Jom Makan! Buffet Ramadhan Bazaria di Boulevard Hotel

Jom Makan! Buffet Ramadhan Bazaria di Boulevard-A St Giles Hotel bersebelahan dengan Midvalley Kuala Lumpur saja. Menariknya buffet ramadhan di sini dengan tema bazaria. Akan ada gerai-gerai makanan di tepi poolside sepertimana gerai-gerai makanan yang ada di bazar ramadhan.

So, suasana di sini seakan-akan kita berbelanja di bazar ramadhan kat luar sana. Lebih tertarik lagi pelbagai juadah masakan lauk Melayu yang bakal dipersembahkan antaranya Nasi Beriani, Ayam Rendang Pucuk Ubi, Ekor Asam Pedas, Udang Sambal Petai, Terung Berlada, Ayam Percik dan banyak lagi.

Sup Gear Box Terbaik

Jangan lupa makan sup gear box kat sini, memang TERBAIK dan POWER. Hirup gitu jer.. meleleh.

Cendol Durian Jadi Tarikan

Tak ada durian? Asalnya frust juga..sebab aku ni kan hantu durian…eh.. Tapi, bila terpandang ada cendol durian terus tak jadi nak sedih. Ramai yang serbu cendol durian dulu. 

buffet ramadhan Hotel Boulevard

Dua mangkuk terus, dasar pelahap kan…ish-ish buruk perangai ko ema. Tak adalah, aku ambil dua mangkuk ni untuk test gambar jer…satu mangkuk aku dah pass pada kak nina pun. Eh, kalau 2 mangkuk pun apa salahnya kan…makan sampai kenyanglah. Gituuu.

Gerai-Gerai Pasar Malam

Antara gerai-gerai yang ada Gerai Sate, Sup Gear Box Utara, Gerai Kambing Bakaq Pak Su, Gerai Bakaq-Bakaq, Roti, goreng-gorengan dan banyak lagi…amboii semua loghat utara ni..

buffet ramadhan Hotel Boulevard
buffet ramadhan Hotel Boulevard
buffet ramadhan Hotel Boulevard
Pencuci Mulut
buffet ramadhan Hotel Boulevard
buffet ramadhan Hotel Boulevard
buffet ramadhan Hotel Boulevard

Amacam TERGODA ke tidak? Tak meleleh ke air liur korang tu.

Korang datang sini tak perlu risau bab parking. Nak park dalam Midvalley ke, nak park tepi bangunan hotel ke…rate parking dalam lingkungan RM5 sahaja, itupun kalau park lebih 5 jam….kalau kurang 5 jam…RM3 saja. Berbaloi tak? Berbaloi lah kan.

Nak dapatkan harga diskaun, kena cepat buat tempahan. Tempah di 03-22958124 / 010-2208124 atau ke www.stgileshotels.com atau emel fnbblv@stgiles.com

Alamat: The Boulevard – A St Giles Hotel

59, Lingkaran Syed Putra

Midvalley City

59200 Kuala Lumpur

Follow hashtag #Boulevardbazariabuffet
#Bazariabuffet
#bazariabuffetatboulevard

Tagged : / / / /

Konsep PASAR MALAM Hidangan Bufet RAMADAN Di PWTC

Bulan Ramadan semakin menghampiri, maka banyaklah hotel-hotel dan restoran-restoran sekarang tengah mempromosikan hidangan bufet ramadhan dengan tawaran harga yang menarik. Salah satunya adalah Restoran Riverside, PWTC.

Hidangan Bufet ‘Selera Ramadan’ Konsep Pasar Malam

Tertarik pula aku dengan konsep PASAR MALAM yang ditawarkan oleh Putra World Trade Centre (PWTC) yang menawarkan 300 juadah makanan termasuk 24 gerai makanan di Restoran Riverside, PWTC. Mengapa konsep PASAR MALAM? Menyedari tentang selera muslimin dan muslimat yang lebih gemarkan makanan-makanan ringkas dan kepelbagaian yang ditawarkan di bazar atau pasar malam setiap kali tibanya bulan puasa, PWTC mengambil pendekatan dengan menawarkan menu-menu khas pasar malam dengan keselesaan di dalam ruangan berhawa dingin.

Turut diselitkan elemen-elemen pasar malam ke dalam hiasan gerai, pakaian pelayan dan cef selain cara makanan hidangan.

300 Juadah Makanan

Antara menu-menu pasar malam yang ditawarkan seperti apam balik, char kuetiau, putu piring, nasi kerabu, nasi dagang, burger, roti john, aneka jenis kuih Melayu, roti canai dan murtabak, pisang goreng, cempedak goreng, keropok lekor, cucur udang, sate banyak lagi.. Kan tulis 300 menu, penuh satu entri…hehehe. Menurut Cef Eksekutif, Suzaini Mohamed Salih, pelbagai menu istimewa masakan ala kampung akan bertukar setiap hari.

Bufet Ramadhan Murah KL

Bufet Ramadhan Murah KL

Bufet Ramadhan Murah KL

Eh, kejap-kejap..ada ikan goreng celup tepung. Sedap. Makan meratah cicah dengan air lada. Bila aku balik Kelantan, baru jumpa..tapi kat sini ada.. sukaaaa.

Bufet Ramadhan Murah KL

Ada nasi kerabu, nasi dagang. Yeah, nasi dari negeri Kelantan dan Terengganu ada juga di sini. Tak adalah rasa sedih bila teringin sangat nak makan, tidak perlu nak balik negeri.

Bufet Ramadhan Murah KL

Bufet Ramadhan Murah KL

Setiap lauk, aku ambil sikit-sikit untuk merasa semua juadah. Tengoklah dalam pinggan yang aku makan ni, berapa lauk yang ada. Inilah masakan yang dicari-cari, masakan kampung atau masakan orang Melayu. Semestinya tekak orang Melayu akan cari nasi untuk berbuka. Terus terang aku cakap, masakannya seperti masakan ibu. Sedap sangat.

Bufet Ramadhan Murah KL

Bufet Ramadhan Murah KL

Bufet Ramadhan Murah KL

Bufet Ramadhan Murah KL

Tiada KAMBING, memang silap besar

Aku pun pelik, selalunya bila cari tempat buka puasa yang hidang bufet akan tanya”kambing ada?” Itu Mr. Ery yang selalu tanyalah… kalau tak ada, dia tak nak. Aku tak kisah ada ke tak ada, janji masakan sedap. Yealah, dah kambing aku tak makan pun. Lain pula Mr. Ery, dia “hantu kambing”. Mana-mana ada kambing, tak kiralah bakar atau sup..itu yang dia terkam dulu. Ke korang pun sama?

Di PWTC ini ada tak? YES..memang ada. Kalau tak ada kambing, memang silap besarlah. Terhidang depan mata, kambing bakar dan sup kambing.. semerbak bau sup masa mula-mula aku sampai. Ada Mr. Ery hari itu, makan besarlah dia.

Bufet Ramadhan Murah KL

Bufet Ramadhan Murah KL

Nak tengok kambing bakar? Kenalah tengok video di bawah ini. Saja aku tak ambil gambarnya…visual bergerak, pasti korang akan tergoda kan.

Dah kekenyangan dengan makanan berat, jangan pula lupa makan makanan ringan. Makan Dessert. Segala jenis dessert pun ada, tak tahu yang mana satu nak makan dulu..mana satu nak makan kemudian. Buah-buahan, kuih muih, bubur, ketupat, lemang semua ada.

Bufet Ramadhan Murah KL

Bufet Ramadhan Murah KL

Bufet Ramadhan Murah KL

Kemudahan Mudah

Selain juadah yang ditawarkan, kemudahan yang selalu dititikberatkan ketika bulan Ramadan semestinya tempat untuk menunaikan solat. Bagusnya, di PWTC ini boleh menunaikan solat maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah bersama Imam di Surau Ar-Rahman, Aras 3 PWTC. Kelengkapan seperti telekung dan sejadah turut disediakan.

Sedia maklum, pengangkutan awam paling senang untuk datang ke PWTC adalah dengan menggunakan perkhidmatan LRT. Sekiranya, tidak mahu bersesak dan nak pandu kenderaan sendiri, ruang tempat letak kereta banyak dan bayaran parkir pun murah.

Program Beramal Bulan Ramadan

Pihak PWTC sentiasa komited dalam menganjurkan kerja-kerja amal sepanjang bulan Ramadan. Antarabta menaja bungkusan makanan juadah berbuka puasa untuk diberikan kepada keluarga fakir miskin  sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Pihak PWTC juga bekerjasama dengan Yayasan Kasih Tauhid untuk mengedarkan bungkusan makanan kepada fakir miskin dalam Program Sentuhan Kasih Ramadan siri ke-4.

Bufet Ramadhan Murah KL

Pihak PWTC juga kini kembali menganjurkan program “Mari Beramal di Bulan Ramadan” dengan membuat lawatan serta menghulurkan sumbangan berupa bekalan makanan dan wang tunai ke beberapa rumah penjagaan orang-orang tua dan rumah anak yatim yang terpilih sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Harga Bufet Ramadan

“Ema, mesti harga mahal ni”.  Ishh korang ini, cepat sangat teka harga. Murahlah. Sangat murah harga bufet di PWTC. Tak percaya pun dengan harga yang ditawarkan. Bulan RM100..bukan RM90 tapi RM88 bersih untuk 1 kepala dewasa, RM 75 warga emas dan RM 45 kanak-kanak. Lebih dari berbaloi harganya.

Satu lagi, kalau nak dapat harga yang lagi murah, kenalah beli baucerearly-bird’ dengan harga RM75 seorang sebelum 16 Mei 2018. Apa tunggu lagi, buat tempahan awal. Hubungi Restoran Riverside di talian 03-2614 6701/6702 atau 03-2614 6262.

Cuba sehingga boleh, line tengah busy tu…ramai yang dah buat tempahan awal.

Riverside Restaurant

Putra World Trade Centre

Aras 3, 41, Jalan Tun Ismail

50480 Kuala Lumpur

(Trademark: Lokasi Mood Republik)

 

Tagged : / / / /

“Jom la Kita Berbuka di Ancasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur”, Bufet Ramadhan Paling Murah

Bulan Ramadhan semakin dekat. Dah plan nak berbuka puasa di mana? Jom la kita berbuka  di Ancasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur, bufet ramadhan dengan harga paling murah di tengah bandaraya besar.

Bufet Ramadhan murah di Ancasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur

Ancasa Hotel & Resort merupakan rangkaian hotel milik UDA Holdings Sdn Bhd (UDA) yang terletak di Kuala Lumpur, Pahang, Kuala Terengganu dan Negeri Sembilan. Hotel-hotel tersebut adalah Ancasa Hotel & SPa dan Ancasa Express@Pudu di Kuala Lumpur, Ancasa Residences, Port Dickson, Kuala Terengganu Golf Resort (KTGR) dan Ancasa Royale Pekan, Pahang.

Bufet Ramadhan KL

Konsep ‘Kampong Boy”

Bertemakan ‘Kampong Boy’ bertepatan dengan kempen ‘Stay, Dine & Win’ yang kini sedang berlangsung dan akan berakhir pada 14 Julai 2018 bersamaan tarikh akhir bagi perlawanan World Cup 2018. Gabungan idea cef-cef dari Ancasa Hotels & Resorts yang berpengalaman dalam masakan tradisional Melayu dan seni kulinari menampilkan kelainan dalam setiap resipi dan menu yang disajikan.

Lebih 120 menu masakan tradisional kampung sempena Ramadhan 2018 antaranya Rendang Ayam Pucuk Maman, Udang Rangup Iman Madina, Sotong Sumbat Pedas, Kambing Golek, Ikan Bakar, Rebung MAsak Lemak Cili Api dan macam-macam lagi

Bufet Ramadhan KL

Bufet Ramadhan KL

Bufet Ramadhan KL

Bufet Ramadhan KL

Bufet Ramadhan KL

Bufet Ramadhan KL

Bufet Ramadhan KL

Bufet Ramadhan KL

Bufet Ramadhan KL

Bufet Ramadhan KL

Bufet Ramadhan KL

“kambing mana kambing”. Menjadi sebagai tarikan utama bila datang berbuka perlu ada kambing golek atau bakar kan. Jangan risaulah di sini memang ada kambing. Berjuice sekali aku tengok orang makan dagingnya..sebab aku tak makan kambing..kan rugi aku.

Bufet Ramadhan KL

Bufet Ramadhan KL

Bufet Ramadhan KL

Bufet Ramadhan KL

Bufet Ramadhan KL

Bufet Ramadhan KL

Bufet Ramadhan KL

Bufet Ramadhan KL

Bufet Ramadhan KL

Bufet Ramadhan KL

Bufet Ramadhan KL

Bufet Ramadhan KL

Dessert kat sini, sampai tak tahu nak pilih yang mana. Banyak sungguh. Semua nak rasa, perut pun dah sendat dengan makanan berat..ambil setiap dessert dalam kuantiti kecil… barulah dapat rasa semua.

Bufet Ramadhan KL

Sepanjang aku berbuka puasa di lain-lain hotel, tak pernah jumpa lagi hotel sediakan air kelapa. Di Ancasa Hotel, korang boleh menikmatinya. Sedap dan rasa original air kelapa..berulang-ulang minum air kelapa sampaikan air lain tak pula aku terambil.. bila dah jumpa air kegemaran kan.. walhal, macam-macam air ada di sini.

Tertunggu-tunggu nak tahu harga kan. Harga untuk bufet ramadhan bagi Dewasa RM68 dan kanak-kanak RM40 sahaja. Murah kan. Harga nett..no ++ tu. Nak harga lagi murah? Korang kena buat tempahan awal tau.. dengan early bird korang akan dapat harga RM58 sahaja. Murahkah? Mana lagi nak dapat harga bufet ramadhan di hotel seperti ini.

Sebarang tempahan boleh layari laman sesawang www.ancasahotel.com atau hubungi 03-2026 6060 untuk mendapatkan tawaran harga yang terbaik.

Ancasa Hotel & Spa

Jalan Tun Tan Cheng Lock

50050 Kuala Lumpur

Nota: Kemudahan awam banyak di sini

 

 

 

Tagged : / / /