir kereta ada disediakan dan mencukupi. Surau juga tersedia dan cukup selesa untuk menunaikan solat bagi umat Islam.

Dewan berprestij yang dihias cantik ditambah dengan alunan irama Seri Mahligai Ghazal akan menemani anda sepanjang anda menikmati juadah berbuka puasa dan ini akan memberikan anda satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan.

Menu buka puasa

Hidangan ini bermula dengan pembuka selera seperti Ulam-ulaman Tempatan , Kerabu Pucuk Paku, Jelatah Timun Nenas, Kerabu Mangga, Kerabu Perut Berbawang, Pecal Bali, Gado-gado, Telur Asin, Ikan Sepat Masin, Ikan Masin Merah Bersambal dan Ikan Bilis Bertempe.

Buffet Ramadhan yang berkonsepkan warung dan buffet ini  juga amat menarik dengan  sajian yang berasaskan masakan Melayu, Cina, India, Thai dan juga Barat seperti  seperti Ayam Percik Negeri Sembilan, Daging Reneh bersama Sayur-sayuran, Ikan Salai Lemak Cili Api, Udang Sambal Petai, Ikan Patin Masak Asam Tempoyak, Tomyam Seafood, Thai Green Curry, ‘Lo Han’ Vegetables, Lamb Mysoor, Tandoori Fish dan macam-macam lagi.

Tidak lupa juga Warung Kambing Panggang, Warung Ikan Panggang yang besar, Warung  Bbq (Ayam, Sotong, Ikan, Daging dan Sosej), Warung Satay, Warung Aneka Mee, Warung Jom Beriani, Nasi tomato, Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Warung Roti Canai dan Roti John, Warung Steamboat, Aneka Bubur Manis dan Bubur Lambuk, Warung Ais Kacang dan juga aneka kuih-muih melayu, kurma, puding dan juga pelbagai jenis pencuci mulut dan minuman yang disajikan.

Harga yang ditawarkan amat berpatutan dan berbaloi bagi seisi keluarga untuk bertandang ke Buffet Ramadhan Semanis Aroma ini. Harga bagi orang dewasa hanya RM 49.50 nett, kanak-kanak yang berusia 7 – 12 tahun RM24.50 nett, anda boleh berbuka puasa dengan juadah yang pelbagai dalam suasana yang berbeza.

Wow, ada kambing..itu feberet mr.ery!!!

Okey entry dah siap..now, nak hantar email pada aroma.buffet@yahoo.com

Mana tahu kot-kot berjumpa dengan geng blogger yang lain ke?

Jom jumpa di sana.

Tagged : /